Pertama: Bertepatan dengan temanya iaitu "Antara Dua Masa Depan", KPUM akan jelaskan tentang dua pilihan yang terpampang buat anak Muda Malaysia. Satu yang berasaskan realiti, kebertanggung jawaban dan memugar nilai murni dan yang satu lagi bertongkatkan fantasi, rakus dan porak poranda. KPUM akan membawa perwakilan dan rakyat Malaysia menelusuri imbasan masa hadapan dari segi ekonomi negara, tadbir urus, agama, masa depan orang Melayu , ketelusan kepimpinan serta nilai murni rakyat Malaysia. Beliau akan membuat perbandingan dan memperincikannya untuk orang muda memilih dan memberi keyakinan bahawa UMNO dan BNlah pilihan yang terbaik buat seluruh orang muda dan rakyat Malaysia.
Kedua: KPUM akan ketengahkan sumbangan dan peri penting peranan yang telah dimainkan oleh Pemuda kepada agama, bangsa dan tanahair. Yang utamanya adalah, Pemuda sentiasa memastikan parti UMNO kekal relevan dengan zamannya dan menyerlah sebagai parti sentiasa hadapan. Kini, Pemuda telah diberi nafas baru – bukan lagi sekadar kumpulan pendesak tetapi khidmat bakti dengan gerak kerja penyelesaian yang mesra orang muda. Beliau akan nyatakan kegiatan Pemuda yang menterjemahkan transformasi politik UMNO seperti Makmal Pemuda, Karnival Kerjaya dan sebagainya. Tak terkecuali, peranan Pemuda kini diiktiraf bukan sahaja oleh orang muda, dengan sokongan di pilihan raya kecil dan pilihan raya kampus, dan parti UMNO bahkan diangkat suaranya oleh kerajaan di dalam perancangan dasar. Inilah Pemuda yang kita bina dan menjadi sebahagian dari legasi.
Ketiga: Sebagaimana tahun-tahun lalu, KPUM akan bawakan cadangan-cadangan mesra orang muda kepada Kerajaan. Tahun ini KPUM akan bawakan sepuluh cadangan meliputi perumahan, bantuan kebajikan, lesen, muflis muda dan pelbagai lagi.
Keempat: Pemuda akan sentuh tentang kepimpinan dalam Pemuda dan generasi pelapis. Beliau juga menyeru budaya yang mendahulukan berkhidmat dari mengejar kedudukan. Pada masa yang sama KPUM akan sentuh tentang pola demografi pengundi yang banyak orang muda dan yakin orang muda boleh diberi kepercayaan menyahut cabaran untuk parti.
Kelima: KPUM akan sentuh tentang kepentingan semangat dan kekuatan menghadapi pilihanraya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment