Friday, November 18, 2011

Negeri Sembilan Lancarkan "1NS Wireless City"


Kampungku kini bergelar Kg Cyber broo!


Pelancaran Fasa ke-2 1NS Wireless City telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di Dataran Rembau, semalam.

Bercakap di majlis tersebut, Menteri Besar berkata, pelaksanaan projek di daerah Rembau ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna-pengguna yang menggunakan khidmat internet dengan menembusi alam internet secara percuma.

Kata beliau lagi, usaha kerajaan negeri bersama-sama TMNet ini adalah untuk menjayakan dasar ICT negara di mana dalam dunia globalisasi, rakyat sudah berkebolehan dalam dunia ICT.

Sementara itu, dalam sidang media beliau berkata, “ini adalah satu tapak permulaan untuk mengejar cita-cita menjadi sebuah negeri yang bergiat aktif secara langsung dalam dunia ICT dan sekaligus dapat merapatkan jurang ICT di khalangan masyarakat bandar dan luar bandar”.

YB Khairy Jamaluddin mendaftar sebagai penguna wireless 



1NS Wireless City

1NS Wireless City merupakan satu projek inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan platform capaian Internet dengan menggunakan teknologi jalur lebar tanpa wayar kepada orang ramai di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seluruh Negeri Sembilan.

1NS Wireless City dilaksanakan dengan tujuan untuk menawarkan capaian Internet kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan secara tanpa wayar dengan teknologi jalur lebar berasaskan Streamyx. Menerusi 1NS Wireless City, Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan persekitaran jalur lebar tanpa wayar yang memberikan capaian ke Internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (stay connected anytime, anywhere) di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.

Pelanggan boleh mendaftar untuk menggunakan akses jalur lebar tanpa wayar melalui Landing Page yang disediakan.

Melalui Landing Page tersebut, pengguna hanya perlu mendaftarkan nama, no. K/P dan no. telefon bimbit bagi mendapatkan ID dan kata laluan dengan percuma. ID dan kata laluan ini akan dihantar kepada pengguna menerusi telefon bimbit yang telah didaftarkan. Seterusnya pengguna boleh login menggunakan ID dan kata laluan yang diperoleh secara percuma.


Dengan pelaksanaan 1NS Wireless City:

  • Dapat meningkatkan imej Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang menyediakan infrastruktur jalur lebar wayarles secara menyeluruh (seamless) ke arah merealisasikan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI).
  • Memperluaskan penggunaan ICT berasaskan jalur lebar dan Internet lantas merangsang pembangunan industri negeri.
  • Memperkukuh perkhidmatan Kerajaan Negeri ke arah meningkatkan mutu kerja dan produktiviti jabatan Kerajaan Negeri.
  • Tersedianya sambungan jalur lebar pada bila-bila masa di lokasi berkenaan menjadi daya tarikan untuk orang ramai, usahawan dan perusahaan serta pelancong-pelancong ke Negeri Sembilan.
  • Membolehkan rakyat Negeri Sembilan berkomunikasi sesama mereka walau di mana mereka berada.
  • Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk turut menikmati faedah penggunaan jalur lebar, justeru merapatkan jurang digital di Negeri Sembilan.
  • Memperkaya kehidupan rakyat Negeri Sembilan dengan penggunaan aplikasi jalur lebar sebagai sebahagian gaya hidup.

Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat meningkatkan kadar penembusan Internet di Negeri Sembilan di mana ianya dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan turut menikmati perkhidmatan Internet secara percuma menggunakan jalur lebar tanpa wayar.


1NS Wireless City ini meliputi 7 lokasi iaitu:

Seremban

Dataran Seremban

Taman Tasek Seremban (Tengah)

Taman Rekreasi (berhadapan Klana Resort)

Seremban Parade Entrance (Kenny Rogers / Kedai Mamak)

Terminal 1 (ruang menunggu bas)

Seremban 2

S2 City Park (sebahagian kawasan / wakaf)

Senawang

Dataran Senawang

Kawasan letak kereta (tengah)

Kaki lima restoran

Nilai

Majlis Perbandaran Nilai (MPN)

Dataran Nilai

Murni Nursing College / Asrama Universiti Islam Antarabangsa (IIUM)

Giant Hypermarket Nilai (Commercial Lot Area berdekatan tempat letak kereta)

Port Dickson

Batu 4

Wakaf Batu 4

Tapak Pasar Malam

Batu 8

Dataran Kemang

Wellness Zone (sebahagian kawasan / pintu masuk)

Tampin

Majlis Daerah Tampin (Laman Segar, Dewan Majlis)

Tampin Square (kawasan lapang berhadapan kedai kain Nagoya Tampin)

Stadium Tampin (Padang Serbaguna, Grand Stand)

Taman Rekreasi Tampin (berhampiran gelanggang squash)

Dataran Tampin

Rantau

Balai Raya Rantau

Pusat Khidmat ADUN Rantau

Dewan Orang Ramai Rantau

Pekan Rantau (liputan 600 meter dari TM Exchange)

No comments: