Dah Kalah tu Kalah lah!!!
Walaupun dikecam pelbagai pihak, Pakatan Rakyat (PR) akan tetap meneruskan siri Himpunan Blackout 505, kali ini di ibu negara, 15 Jun ini.
Himpunan kononnya bagi membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu difahamkan akan dirunding dengan pihak polis terlebih dahulu.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, hari ini.
PR katanya akan berurusan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.
Maklumat lanjut mengenainya ujar Anwar akan dimaklumkan oleh sekretariat himpunan.
Untuk rekod, siri himpunan itu yang diadakan di sebuah padang berhampiran Amcorp Mall akhir bulan lalu menyaksikan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 berlaku.
Antaranya termasuklah para peserta yang turut membawa anak kecil menyertai himpunan itu.
Himpunan itu juga tidak menerima sambutan termasuk dari kalangan parti komponen PR sendiri. -Sinar
5 comments:
Tak habis habis, tak puas puasa HATI lagi, dah kalah tu kalahlah! Buatlah kerja di Permatang Pauh yang telah dimenangi tu....!!!!!
Biaq dia pi..pundi kencing masih penuh.
Ya Allah kau ambillah nyawa Anwar Ibrahim ini.. kerana selagi dia bernyawa, selagi itu tdk akan puas hatinya dlm memporak-perandakan hidup orang. Amin.
Bila lagi menteri dan PDRM nak bungkus je pertubuhan haram tak berdaftar ni ?
Kenapa beri muka sangat kepada samseng-samseng dari pertubuhan haram tu ?
Menteri je baru.
IGP pun baru.
tapi pemikiran masih lama - biarkan perbincangan dgn pertubuhan haram yg tidak berdaftar ini ?
Org Lama tapi fikiran tak lama.
Jika polis bertindak tegas meka kata zalim. Bila polis xbertindak ada kata berlembut. Bila ada ISA meka kata zalim. Bila ISA mansuh ada kata elok diwujudkan semula. Tu la dia manusia setiasa x kena...
Post a Comment