Thursday, March 7, 2013

Lahad Datu: Malaysia Tolak Gencatan Senjata


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Tungku (Lahad Datu), Khamis. Turut sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -foto Bernama

Malaysia menolak gencatan senjata oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui 'tweet'nya, Khamis.

Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat.

"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah & seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," katanya melalui twitter.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Felda Residence Sahabat bagi melakukan tinjauan Op Daulat yang dilaksanakan pasukan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu di daerah ini.

Najib diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba pada pukul 1.45 petang dengan menaiki helikopter Nuri.

Perdana Menteri dijangka membuat sidang media selepas selesai melakukan tinjauan berkenaan.

11 comments:

Anonymous said...

Yes!!
Nk perang sgt yea? Igt main paintball nak gencatan?
Lepas ko bunuh polis tu ko cacatkn plak tup2 ko nk gencatan? HELL NO!!
Harap wujudkn blk ISA

Anonymous said...

Hapuskan saja lanun lanun tu semua. Malaysia jangan tunduk pada anjing anjing suruhan Anwar

Anonymous said...

Siapa kata lanun?
Mereka adalah pejuang2 Kesultanan Sulu.
Mereka berjuang kerana ingin mendapatkan tanah milik mereka. Mereka berjuang untuk mempertahankan hak milik mereka kerana PENIPUAN. Perjuangan adalah JIHAT pada mereka.

Anak Lenggong said...

Syabas diatas tindakan PM yang tegas dalam menengani isu pencerobohan ini..ini negara kita..mereka penceroboh masa rundingan secara baik telah diberikan tetapi disambut dengan membunuh anggota keselamatan Malaysia..Dato Najib jangan jadi macam sepupu datuk yang jaga KDN tu..asyik amaran keras je tanpa sebaranng tindakan susulan..ingatkan dok cium keris dalam persidangan UMNO dulu tu teror sangat tapi rupanya lembek..sekarang ni nak tengok apa yang dilakukan terhadap si celaka Tian Chua, paper suara keadilan dan yang terbaru pendedahan daripada bekas Jeneral TLDM berkenaan dengan pendedahan kepada umum aset pertahanan negara..

Anonymous said...

Jangan sama sekali CEASE FIRE. Belasah saki-baki yang ada habis-habisan. Tunjuk KEKUATAN ANGKATAN BERSENJATA MALAYSIA supaya lain kali mereka beringat sikit sebelum mencabar kesabaran Malaysia. Kita sudah 4 kali melanjutkan tempoh rundingan secara damai oleh kerana sesama Islam, tetapi mereka telah mengkhianati kita dengan membunuh para anggota keselamatan kita pula dengan berpura2 mengangkat bendera putih untuk dijadikan sekadar umpan.

Anonymous said...

Berjuang tanpa keredhaan Allah tidak ada makna nya. DI dunia boleh berbangga tapi, di akhirat orang yang terus-menerus mempertahankan yang bathil akan mendapat kesiksaan yang pedih.

Anonymous said...

MEMILIKI HARTA DGN CARA MENIPU, KEMUDIAN MATI KERANA MEMPERTAHANKANNYA, TAK TAKUT KE BALASAN ALLAH NANTI?

Anonymous said...

Allah maha adil... daripada ditipu dan percaya dengan fitnah politik yg ini adalah konspirasi... yg tu tak takut plak dengan tuhan yer...

Anonymous said...

Allah dah kata memiliki harta dgn cata menipu, maka, harta itulah kelak yang akan membakarnya di neraka nanti.

Anonymous said...

Allah tidak pernah menipu pada makhluk nya. Hanya manusia yg berhati syaitan sahaja yang akan menipu harta kepunyaannya sedang itu adalah kepunyaan orang lain.



Anonymous said...

Dia org bukannya raja sulu pun. Cuma perasan je. Jamalul Kiram cuma anak tiri Sultan Kiram II je. Sultan Kiram II setuju pihak Amerika bunuh lebih 4000 org Kaum Tasug. Dan pemerintahan kesultanan sulu mengikut giliran. Maknanya tiada lagi keturunan yang sah selepas itu. Jadi manakan mungkin Jamalul Kiram III mempunyai hak menuntut haknya yang bukan haknya. Org sulu pula mempunyai kaitan dengan Sultan brunei. Lagipun, kalau nak minta hak secara damai pun macam mana dia boleh bawa banyak senjata canggih termasuk anti kereta perisai? Apa pun, mereka mesti letak senjata dan surrender atau keluar dari Sabah.