Tuesday, October 25, 2011

Mayat Ghaddafi Semakin Membusuk


Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.



Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte.


Gaddafi dikebumi hari ini, lokasi rahsia di gurun

Jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikan menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan semalam.

Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.

“Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Ia satu lokasi tidak diketahui di kawasan gurun terbuka,” kata pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon.

“Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar),” kata beliau.

Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo’tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: “Ya.” — Reuters

6 comments:

Anonymous said...

Kenapa zalim nya NTC ni, sepatutnya mayat org islam dikebumikan secepat mungkin.

Anonymous said...

zalimnya diorang ni..dah mati kan..kebumikan je la..hak Allah tu kan..biar la dia mengadap tuhannya pula..jangan la diseksa mayat tu...takkan la tiada sekelumit pun jasa Allahyarham kepada negaranya

lagi_biasa_dr_kebiasaan said...

pelik dgn sikap NTC..kalau kejatuhan gaddafi disebabkan rakyat...kenapa takut makamnya dipuja? adakah hnya segelintir yang menentang...majoritynya menyokong?

Mmg biasa anti-establishment mereka yg suka memberontak...yg pro-establishment plak, mmg naturenye berkecuali, and x suke keadaan yg huru hara...mungkinkah?

mcm ape yg berlaku kat malaysia,yg anti establishment nmpk lagi ramai sbb nature dorang yg suke memberontak tu?

Anonymous said...

TINDAKAN NTC MEMALUKAN UMAT ISLAM SEDUNIA..JIKA BENAR MG ZALIM SEKALIPUN ..INI BUKAN PENDEKATAN ISLAM MENGAIBKAN JENAZAH..SELEPAS INI SELURUH RAKYAT LIBYA AKAN MENJADI HAMBA KPD AMERIKA,EROPAH, ISRAEL YANG BERPERANAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH YANG MEMBANTU MENGGULINGKAN MUAMAR GADDAFI YANG PASTINYA BUKAN SECARA PERCUMA..JUST WAIT AND SEE..

Mael Hashim said...

Kalau tak silap tahun lepas ada kuar temuramah di TV3 dengan pelajar libya di msia. Pelajar ru benci sgt kat gaddafi, tapi aku heran sebab dia tu belajar percuma dibiayai oleh kerajaan libya dibawah gaddafi.

Anonymous said...

la...kat Malaysia pun ramai...laki bini kerja dengan kerajaan yg depa kata haram duitnya...tapi beli rumah guna loan kerajaan, beli kereta pun loan kerajaan, anak2 dok asrama penuh duit kerajaan...dapat biasiswa kerajaan...tapi dok jaja keliling pekan kerajaan buat x betui, kerajaan x dak duit nak bagi itu ini...yg depa dok makan tu apa...

aku memang hampeh la kalau jumpa orag macam ni...rasa macam depa kata kat diri sendiri...

sebenarnya depa lagi korup drp yg sokong kerajaan...cuma x sedar diri dia korup...fikir sendirilah kawan2

-nine-