Saturday, May 4, 2013

#PRU13 PR Telah Mulakan Bibit-bibit Huru-Hara


Melihat dari perkembangan semasa dalam kempen pilihanraya ini, kita semakin yakin bahawa huru-hara yang dijangka sudah hampir pasti akan berlaku selepas PRU-13. Justeru, difahamkan di beberapa tempat, penyokong-penyokong BN telah pun mengadakan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT dari segala bencana.

Sungguh ironi sekali kerana di masa yang sama, pihak PR pula didoakan oleh pihak gereja Jerusalem di Israel.

Pembangkang memulakan langkah pertama untuk mencetuskan dengan menimbulkan provokasi dengan mengumpan pihak Barisan Nasional bertindak balas. Antara langkah yang diambil ialah:

· 26 April – Seroang kanak-kanak 11 tahun cedera dibelasah pembangkang kerana mengaku menyokong BN di Felda Teloi Timur, Baling.

· 28 April – Sofian Abidin dipukul pembangkang kerana memakai baju T berlogo BN dekat pekan Tanjung Dawai.

· Pada 2 Mei - C. Padiapan, 50, bertugas mengawal khemah BN di Taman Halia, Lunas cedera parah dipuluk penyokong pembangkang.

· 2 Mei – Seorang ahli bomba sukarela di Taman Merak Jaya, Seberang Perai Tengah bakal hilang penglihatan mata kiri akibat dibelasah pembangkang.

· Selain belasah, pembangkang juga menggunakan bom petrol untuk membakar Bilik Gerakan di Nibong Tebal dan juga Jelapang Perak.

· Mereka juga bertindak membakar khemah-khemah BN di Bakar Bata Kedah dan juga Batu.

Walaupun mereka tidak jemu-jemu mencabar, Alhamdulillah, pihak BN tidak termakan umpan tersebut. Malah, BN terus berkempen dengan cara biasa iaitu mewar-warkan janji yang pasti ditepati di samping mengingatkan rakyat akan siapakah pembangkang yang sebenarnya.

Memandangkan mereka masih belum berjaya membuat BN bertindak balas, maka mereka meneruskan ke langkah seterusnya iaitu mereka-reka isu bagi mempersoalkan kredibiliti SPR. Antaranya:

· menuduh warga asing yang sedang beratur di lapangan terbang sebagai ‘pengundi hantu’ yang dibawa oleh BN.

· mempersoal kredibiliti dakwat kekal yang sebelum ini diperjuangkan mereka.

· menyebar berita palsu dengan menuduh kerajaan akan menghalang mereka mengundi terutama kaum Cina dan menyuruh mereka mencetak semakan pemilih untuk disimpan sebagai bukti.

· mewar-warkan kepada pemberita dan kerajaan asing konon pilihanraya Malaysia tidak bersih dan merayu mereka menjadi pemerhati.

Kesemua ini adalah bukti kukuh bahawa pembangkang yakin yang mereka akan kalah. Sehubungan dengan itu, mereka giat merancang huru-hara bagi menolak keputusan pilihanraya.

Apa yang dijangka ialah mereka akan menggunakan cetakan semakan daftar pemilih yang telah dipalsukan untuk menuduh SPR tidak telus dan seterusnya mencetuskan kekecohan. Kekecohan ini akan berlaku di beberapa tempat sehingga bertukar menjadi pergaduhan dan seterusnya kecederaan. Ini penting bagi memberi ‘impak’ kepada bantahan mereka.

Dijangka juga akan berlaku satu kejutan yang melibatkan serangan ke atas individu yang berpengaruh di dalam pembangkang bagi meraih simpati dan bagi mengesahkan kononnya BN bermain kotor.

Kemudiannya, Ambiga dan SUARAM akan muncul kembali membawa isu BERSIH dan Keadilan. Pada ketika ini juga pembangkang akan meminta bantuan asing secara besar-besaran bagi memberi tekanan kepada kerajaan.

Akhir sekali mereka akan mengumpulkan seramai mungkin penyokong mereka untuk membuat huru-hara menolak keputusan pilihanraya. Ia akan dilakukan secara berterusan sehingga Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran kepada kerajaan.

Sekiranya ia masih gagal menjatuhkan kerajaan, maka suntikan semangat baru akan diberi untuk terus menyemarakkan kemarahan penyokong mereka. Untuk itu, tidak mustahil mereka akan mengarahkan penyokong mereka berbuat sesuatu yang memaksa pihak berkuasa bertindak keras. Tindakan keras pihak berkuasa akan diwar-warkan sebagai bukti kekejaman sehingga penyokong yang lain menjadi hilang kawalan akibat kemarahan yang meluap-luap.

Kebencian dan perkauman akan terus disebar pada waktu ini sehingga negara lumpuh dan kerajaan menjadi lemah.

Sebenarnya, langkah kejatuhan kerajaan dalam cara yang sama telah berkali-kali kita saksikan melalui ‘Arab Spring’. Apa yang terjadi seterusnya adalah ‘klasik’ iaitu anak kehilangan bapa, bapa kehilangan keluarga, orang ramai kehilangan pekerjaan, hilang tempat tinggal, barangan asas sukar didapati, bank-bank ditutup, kedai-kedai diceroboh, kecurian berleluasa dan seterusnya.

Jika selama ini kita hanya menontonnya di televisyen dan membacanya di akhbar dan internet, tetapi hari ini, senario ini sudah hampir pasti melanda kita. Untuk itu, penyokong-penyokong pembangkang perlu bertanggungjawab kerana enggan mendengar nasihat kita agar tidak mempercayai pemimpin mereka. Apapun, yang penting kita telah mencuba sedaya upaya untuk menyedarkan mereka.

Maka apa yang dapat kita lakukan di saat-saat akhir ini hanyalah berdoa agar dijauhkan dari mala petaka angkara saudara-saudara kita di dalam pembangkang.

12 comments:

Anonymous said...

dr tahun 1974,pembangkang tk pernah menang hingga 2008.ada kacau bilau ke?Bila PR memenangi 5 negeri ada huru hara ke?Yg dok canang sana sini kalau PR menang akan ada huru hara ni sape?semua puak BN.Org2 yg takut kehilangan kuasa dn sumber kekayaan je akn mencetus kn huru hara.dan kamu tahu sape yg aku maksud kn!

Anonymous said...

wahai anwar ibrahim, kau lah bapak segala najis dan syaitan.. wahai pencacai anwar, kau lah sebangang-bangang kejadian melayu..

bn kalah said...

Ish ishhh... Selalunya pihak yang tak pernah kalah yang akan buat huru-hara. Maklum la, dia ingat negara ni mak bapak diorang yang punya. Kesian, bila hidup tak pernah muhasabah diri macam tu la jadinya, betul tak tuan blogger?

Anonymous said...

Anon 2:10....Dari thn 1974 mana ada pr lg,sebab tu la negara x huru hara...aku rasa ko lupa pada sejarah atau ko ni mmg bengap tahap dewa xbc sejarah...tu yg huru hara peristiwa 13 Mei tu psl pe?psl pembangkang si dap tu mnang sket trus nk buat mcm negara ni dia yg punya...org melayu dbunuh dan dhalau...ko pergi kaji balik psal 13mei tu,ko tgk sapa yg jd bpk kpala penyamun masa tu n apa kata2 racist dorng masa tu...klau bukn si lim kit sial tu!!!..dah dah pegi baca buku sejarah ya....

Anonymous said...

Kalau PR menang sudah tentu tiada huru hara....pemimpin2 BN bkn mcm pemimpin2 PR dan pengikut2 mereka yg bodoh...BN sgt gentleman...tidak sekali kali akan berbuat demikian....perangai kacau bilau ni hya dibuat oleh orang2 bodoh mcm anwar ibrahim shj...lepas ni bila dah x boleh terima semua negeri2 dia kalah mmg dia akan buat kacau....dia sendiri pun akan kalah nnt kat pmtg pauh...org dah muak dgm dia ni....k

Anonymous said...

PR nak menang PRU ... bukan nak huru hara ... PR dah melalui zaman kalah dah 55 tahun ...ada ke huru hara ... BN yang tak pernah merasai kalah secara total .... jangan anggap zaman lepas merdeka....

