Wednesday, December 14, 2011
15 Siswa Ditahan di KL Sentral !
Seramai 15 orang mahasiswa ditahan polis ketika terbabit dalam perhimpunan di KL Sental di ibu negara.
Mereka antara kira-kira 30 orang yang menyertai bantahan senyap di depan pintu utama stesen transit itu, yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.
Kumpulan mahasiswa itu menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.
Namun, hanya beberapa minit selepas sempat berkumpul, kira-kira 25 mahu mereka bersurai tetapi ini tidak dihiraukan oleh mereka.
15 daripada mereka dibawa ke balai polis berhampiran.
Adalah dipercayai mahasiswa terbabit mungkin didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Polis.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitter berkata beliau sedang memantau kes tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Nak sgt brpolitik, buang je dr U. Nanti dah kena buang, boleh jadi kopi boy.
baru nak mulakan perjuangan, dah kena tangkap! di mana kebebas yg dijanjikan oleh PM? kenapa nk sekat pelajar berpolitik?
stupid..belajar pun guna duit loan....belajar dulu bagi hbs...pastu ko berpolitik la sampai muntah....kesian mak bapak ko antar ko ngaji tu...
aku menyampah dgn golongan pelajar melayu yg rata2 kemaruk nk berpolitik. cuba perhati bangsa lain yg dlm univ ada ke mcm bangsa melayu yg sebok berpolitik. tiap tahun pelajar univ yg paling cemerlang kebyakannya adalah cina sdgkan mrk minoriti dlm univ. mana pergi pelajar melayu? SEBOK HANYUT DLM POLITIK, HANYUT DALAM CINTA, HANYUT DGN BERHIBUR. habis belajar result cuma cukup makan. ckp in english pun berterabur! tp nak gaji tinggi jawatan tinggi! kbykan yg berpolitik di univ kat malaysia ni... cuba tgk result dapat anugerah diraja? dpt gold medal? PLS LA SEDAR DIRI BUDAK2 MELAYU OI...
belajar dulu...ini gian sangat nak berpolitik...
tuntutlah ilmu terlebih dahulu dan peroleh ijazah dan sekiranya minat terhadap politik,masuklah dalam arena politik selaku orang yang terpelajar kerana perbuatan berdemo ini adalah tindakan populis semata-mata.
auku belum digubal lg so diorg ni blh ditangkap..lgpun apa yg mahasiswa ni nak kecoh2..diorg x sedar ke yg diorg ni digunakan utk tunjukkan rse x puas hati pd kerajaan???diorg ni digunakan utk provoke kerajaan..blajar la dlu bg habis..perhati betul2 senario politik kt malaysia ni..nilaikan..jgn perjudikan masa depan sdri dgn perjuangan yg x tau mana hala tuju
PM baru bersetuju nk pinda tp belum lagi dipinda.. Dorg ingat nk pinda AUKU tu mcm tukar baju ker.. Tu la.. Mahasiswa skrg ni ramai yg pandai tp x cerdik.. Ikut suka hati je.. Cuba imbau kembali sejarah yg pernah berlaku di UM.. Sblm AUKU di kuat kuasakan.. Aku rasa ramai yg xnk masuk universiti klu mcm tu...
perjuangan bapak dier,,,nk berjuang nu pegi palestin berjuang atas name islam,,jgn duk derpbohkan oleh org yg bkepentingan,,,
x tawlah...dia rase dah bagus sgt kot....sikit2 demo .....kumpul sana, kumpul sini......
Post a Comment