Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 : Wartawan Dibelasah Hampir 30 Perusuh!


Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.

Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.

Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi.

Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.

Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.

Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.


Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan.

Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.

Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.

Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.

Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.

Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.


Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.

Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan.


Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


-mynewshub

1 comment:

Cili Pedas said...

Fawcett had reported on police violence on the day, describing police as "extremely heavy handed" and that they had "busted" al Jazeera's camera.
He later told Malaysiakini that Al Jazeera cameraman Ray Jones was punched on the head while Fawcett was grabbed by police who were stopping them from filming other officers assaulting the protestors.

http://my.news.yahoo.com/al-jazeera-seeks-explanation-over-astro-censorship-032808361.html