Sunday, February 24, 2013

Laporan Polis Terhadap Nurul Izzah Kerana Cetus Provokasi


Kemaruk sangat, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dilihat cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.

“Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.

“Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.

“Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?” tambah beliau.

Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan dimana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan: “Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.

“Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”

Pada 13 Februari lalu, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat kepada Raja Nong Chik tentang program debat yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Namun pada 9 Februari Raja Nong Chik menolak jemputan tersebut kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Inilah taktik kotor yang sering diguna pakai oleh puak pembangkang...

8 comments:

Anonymous said...

Apa punya manja la si mamat ni. Tak nak berdebat terus lapur pada polis. Mengalahkan budak2 beringus ja.

Nama ja raja bersiung, tapi, telor tak da langsung.

Macam ni ka konon nak jadi pemimpin. Nak berdebat dgn seorang perempuanpun, hilang terus taringnya.

Memang MEMALUKAN.MEMALUKAN UMNO TAU!!!!

Anonymous said...

betina nie tak reti bahasa ke hape??
dh hantar byk kali surat menolak pelawaan debat..dlu bila bn ajak berdebat x nak pulak datang..bn x ada hal punya taring x hilang tp kesibukan masa mengejar masa demi menepati janji..

Anonymous said...

woiii...betina penyokong murtad neh gile nak berdebat pulak...kerja xbuat asik nak berdebat saje...

Kes sokong org Melayu murtad xnak pulak dia tarik ayat tuh.....

Anonymous said...

betina ni kene sound 3 hari lepas kt ppr kerinchi padan muke..nk jd yb tp x bertanggungjawab...same mcm bapak die jgk..aljuburi

Anonymous said...

Dia kalau kena batang bengkok mcm papa dia punya baru dia senggap ni....

Anonymous said...

bukan ke puak2 ni juga kata ada apa dgn debat, debat tak penting buang masa bila umno pelawa tapi sekarang jadi miang keladi plak terhegeh2 nak debat..

woiii... raja tu sebuk uruskan soal rakyat mana ada masa nak jumpa anakpapa tu.. jijik raja tu nak jumpa anakpapa ni... anakpapa boleh la sbb tak ada keje hanya tau siang malam berceramah tabur fitnah lepas tu sokong org2 melayu utk murtad.. itu je anakpapa ni tau buat..

Anonymous said...

Kah..kah..kah...!!
Raja bersiung tak de telor....
Nak berhujjah pun takut...
Menyalak kat tunggul kayu berani le...

kah..kah..kah....
Nak jadi pemimpin konon...
kah..kah..kah...
Konet terus masuk dalam takut berhujjah.

Anonymous said...

Kau orang hati2 dengan Raja Bersiung ni woiiii... Kat Kpg Baru dia dah "failed" nak hisap darah kat sana. Orang2 kat Kpg Baru dah tendang dia ni, kini, dia mencari mangsa baru pulak kat Kampung Kerinci

KITA NYAHKAN "RAJA BERSIUNG" NI... dpd menghisap darah penduduk Kpg Kerinchi