Tuesday, April 12, 2022

Rita Rudaini Menitiskan Air Mata Hantar Putera Sulung Masuk MRSM


Tular di akaun TikTok milik pelakon dan usahawan jelita, Rita Rudaini, di mana ibu kepada dua cahaya mata ini menitiskan air mata ketika menghantar anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin ke sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) semalam.


Melihat di video yang dimuatnaik di akaun TikTok Rita, pelakon jelita ini meluahkan rasa bercampur-baur ketika menghantar putera sulungnya di MRSM.


Dalam kapsyen yang ditulis, Rita mengatakan dia merasai perasan sedih, gembira, cinta, sayang dan rindu hinggakan rasa sakit di dada kerana terpaksa berjauhan dengan anak pertamanya itu.


Dalam pada itu, Rita juga berkongsi rasa gembira kerana anak yang dijaga dan dibesarkan oleh ibu tunggal seperti dirinya boleh melangkah ke hadapan.

No comments: