Tuesday, April 12, 2022

Yasin Perlukan Rawatan Segera! Kata Peguam


Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.


Peguamnya, Yusmadi Yusoff berkata beliau sendiri telah bertemu Yasin, 47, pada Khamis lalu dan anak guamnya itu meminta supaya rawatan ke atas dirinya disegerakan.


Katanya, walaupun secara fizikal Yasin dilihat sihat dan mendapat penjagaan yang baik daripada pihak penjara, namun kesihatan mentalnya memerlukan pemerhatian pakar.


"Insya-Allah esok saya akan tulis surat secara rasmi kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh untuk memohon perhatian daripada pihak penjara.

"Tuan Majistret turut mengarahkan pihak yang menjaga Yasin memberi rawatan.


"Alhamdulillah, dia mendapat layanan yang baik di penjara dan saya rakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai penjara berkenaan.


"Pun begitu saya akan berusaha agar rawatan yang sepatutnya yang beliau dapat perlu dipercepatkan," katanya ketika.


Jelas Yusmadi, selain Yasin, ahli keluarga komposer lagu Mimpi Laila itu sendiri telah merujuk kepada beliau untuk memberi rekod-rekod rawatan Yasin.


"Ia termasuk rawatan dengan pakar di Hospital Pantai dan dia kami (pasukan peguam) dalam proses mendapatkan rekod rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali Hospital Canselor Tuanku Muhriz) yang beliau dimasukkan selama hampir lebih dua minggu pada 2009.


Sebelum ini, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.

No comments: