Friday, December 25, 2020

Lagenda Rock Kapak Renggo Arrow Tebar Roti Canai Tampung Keluarga

 

Bukan membawa diri sebaliknya mencari peluang dan kehidupan baru luar dari kota metropolitan. Ada kisahnya penyanyi kumpulan Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, yang bertapak di Kampung Sungai Petai di Pasir Puteh, Kelantan sejak lebih sebulan lalu. 

Renggo menjelaskan, sebenarnya beliau ingin mencari tapak perniagaan baru luar Kuala Lumpur selepas menyedari perniagaan kedai makan dan roti canainya di Kepong terkesan kerana persaingan perniagaan. Pilihannya bertapak di Sungai Petai dirasakan tepat, apatah lagi kehidupan di situ aman, tenang dan mempunyai ruang masa. 

Namun, Renggo tidak menyangka jualan hasil menebar roti canai lumayan bahkan roti canainya kini laris dijual sekitar 200-250 keping sehari. Bercakap mengenai bidang nyanyian, Renggo berkata, kerja sebagai penyanyi tidak terhenti sebaliknya beliau meneruskan minatnya itu. 

Baru-baru ini, Renggo telah melancarkan single album terbaharu berjudul Kekasih Syurgawi yang disiarkan di saluran YouTube. "Lagu ini saya buat khas untuk semua wanita, tidak kira kategori apa, janda ke, ibu ke, dara ke, lagu ini sudah mula bermain di corong radio" katanya 

Beliau turut menerima undangan menyanyi namun disebabkan PKP, undangan nyanyian jarang diterima. Semoga Renggo dimurahkan rezeki tidak kira apa pun jua bidang yang diceburinya.

#RenggoArrow #RockKapak

No comments: