Thursday, November 17, 2011

Video Seks Anwar Ibrahim, Siapa Yang Nak Aibkan Siapa?


"Nak aibkan saya sekali lagi...kita akan tentang keras dan lawan mereka dalam pilihan raya...mereka sudah gentar hadapi kita dalam pilihan raya...ini cara kotor jahat UMNO.”

Itulah bunyi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaum kepada para wartawan sejurus keluar dari memberi keterangan hampir sejam di Balai Polis Kepong, Kuala Lumpur petang Rabu berhubung kes dakwaan beliau membuat laporan polis palsu mengenai video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T.

Apa yang menjadi persoalan bagi orang yang ‘ ada akal’ ialah siapa nak aibkan siapa? Bukankah video seks dengan pelacur China itu sudah disahkan 99.9 peratus tulen oleh pakar luar negara.

Bukan setakat video seks malah CCTV yang merakamkan lelaki wajah seiris Anwar sedang naik turun lif apartmen berkenaan bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah juga ada.

Sebaliknya Anwar cuba mempertahan diri dengan mendakwa pihak polis tidak bertindak terhadap laporan polis yang dibuatnya pada 22 Mac lepas di Balai Polis Dang Wangi berhubung ugutan supaya beliau dan isterinya (Datin Seri Wan Azizah) melepaskan jawatan politik sekiranya tidak mahu 'keburukan' dirinya didedahkan.

“Itu ugutan...tiada tindakan undang-undang,” katanya

Juga Anwar mendakwa dirinya pula hendak dianiayakan lagi dengan siasatan untuk mengenalpasti siapa dalam video tersebut.

Menurut Peguam Anwar, S. Sivarasa, Anwar disoalsiasat oleh Pegawai Penyiasat ASP the Boon Ang dari Balai Polis Sentul di bawah Sesyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan tidak betul kepada kakitangan kerajaan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum enam bulan penjara atau denda sebanyak RM2,000.

Ditanya mengenai soalsiasat tersebut, Sivarasa berkata, “Polis telah diperalatkan oleh UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam satu percubaan untuk menghalang tugas Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan pemimpin Pakatan Rakyat.”

Katanya lagi, “laporan polis dibuat sebagai pengadu telah bertukar jadi semacam dia (Anwar) pula jadi pesalah, ini menunjukkan bahawa ada campurtangan politik.”

“Sekarang tuduhan polis yang buat dan kita menolak sama sekali tuduhan itu,” ujarnya.

Ada yang berkata Anwar dan orang-orangnya lupa mereka sudah membuat pelbagai tuduhan liar bukan saja terhadap UMNO/BN tetapi terhadap pasukan polis.

Dakwaan ini perancangan UMNO dan berkonspirasi dengan polis memang senang cakap.Siapa saja boleh main tuduh.

Siapa nak bertanggungjawab ke atas dakwaan itu semua?

Perlu atau tidak UMNO dan pasukan polis khususnya mempertahan imej dan integritinya?

Faktanya di depan mata semua rakyat Malaysia ialah video seks berkenaan jelas menunjukkan lelaki itu seiras dengannya.

Mahukah Anwar secara gentlemen mengaku macam Datuk Seri Chua Soi Lek kalau benar itu dia?

Kata orang mati hidup balik sekalipun ...tidak.

Kalaulah betul beliau aktornya dalam video itu ...juga kata orang awak sedap-sedap belasah pelacur China....sekarang main sedap mulut nak tuduh orang dan persalahkan orang lain.

Bukankah kita ada kata-kata popular: berani buat berani tanggung.

Jawabnya sendiri buat sendiri aib.

Hakikatnya dalam sistem perundangan negara, penentu benar tak benar...salah tak salah ialah mahkamah.

Kalau setakat cakap di luar sahaja tak laku.

Pencuri mana nak mengaku dia mencuri.

Tugas polis ialah menyiasat.Itu pun nak marah.

Jadi Anwar nak ikut sistem perundangan mana?

Bukankah kalau siasatan akhirnya mendapati bukan beliau dalam video itu...maka bersihlah namanya.

Jadi kenapa takut?...ibarat perpatah...takut kerana salah dan berani kerana benar.

Siapa tahu kalaulah pembangkang berkuasa di negara ini...Anwar kelak boleh umum tiru macam saya.

Kalau tidak boleh juga masuk sebagai salah satu lagi perkara baru dalam Buku Jingga.

Kena tuduh saja...dakwa polis berkomplot...ada konspirasi blah..blah..blah.. buat demonstrasi.

Apa macam penyangak, penyamun, pembunuh, perogol, pembelit, peliwat....syok dak dapat ikut stail Anwar nanti ?

Video yang nampak hidup-hidup aksi kata besi...tak boleh jadi bukti...CCTV yang tunjuk orang bergerak tu kata temberang.

Tak hancur negara,jawabnya.-Agendadaily

3 comments:

pemerhati said...

Masih hendak mengatakan bahawa dirinya tidak bersalah walaupun sudah nyata.Bertaubatlah Anwar dan jangan disalahkan kerja polis yang melakukan tugas mereka.

Anonymous said...

SIVARASA.....YOU SAID POLIS TELAH DIPERGUNAKKAN OLEH UMNO. ACTUALLY YOU ARE THE ONE WHO HAVE BEEN ABUSED AND FOOLED BY ANWAR. I GUESS YOU DONT MIND COS YOU ARE LAUGHING ALL THE WAY TO THE BANK HANDLING HIS CASE.IT TAKES TWO TO TANGO YOU ARE FOOLING EACH OTHER LIKE BLOODY FOOLS.

ANWAR THERE IS NOTHING GREAT ABOUT YOU, EXCEPT YOU ARE A GREAT PRETENDER...BERLAGAK BERANI TAPI SEBENARNYA KECUT PERUT....MACAMANA KES SODOMILAH TAK BERANI BERDIRI DIKANDANG SAKSI UNTUK MEMBELA DIRI.
BRO ANWAR JAM OMEGA DAH JUMPA....KALAU ADA MAKESURE ITS IN SAFE DEPOSIT HA....HA....HA.

Anonymous said...

ayat yang sama semasa beliau kena tangkap tahun 2009...aljuburi mmg pandau putar alam,,atau hidup 2 alam...