Polemik rumah tangga pelawak dan pengacara Shuk Sahar dilihat seperti tidak berpenghujung.
Ada sahaja rentetan isu terbaharu yang terkait dengan dirinya sejak ditangkap curang tidak beberapa lama dahulu.
Sungguhpun masih belum dipastikan status terkini antara Shuk dan isterinya, Sera,
Namun, banyak dalam kalangan pengikut di media sosial meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Sera melahirkan rasa sedih apabila melihat anak kecilnya menangis merindui Shuk.
“Perkara yang paling sakit ialah mendengar tangisan seorang anak yang merindui ayahnya.
Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anak-anak ku. Jadikanlah aku seorang yang tabah untuk menjadi ayah buat Aimi Ain,” kata Sera di Instagram.
Menerusi ruangan komen, kelihatan ramai yang melahirkan rasa simpati, selain ada juga yang mengkritik Shuk.
Anak dibiarkan. Sibuk enjoy dengan perempuan lain,” getus seorang warganet.“
Ya Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat Kak Sera dalam membesarkan anak tanpa seorang suami dan ayah. Semoga ada sinar kebahagiaan suatu hari nanti,” tulis seorang lagi pengikutnya.
Namun beberapa hari yang lepas Shuk Sahar tampil meluahkan perasaan berhubung kemelut rumah tangganya yang dikatakan sedang ‘bergolak’ ketika ini.
Menerusi satu siaran langsung di TikTok, Shuk akui dia sekali pun tidak pernah melenting dengan tanggapan orang ramai serta dan komen warganet terhadapnya.
Katanya di aplikasi tiktok beliau sekali pun tak pernah melenting, dan terima segala kritikan dari netizen.
Orang kata Shuk curang, tak padan dengan muka, aku cuma nak korang fikir betul-betul life aku korang tak tahu story dia sepenuhnya, itu saja boleh cakap. Luahan syuk di dalam siaran tersebut.
Katanya lagi “Macam mana aku struggle, bila aku hilang semua macam mana aku try cari ruang.
“Mungkin kadang-kadang, silap aku nampak besar pada korang, aku minta maaf.
“Kalau rasa apa yang korang tengok tak suka di mata korang aku minta maaf,” katanya.
Tambahnya, dia memilih untuk tidak menceritakan kisah sebenar yang berlaku di media sosial.
Kata Syuk lagi sempena bulan ramadan ini beliau mengambil kesempatan untuk memaafkan netizen semua.
Terdahulu, Sera dilihat pergi ke Mahkamah Syariah Jalan Duta.
Pergolakan rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera terus menjadi tanda-tanya apabila Sera mengunci mukut mengenai tujuannya ke sana.
1 comment:
Akhirnya jenama Tun Mahathir menjadi pelingkup kepada mana mana pihak yang ada diri nya terkait.
Bodoh lah sesiapa yang tidak nampak betapa nama baru Parti PEJUANG hanya sebuah parti “Sendirian Berhad” dan bukan parti untuk rakyat.
Mahathir pernah mengejek Anwar Ibrahim Ketika menubuhkan PKR sebagai parti keluarga , kini ia telah pulang kepada diri Mahathir sendiri.
Gandingan DAP bersama Tun Mahathir bukan lagi satu “advantage” kepada DAP , bahkan kini menjadi beban kepada DAP apabila orang Cina mula melihat Mahathir sebagai “individu” tidak boleh dipercayai dan perosak ekonomi.
Selain itu “brand” politik DAP sudah tidak laku lagi tambah lagi dengan dinasti Lim yang begitu lama mencengkam politik DAP.
Itu kisah Mahathir yang sah menjadi liabiliti keada parti nya dan mana mana parti yang dia terkait.
Jika hilang deposit pada 42 kerusi yang di tandingi tidak menjadi teladan dan pedoman, maka tiada apa lagi yang boleh jadi petunjuk.
Lihat sahaja keputusan 7 PRK dan 3 PRN.
Jika itu bukan pengajaran, maka tiada apa lagi yang boleh di ajar kecuali pada mahacai Tun dan PejWang yang kekal bebal.
KHALAS
Post a Comment