Tindakan tegas termasuk menggantung penerbitan Suara Perkasa jika penerangan yang diberi berhubung artikel bertajuk ”Tahan Ka Siong Bawah ISA” yang diberi editornya, didapati tidak memuaskan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cubamenimbulkan fitnah dan polemik menyentuh isu perkauman dan agama.
"Kita selalu konsisten, kalau salah tetap salah tak kira dari surat khabar mana. Jangan kerana dalam kebebasan bersuara kita tabur fitnah dan polemik kaum dan agama, ini amat berbahaya," kataya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di sini, hari ini.
Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap apa sahaja yang boleh menjejaskan keselamatannegara.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa KDN memberi layanan berbeza kepada Suara Keadilan dan Suara Perkasa.
"Tindakan kita jelas. Memang (editor) Suara Perkasa, bila kita minta datang, mereka datang tepat pada masanya. Masih tak puas hati (dengan menjelasan mereka) kita minta mereka datang hari Isnin ini.
"Tetapi Suara Keadilan angkuh dan susah nak beri keterangan, tetapi akhirnya mereka terpaksa juga berbuat begitu kerana itu undang-undang," katanya.
Menurut beliau, tindakan penggantungan permit seperti diambil terhadap Suara Keadilan turut dikenakan kepada akhbar-akhbar lain yang didapati melanggar syarat ditetapkan.
KDN sebelum ini memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat akhir bulan lepas setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan sidang redaksi akhbar itu berhubung beberapa perkara.
Antaranya, pihak KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung penyiaran artikel bertajuk 'FeldaBankrap'. - BERNAMA

2 comments:
Diantara perkataan popular dari menteri amaran ialah "tidak akan berkompromi". Bunyi sedap macam tegas. Bagaimana pula atricle dan kenyataan dari surat khabar Tionghua dan article dari malaysiakini dan harakah?
agbr47: Suara Perkasa tidak perlu bimbang. Itu cuma amaran.
salam,
kalau yg melayu punya pemimpim melayu cepat melatah dan cepat pulak ambil tindakan,camana gan akhbar bangsa lain bila nak ambil tindakan.Kat Keadilan memag patut pun pasal dah lama tabur fitnah,kat perkasa bagilah depa meneruskan perjuangan dan semangat melayu......
Post a Comment