Monday, April 9, 2012

Pakatan Rakyat Selangor Kucar Kacir, Tunggu Masa Untuk Jahanam!


Keadaan pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang dikuasai PKR semakin berkecamuk dan kelam kabut.

Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi sedang bertelagah kerana bercanggah pendapat.

Abdul Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sering bergaduh besar dalam bilik mesyuarat mahu pun pertemuan empat mata.

Malah insiden maki hamun dan jerit menjerit dan tumbuk meja apabila mereka berdua bermesyuarat sudah menjadi perkara lumrah dan diketahui umum.

Asas perselisihan faham ialah kerana Menteri Besar tidak mahu mengikut telunjuk Anwar dan mahu mentadbir negeri ikut cara ala korporat yang dipelajarinya semasa menerajui Kumpulan Guthrie dan PNB.

Malah ramai daripada kroni-kroninya yang sudah bersara diambil bekerja dan ditempatkan di jawatan-jawatan besar dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Malah dengar khabar 'ex-girlfriend' Khalid pun diambil bekerja dipejabat Menteri Besar walaupun sudah lanjut usia (ini satu lagi cerita menarik!).

Khalid tidak mahu mendengar cakap Anwar yang meminta beliau menyalurkan dana untuk membantu aktiviti parti.

Kerajaan lain dan parti lain kata Khalid, tetapi mahu tidak mahu dia terpaksa juga beri peruntukan, umpamanya bagi penubuhan Pikom, satu kumpulan dianggotai aktivis parti yang ditugaskan menyebarkan maklumat mengenai program serta dasar Pakatan Rakyat.

Pikom dikawal oleh Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor dan semua petugas kumpulan itu adalah daripada lantikannya.

Berjuta ringgit peruntukan kerajaan negeri telah disalurkan namun Pikom gagal berfungsi seperti diharapkan.

Menteri Besar amat marah kepada Azmin apabila mendapat tahu Timbalan Presiden PKR itu menyalahguna dana Pikom untuk tujuan kempennya sesama pemilihan parti dua tahun lalu.

Maklumat dalaman seperti ini membuktikan sikap hipokrit dan talam dua muka pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat.

Apabila berceramah kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat kampung dan luar bandar, merekalah jaguh melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa, telus dan adil, tetapi hakikat adalah sebaliknya.

Masing-masing sibuk mengumpul harta dan mengaut kekayaan sebanyak mungkin.

Setelah Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Nazak mengumumkan kejayaan besar program transformasinya, GTP, Pakatan Rakyat Selangor mula gusar dan bimbang.

Ini kerana Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia terus mampu membela rakyat dan membawa kemajuan ekonomi kepada negara berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan menabur janji.

Bermula dari Menteri Besar, Exco, wakil rakyat, ahli majlis termasuk juga pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar dan SUK, semuanya sedang sibuk 'buat duit'.

Mereka tahu nyawa politik mereka hanya tinggal beberapa hari lagi.

Sebab itu suasana sana politik Pakatan Rakyat Selangor kini sudah lesu dan tidak bermaya.

Unit media dan komunikasi yang ditubuhkan di bawah sebuah anak syarikat bernama CCSB yang mengendalikan TV Selangor dan menerbitkan akhbar mingguan Selangorkini sudah pun tinggal nyawa ikan dan operasi hampir lumpur.

Ini bermakna jutaan ringgit dana awam telah dibazirkan begitu sahaja dan malah dengar khabar banyak yang masuk ke dalam poket pemimpin PKR dan pihak pengurusan!

Mereka tidak lagi berminat untuk membela nasib rakyat mahu pun membangunkan negeri, malah tidak lagi berdaya untuk mempertahankan benteng politik dalam menghadapi kekuatan BN.

Seperti seorang yang sedang nazak, Pakatan Rakyat Selangor hanya menunggu masa sahaja tamatnya hayat politik mereka menjelang PRU ke-13.

1 comment:

Unknown said...

Memang kita dah jangka, Pakatan akan tumbang dari dalam!

PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI SIBUK PINDAH, NURUL IZZAH SENANG2 BERJOLI. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/