Saturday, December 26, 2020

Scha Elinnea Tayang Tatu di Badan!


Nama pelakon baru, Scha Elinnea sentiasa menjadi buah mulut wargamaya kerana sering memuat naik gambar seksi yang menjolok mata di laman Instagram miliknya.


Seakan-akan lali dengan kecaman, pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen itu sekali lagi berkongsi gambar memaparkan tatu yang terdapat di bahagian tubuhnya.


Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 21 tahun itu hanya menampal tatu yang dibeli di Shopee dan tidak mencacah tatu dibadannya.


“Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan pengambaraan, jadi saya saja beli tatu palsu di Shopee. 


Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun,” katanya.


Tambah pelakon drama Rumah Siti Khadijah itu, dia melakukan perkara tersebut hanya suka-suka dan mengisi masa lapang ketika berada di rumah.


“Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di Instagram. 


Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk perkara itu,” ujarnya.


Sehingga kini, posting tersebut menerima hampir 35 ribu tanda like dan ratusan komen netizen yang memuji kecantikan pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

No comments: