Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan pendaftaran Program Penyelesaian menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sebagai muslihat kerajaan untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".
Sehubungan itu, menurut timbalan menterinya, Datuk Lee Chee Leong, mereka yang berbuat demikian cuba memfitnah kerajaan.
"Ini satu lagi (dakwaan) fitnah," kata Lee pada sidang medianya di Putrajaya hari ini. Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat ke atas ahli parlimen PKR bagi kerusi Ampang Zuraida Kamaruddin kerana membuat dakwaan palsu itu.
Katanya, laporan dibuat di balai polis Seksyen 11, Shah Alam oleh Jabatan Imigresen Selangor dan akan disusuli dengan saman fitnah tidak lama lagi. "Kita sedang menyiapkan saman itu... ia akan serentak (dengan laporan polis)," katanya.
Menurut Lee, kerajaan telah memberikan Zuraida tempoh masa yang mencukupi bagi membekalkan bukti tetapi beliau gagal berbuat demikian.
Namun, katannya, pihak kementerian belum. menyiasat dakwaan ahli parlimen itu berhubung wujudnya "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin ketika berdaftar dengan Program 6P."Kita tidak boleh menyiasat tanpa bukti (berhubung dakwaan itu)," katanya.
Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapati wujudnya 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
1 comment:
KDN kan di bawah menteri AMARAN,mak lampir bolih buat dek je,dia bagi amaran saja nanti !!!
Post a Comment