Monday, January 16, 2012

200 Bekas Anggota PKR, DAP Nyatakan Sokong BN

Hampir 200 bekas anggota PKR dan DAP hari ini menyatakan ikrar menyokong Barisan Nasional (BN) dan sedia membantu parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Majlis melafazkan ikrar itu diketuai bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda, yang kini menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan) di hadapan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Khusairi Talib yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pada majlis Minum Petang Ikrar Sokong BN Bersama Menteri Besar itu di sini, Khusairi berkata beliau kagum dengan semangat yang ditunjukkan mereka dan akan menyampaikan ikrar itu kepada Zambry.

Sementara itu, dalam ucapannya Fauzi berkata beliau merupakan antara pengasas PKR di Perak pada 1999 dan mengambil keputusan keluar parti itu kira-kira 10 tahun lepas.

Keputusannya itu dibuat memandangkan kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang ekoran tiada parti teras serta perbezaan ideologi yang amat jelas, katanya.

Kaedah yang diguna pakai BN selama ini ternyata lebih berkesan dalampengurusan politik kerana Umno diakui menjadi parti teras oleh semua parti komponen lain, katanya.

Beliau berkata ia amat berbeza dengan pakatan pembangkang PAS-DAP-PKRsehingga menyebabkan berlaku perebutan kuasa sesama mereka serta jurang perbezaan pendapat sangat luas.

1 comment:

Anonymous said...

klau stakat Fauzi yg tk prnah tua ni,tk pyah le nk klentong.Ini btul parasit yg di kta kn oleh Hasan akidah tu.Tp parasit ni pnyokong BN le plk.