Saturday, March 2, 2013
Dalang Pencerobohan Lahad Datu: Anwar Hanya Berani Nafi Tapi Takut Untuk Saman!
Siapa yang tak kenal dengan Anwar - Raja Saman, pantang orang petik atau ada sebut nama dia sikit, dia akan saman... haa.. apa lagi, kenapa Anwar tak berani nak saman laman-laman portal antarabangsa yang telah mendedahkan Anwar sebagai dalang penceronohan di Lahad Datu?
Samanlah RM100 Juta... nak nafikan apa lagi... nak tunggu apa lagi? kata lawan tetap lawan!
Sebenarnya Anwar takut nak saman sebab bimbang lagi banyak rahsianya akan didedahkan... Itu lah dia kalau dah dasar pembohong tu, pembohong lah jugak....
Penafian Anwar
Anwar Ibrahim menafikan pakatan pembangkang sebagai dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Beliau berkata demikian merujuk kepada dakwaan terbaru pihak perisikan Filipina yang secara terbuka mengaitkan nama beliau dalam kejadian yang berakhir dengan tragedi apabila dua anggota komando polis terkorban dan tiga cedera dari pasukan VAT69 semalam.
Anwar walau bagaimanapun menuding jari kearah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai lambat bertindak ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata itu sejak dua minggu lalu.
Justeru Anwar menolak sebarang fitnah yang dilontarkan kepada pembangkang sehingga menjejaskan imej parti itu.
Pendedahan Rahsia Anwar
Portal berita Filipina 'Inquirer News' sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu membuat pertemuan bersama pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan itu di Sabah.
Menurut portal itu lagi yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram II mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut sebahagian dari Sabah.
"Ahli politik ini merupakan salah seorang yang mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram. Beliau menawarkan sokongan pembangkang Malaysia ke atas tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah," kata sumber perisikan itu sebagaimana dipetik daripada Inquirer News.
Selain Inquirer News, pada 14 Februari lalu, agensi antarabangsa, The Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku ke atas jemputan pembangkang di negara ini.
Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang negara ini tetapi segera dinafikan Anwar dan mendakwa kenyataan itu dibuat Umno.
Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
Namun pada jam 10 pagi semalam, pasukan keselamatan negara terpaksa bertindak mempertahankan kedaulatan negara selepas penceroboh yang diketuai oleh adik bongsu Sultan Jamalul Kiram III enggan memberi kerjasama, mahupun menyerah diri.
Dua anggota VAT 69 yang terkorban ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud manakala mangsa yang cedera pula ialah Koperal Mohd. Tarmizi Hashim (tangan dan kaki), Koperal Azman Ampong (paha dan punggung) serta Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli (bahu kanan dan kedua-dua belah kaki).
Kejadian berbalas tembakan itu berlaku selama setengah jam dan membunuh 12 anggota kumpulan Tenteran Diraja Kesultanan Sulu, seorang cedera dan 10 lagi menyerah diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Ada saja plan dia yg gagal...... buat macam ni kantoi kat situ, buat macam tu kantoi kat sini. Tapi ada jugak yg bodoh macam Otai Reformasi. Kene tipu hidup-hidup. Yang suka buat onar rusuh sana-sini adalah Anwar. Dari time muda-muda kay Universiti, pas tu Reformasi, lepastu Bersih dan sekarang bila rakyat tak nak merusuh diampi panggil pulak pengganas buat onar di negara ini. Iti memang kegemaran dia sejak muda sampai la dah nak mampos ni.
manusia durjana
Bangang punya artikel. Cuba tunjuk bukti tang mana media filipina sebut nama Anuar dalam artikel dia. Aku dah baca semua sumber berita tapi tak ada yang sebut nama Anuar. Cuma serkap jarang adala tanpa sebut nama. Kalau dia sebut nama barula boleh saman. Bangang punya owner blog. Aku rasa komen aku nko tak de teloq nak masukkan. Confirm tak masuk punya.
Ni apa citer pulak:
Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini
LOGISTIK...... Siapakah yang mereka buru dan kenapa tidak dapat mengesan kemasukan 76 orang tentera palsu Sultan Sulu setelah beratus ribu sudah lama bermastautin di Sabah, malah layak menerima BR1M.
SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.
Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Kerana tanah, umno bersengketa...
Itulah cerita sebenarnya.
Maka, yang menjadi kambing hitam ialah rakyat yang tak berdosa.
Pemimpin umno yg bersengketa boleh bergembira dan goyang telor.
Baca selanjutnya disini:
http://gigitankerengga.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-edisi-berapi-dari-sabahkini_2.html
Aku benci Anwar!!! Tali barut org Yahudi!! Kerana kemaruk nak jd PM... sanggup mengadaikan keselamatan negara. Huru harakan negara. Motif dia sebenar hanyalah utk membalas dendam sbb pernah dippenjarakan. Dia x pedulik sama ada betul atau salah caranya yg penting dia nk jd Pemerintah baru. Fuck u Anwar! Dgn anjing2 yg sekutu dgnnya.
Anwar penderhaka.perosak keamanan negara.
Anwar ni mmg perosak bangsa.. sudah..sudah la anwar... kalau x bleh menang dalam hal politik.. berhenti la.. org mcm anwar ni x layak jadi pm... orang dah muak tgk muka anwar ni.. tp masih x aedar diri.. pegi la buat haji dan bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka...
Anwar penghapus keamanan negara. Klu dia tidak terlibat dalam kes pencorobohan knpa mesti nafi perjumpaan dgn Misuari, pemimpin moro??
Post a Comment