Wednesday, June 13, 2012

Sedap.... Azmin Ali Hentam Setpol MB, Fekah!


Perbalahan dalam PKR Selangor, yang menyebabkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa berundur daripada jawatan ketua PKR Selangor pada 2010, nampaknya kembali berulang.

Sasaran kali ini ialah ke atas setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin.

Kempen dalam talian dengan nama Kami Sayangkan PKR itu pada awalnya nampak remeh, namun tetap mencuri perhatian apabila ia dilihat mendapat sokongan oleh timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Azmin yang kini ketua PKR Selangor, minggu lalu menerbitkan semula satu tulisan diTwitter yang menggesa Faekah "dipecat".

Tindakannya itu mencetus spekulasi sama ada satu lagi perbalahan akan berlaku di dalam parti tersebut di Selangor.


Ditanya mengenai perkara itu, MP Gombak tersebut menganggap bahawa perkara itu tidak penting kerana beliau menerbitkan semula tulisan tersebut secara "tidak sengaja."

Azmin bagaimanapun menambah, banyak rungutan mengenai Faekah yang diterima seja beberapa bulan, "termasuk daripada penjawat awam."

Katanya, pengadu berkenaan diberitahu bahawa parti dan menteri besar tidak boleh membuat banyak tindakan melainkan pengadu berkenaan membuat aduan rasmi dan mengemukakan bukti.

Beliau enggan mendedahkan dakwaan berkenaan namun aduan sama ke atas Faekah itu malah diterima daripada individu dari Sabah, katanya.

Faekah yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti semenjak dilantik sebagai setiausaha politik meteri besar pada Jun 2010, dikatakan berdepan dengan tindakan pemecatan pada Mac akibat tekanan daripada parti.

Sumber di peringkat tertinggi PKR mengesahkan bahawa aduan ke atas Faekah ditimbulkan dalam beberapa mesyuarat biro politik, namun tiada tindakan diambil setakat ini. -Malaysiakini

Rasanya Azmin hendak balas dendam pada Khalid Ibrahim dan Fekah kerana mendedahkan video 'blow job' Azmin dalam jamban dulu....

No comments: