Friday, May 11, 2012
Tribunal SPR Taktik Pembangkang Alih Isu Dalang Rusuhan!
PKR dan parti-parti pembangkang terus mahu mengelakkan daripda mengambil tanggungkawan sepenuhnya terhadap rusuhan yang berlalu semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Setelah butki didedahkan bahawa pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen mengarahkan peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka, serta arahan isyarat tangan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kepada timbalannya, Azmin Ali supaya penokong merempuh penghalang, kini mereka mahu mendesak agar satu tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pengerusi SPR dan timbalannya pula.
Belum lagi memerintah negara, PKR dan pembangkang sudah menunjukkan belang untuk memburuk-buruk semua institusi negara termasuklah institusi raja-raja Melayu.
Ingat bagaimana Azmin serta pemimpin-pemimpin pembangkang mencemuh raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara dengan kata-kata sinis dan berunsur cacian semada pertabalan Yang diPertuan Agong baru-baru ini?
Inilah orang yang sama yang menjadi balaci kepada Anwar untuk mengarahkan peserta Bersih merempuh masuk ke dataran Merdeka yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai kawasan larangan.
Orang yang sama jugalah kini berdepan dengan dakwaan melakukan perbuatan jijik berzina dengan salah seorang pemimpin Wanita Keadilan seperti yang telah didedahkan oleh laporan media.
Inikah jenis manusia seperti juga bosnya, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang umpamanya Mat Sabu yang pincang akhlak dan moral mereka tetapi menipu rakyat untuk mendapat kuasa?
Pembangkang cuba membawa isu rusuhan kepada perkara lain agar rakyat melupakan peranan besar mereka mencetuskan kekecohan yang menyebabkan ramai yang tercedera termasuk anggota polis.
Mereka menyebarkan fitnah dan propaganda bahawa SPR adalah satu badan penyelia pilihanraya yang tunduk kepada arahan kerajaan, maka dengan itu tidak bebas dan adil.
Malah untuk membukti dakwaan mereka, pembangkang membawa sekumpulan pemantau pilihanraya bebas dari luar negara untuk membuktikan kepada dunia bahawa apa yang mereka katakan adalah benar.
Satu persoalan sahaja yang sampai kini pembangkang terkedu dan terkelu lidah mereka apabila diajukan soalan ini.
Jika benarlah seperti yang didakwa bahawa SPR menjadi alat kerajaan, sudah tentu Barisan Nasional akan memenangi setiap satu daripada 222 kerusi parlimen dan 456 kerusi negeri, dan pembangkang tidak akan berjaya memiliki satu pun kerusi samada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negeri.
Namun, hakikat yang terjadi adalah sebaliknya.
Pembangkang bukan sahaja dapat mengekalkan penguasaan ke atas negeri Kelantan bagi lima pilihan raya umum berturut-turut sejak 1990, tetapi berjaya merampas empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah denbgan jumlah kerusi parlimen sebanyak 82.
Malah keputusan PRU 2008 merupakan yang terbaik bagi pembangkang berbanding PRU 1999 di mana mereka memenangi 31 kerusi parlimen.
Kalaulah benar dakwaan pembangkang bahawa SPR mengikut telunjuk, mustahil pembangkang mampu merampas dua negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
Sudah tentu BN dengan menggunakan SPR sebagai 'alat' akan memastikan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal di bawah pemerintahan BN tetapi realitinya ini tidak berlaku.
Perak jatuh semula ke tangan BN setelah 11 bulan kerana tiga orang anggota Dewan Negeri itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan pembangkang.
Jadi amat jauh sekali daripada realiti, hakikat dan kebenaran menuduh SPR sebagai satu badan bebas yang ditugaskan menyelia pilihan raya sejak merdeka sebagai institusi yang diperalatkan.
Taktik pembangkang ialah untuk terus menabur fitnah siang dan malam terhadap SPR supaya lama-lama rakyat akan termakan dengan dakyat mereka.
Tohmahan pembangkang tidak akan berkesan lagi kerana rakyat sudah tahu SPR telah menjalankan tugasnya dengan telus, adil dan bersih sejak 55 tahun lalu.
Labels:
Bersih 3.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment