Tuesday, April 21, 2020

Anwar Ibrahim Katua Pembangkang - Sejarah Tercipta Bekas PM Ke-2 di Blok Pembangkang





"Buat masa ini, saya ketuai pembangkang."

Itu jawapan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya tentang posisi Ketua Pembangkang ketika ini.

"Pakatan Harapan ada 92 wakil dan telah membuat keputusan berdasarkan parti yang masih ada iaitu DAP, Keadilan dan Amanah.



"Bagi Pakatan Harapan, ia masih sama, sayalah ketua. Namun, kami akan terus bekerjasama dengan pemimpin dari parti pembangkang yang lain," katanya dalam sesi temu ramah Consider This pada Isnin malam.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan duduk di blok pembangkang ketika sesi Parlimen kali ini.

Ini menjadikan beliau bekas Perdana Menteri kedua yang pernah duduk di blok pembangkang selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejarah akan tercipta pada 18 Mei ini apabila Dr Mahathir Mohamad akan duduk di blok pembangkang ketika sidangan Dewan Rakyat bersambung semula.

Perkara ini disahkan oleh dirinya sendiri dalam satu kenyataan kepada The Star. Dr Mahathir akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang. Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Ini juga adalah kali pertama anggota dari parti yang sama tetapi duduk di kedua-dua blok yang bertentangan.

Mahathir menjelaskan bahawa Bersatu - dengan dirinya sebagai pengerusi - kini terbelah dua.

"Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

"Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan," katanya.

Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

1 comment:

Anonymous said...

Tun atau Anwar jadi Ketua Pembangkang. Nak berebut tikam belakang pun orang tak marah cuma tepok tangan saja. Tun bakal dipecat dari Bersatu

Semalam bekas perdana menteri Najib@Bosssku dalam satu kenyataan kepada The Star berkata Tun akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang.

“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.

Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Dari simber dipercayai Tun. akan dipecat dari Bersatu kerana melanggar displin parti Bersatu kerana mahu duduk di barisan pembangang 18. Mei nanti.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu...Hari ini dalam sejarah Tun tak rebut dan tangguh peralihan kuasa dan jawatan...kikiki

hahhhh tepokkkkk makin panas popcorn kasi tambah.. tak sabar nak tunggu 18. Mei 2020 kali ini.