Anonymous said...

2008 PR kalah. Ada huru hara. Sebelum 2008 DAP PAS dah biasa kalah. Ada huru hara. Takut 3013 bn tak boleh terima kenyataan kalah.
Sabar.

Anonymous said...

Bertaubatlah kau orang ni yg suka tabur fitnah,,,sudah-sudahlah menabur fitnah...itu pun kalau kau orang masih yakin akan siksa kubur..masih ada istilah dosa dan pahala dalam kamus kamu...saya yakin kalau terjadi huru hara pun..akan berpunca dari UMNO...bukan dari PR. Memang kau orang UMNO bolih cakap apa saja tanpa perlu risau ditahan olih phak berkuasa, kerana UMNO ni above the law especially yg suka jilat menjilat pemimpin atasan.Malaysia akan terus merudum dalam ekonomi dan jauh ketinggalan dari Indonesia kalau UMNO terus memerintah. GDP Indonesai tahun sudah USD850billion dan Malaysia hanya USD280billion!! Apa ni??? Kau orang tau tak apa GDP ni??

Anonymous said...

SEMOGA PENGKHIANAT NEGARA MENERIMA BALASANNYA. KALAU TAK DI DUNIA INI,DI AKHIRAT KELAK KAMU AKAN DIHISAB DAN DISIKSA AKIBAT PERBUATAN KAMU. IMEJ ISLAM TIDAK DICEMARI OLEH PENGANUT UGAMA LAIN, MELAINKAN MELAYU ITU SENDIRI. UBAHLAH, SEBELUM TERLEWAT.AZAB ALLAH AMAT PEDIH.BANYAK BANYAK FIKIRKAN TENTANG KEMATIAN.KEMATIAN ITU PASTI. TIADA SIAPA YG DAPAT KEKAL SELMANYA.

Anonymous said...

Tdk sygkah kamu akan para ulama yg memperjuangkan ISLAM.... sampai bila kamu nak tunduk pada wang ringgit, kuasa dsbnya? JIKA telah ditetapkan olehNYA BN kalah.. JIKA... dan org atasan kamu lari meninggalkan kamu... apa yg akan kamu lakukan wahai sahabat seISLAM hamba? pada masa kamu terkontang-kanting, sahabat seISLAM kamu ini jugalah yg BAKAL menolongmu.. INSYALLAH.. sebelum kamu tidur, fikir2kan apa yg telah kamu lakukan di dunia ini dan fikirkan apa yg akan terjadi kepada kamu SEKIRANYA ALLAH SWT mengambil nyawa kamu keesokan harinya??? Sudah banyakkah amal perbuatan kita... insyallah, perjuangan kamu dalam membantu usaha ULAMA menegakkan SYIAR ISLAM insyallah diberkati ALLAH.. :) kita saudara sesama ISLAM kan??? PEACE BRO...

Anonymous said...

Renungkan ayat2 al quran yg banyak tentang pengikut bertelagah dng pemimpin yg telah menyesatkan mereka...saya tengok pemimpin UMNO lah yg banyak menyesatkan pengikut2 mereka yg ikut membuta tuli...di Padang Masyar nanti...pengikut2 ini akan merayu pada Allah SWT dng menyalahkan pemimpin mereka...kerana ketika itu sudah nampak di depan mereka api neraka yg menjulang!!! Pemimpin UMNO ini pulak akan berkata...bukan aku yg paksa kamu ikut tetapi kamu sendiri yg nak ikut..maka pengikut2 ini terus merayu pada Allah SWT supaya mengazabkan pemimpin mereka ini (UMNO) dng azab yg berlipat kali ganda...!!! Tetapi sudah terlambat...!! Saya adalah penyokong UMNO yg tegar dahulu kala tetapi alhamdulillah..Allah telah membuka mata hati saya untuk meninggalkan UMNO kerana tidak mahu sesat dunia dan akhirat!!Saya cukup yakin UMNO adalah parti sekular yg hipokrit dan banyak terdapat ciri2 munafik di dalamnya..!!

retrofungus said...

mami,kejadian-kejadian pr buat ni yang mami bgtau ni ada video atau gambar dak?