Saturday, November 12, 2011

Panas!!!! Penarik Beca Bantah Guan Eng Pulak!


Jika sebelum ini kumpulan belia bermotosikal mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kali ini, penarik beca pula berbuat demikian.

Kira-kira 50 penarik beca berhimpun bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang didakwa meminggirkan kebajikan golongan itu.

Mereka menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri.

Demonstrasi bermula selepas solat Jumaat di depan Hotel Cititel, Jalan Penang di sini yang menjadi tempat berkumpul golongan tersebut untuk menunggu pelanggan setiap hari.

Diiringi kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sejauh lebih satu kilometer.

Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Anti Melayu', mereka membawa pelbagai sepanduk bertuliskan perkataan antaranya, 'Kami mahu perhentian beca', 'Mana kebajikan kami' dan 'Nasib penarik beca terpinggir'.

Mereka turut melaungkan kata-kata 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'.

Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak kira-kira sejam apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku.

Bagaimanapun, hasrat kumpulan penarik beca tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka.

Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan disediakan perhentian beca.

Pengajaran! Jangan sekali-kali menyokong perti pembangkang! inilah padahnya!!! 

4 comments:

ahlee said...

kena buat MAKEOVER program lanca canggih.

Bingai @ Bangang said...

Siapa yang mulakan budaya Demontrasi? hehehe

Anonymous said...

Nasib Melayu P Pinang dah macam nasib Melayu di Singapura. Di pinggirkan, di hina dan di pijak.

Anonymous said...

Melayu Penang terpinggir masa BN perintah skrg Melayu Penang lebih berdaya saing sejak duduk bawah Pakatan Rakyat.

KAYUH BECA DI JALAN PINANG,
BECA DI KAYUH OLEH PAK PANDIR;
KALAU TAK DUDUK KAT PULAU PINANG,
JANGAN BICARA PASAI TERPINGGIR.