Friday, December 25, 2020

4 Penyamun Langgar Rider Grab Food Mati Ditembak!


Sungai Buloh - Polis melepaskan beberapa das tembakan sebelum menumpaskan empat penjenayah dalam satu kejadian mendebarkan di Sungai Buloh, tengahari tadi.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat, dalam kejadian berkenaan, tembakan dilepaskan polis selepas suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Axia itu telah melanggar seorang penunggang motosikal yang juga pekerja penghantar makanan.


Kesemua suspek, melarikan diri selepas melakukan jenayah samun di sebuah rumah.


Berdasarkan rekod polis, mereka merupakan kumpulan samun bertopeng yang sebelum ini pernah melakukan lebih 50 jenayah seumpamanya, dan memang dalam buruan pihak berkuasa.


"Ketika melarikan diri, kereta suspek juga telah merempuh seorang penunggang motosikal GrabFood.


"Pasukan serbuan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke atas kereta (penjenayah) demi mempertahankan pasukan dan orang awam," katanya.


Keempat-empat penjenayah dilaporkan maut di tempat kejadian.


Pemeriksaan di dalam kereta yang digunakan penjenayah, telah ditemui senjata jenis parang.


Penunggang motosikal itu merupakan seorang wanita kini berada dalam keadaan satabil namun telahpun dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.


Sewaktu pelanggaran, difahamkan motosikal mangsa dihimpit dan digilis, namun mangsa telah tercampak terlebih dahulu ke atas jalan.


No comments: