Thursday, April 5, 2012

BERSIH 3: Tiada Lagi Sebab Untuk Demo - Khairy



Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata BERSIH 3.0 tiada sebab untuk mengadakan perhimpunan kerana kebanyakan tuntutan NGO itu telah ditangani oleh jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC).

Katanya, tujuh daripada lapan tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil itu telahpun dimasukkan dalam syor PSC.

"Satu perkara yang tidak dimasukkan ialah tempoh kempen minimum 21 hari. Semua yang lain telah ditangani, termasuk penambahbaikan yang dijanjikan dalam penggal selepas ini," katanya ketika dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy mengulas pengumuman BERSIH 3.0 untuk mengadakan perhimpunan ketiga pada 28 April.

Beliau menyifatkan keputusan tersebut "tidak ikhlas" dan turut menuduh BERSIH 3.0 bersekongkol dengan pembangkang untuk menjadikan isu pilihan raya itu menjadi lebih rumit.

Khairy juga mendakwa perhimpunan itu merupakan satu usaha untuk memanipulasi isu pilihan raya adil untuk agenda lain.

1 comment:

Pendekar Melayu Ulung said...

Salam perjuangan.

Mohon blog saya dipautkan di blog ini.

www.bersih3suku.blogspot.com

Terima kasih.