Saturday, October 23, 2021

Khairy beri peringatan, sentiasa guna pelitup muka!

 


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin menegaskan mahu setiap kalangan masyarakat tidak alpa dan tidak mengendahkan apa jua usaha yang sebelum ini telah dilakukan bagi mengekang penularan COVID-19.


Rakyat negara ini masih diwajibkan mengenakan pelitup muka terutama ketika berada di tempat awam.


Hari ini menerusi Instagram Stories, Khairy menggesa rakyat Malaysia, terutama rakan setugasnya (ahli politik), untuk terus memakai pelitup muka di tempat awam.



“Semakin ramai rakan setugas saya dilihat dalam gambar bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka.


“Ramai ahli politik menghidapi kencing manis, hipertensi, dan mungkin obes.


“Kalau anda dijangkiti Covid-19, walaupun sudah divaksin, ia tak akan menjadi pengalaman yang menyenangkan.” Kata Khairy.





Khairy memberi amaran bahawa UK kini menghadapi gelombang baru jangkitan Covid-19 meskipun mempunyai kadar pemvaksinan yang tinggi.


“(Ini sebahagiannya) disebabkan sikap keras kepala mereka yang tak mahu memakai pelitup muka. 


"Jangan jadi macam UK. Pakai sajalah pelitup muka itu,” katanya.


Di UK, meskipun hampir 68 peratus populasi telah divaksin penuh, terdapat seramai 7,521 orang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19, setakat 20 Oktober, meningkat daripada angka tiga digit yang dicatatkan pada Mei.




Semalam, di Twitter Khairy turut menyampaikan pesanan agar orang ramai memakai pelitup muka setelah selesai menjamu selera, Khairy berkongsi kerisauannya apabila melihat ramai yang berbual tanpa mengunakan pelitup muka selepas menjamu selera di kedai makan. 


“….Bila dah habis makan & mahu sembang pasca makan, pakai semula pelitup muka,” kata Khairy di Twitter.


Buat masa ini, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di luar rumah, kecuali ketika makan di kedai makan.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didenda RM1,500. 

No comments: