Sunday, November 6, 2011

Sketsa Aidil Adha 2011 Pemuda Rembau


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersama penduduk di Masjid Taman Tuanku Jaafar untuk upacara korban Hari Raya Aidil Adha 2011.


Suasana meriah dengan upacara tersebut, sebanyak tujuh ekor lembu, dua ekor kambing sumbangan dari penduduk sekitar dan dua ekor lembu dari Pejabat Parlimen Rembau.


Hahaha, seekor lembu terlepas, menyelamatkan dirinya dari dikorbankan...

YB Khairy memerhatikan beberapa ahli bomba menangkap semula lembu tersebut... mungkin lepas ni YB boleh cuba pulak kot hahaha..


Akhirnya berjaya di tangkap semula...

Dengar cerita ada yang menyurok belakang pokok semasa lembu ni terlepas tadi.. sape tu....


Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

update....

Terpaksa panjat pokok, pemuda di kejar lembu korban hahaha

Semoga Aidil Adha membasahi kembali ingatan dan semangat perjuangan kita... Salam Aidil Adha dari Pemuda Rembau...

credit pic to Rommi Hendra

4 comments:

MERADONG TODAY said...

slmt hari Rayo Bro

Unknown said...

selamat hari raya juga kepada sahabat...

Anonymous said...

yg menyurok tu bondbus wakakaka...

Anonymous said...

tahniah pemuda rembau.. semoga di berkati rahmat allah..