Showing posts with label Group Murtad. Show all posts
Showing posts with label Group Murtad. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Diantara Gambar Suspek Murtad Dalam Gereja DUMC Tampil Beri Keterangan Di JAIS





Seramai 12 umat Islam, yang berada dalam sebuah gereja di Damansara Utama ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah, Isnin.

Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.

Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah Jais Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.

Difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu berakhir sehingga lewat petang.

Jais memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.

"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.

Maklumat lanjut mengenai proses memberi keterangan dan kaunseling gagal diperoleh daripada Marzuki yang enggan bertemu pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Malah, seorang petugas Jais meminta pihak media yang menunggu di Tingkat 6 bangunan itu supaya beredar.

Pihak media yang kemudiannya menunggu pula di kawasan pejabat Marzuki turut diminta oleh pengawal keselamatan untuk beredar setelah menerima arahan daripada 'pihak atasan'.

Pada 3 Ogos lepas, Jais melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas menerima maklumat kehadiran beberapa orang Islam ke sebuah majlis yang majlis murtad dianjurkan di gereja berkenaan.

Oii!!! Khalid Ibrahim kenapa nak sorok kan lagi kes ini, kalau tak berani nak bertanggung jawab letak je jawatan sebagai MB Selangor! ramai lagi pemimpin yang layak ganti tempat Khalid Ibrahim tu!

MB N9 Sediakan RM3.2 Juta Bantu Fakir Miskin Sepanjang Ramadhan, MB Selangor Teruskan Maksiat Dan Murtad Sepanjang Ramadhan


Menteri besar bersama isteri Raja Datin Seri salbiah Tengku Nujumudin telah menyampaikan bantuan Baitulmal RM300-00 kepada 46 asnaf fakir miskin serta RM1500-00 kepada Masjid Kg. Limsum dan berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban menghadapi Aidilfitri nanti.

Masyarakat terus dijaga serta dibela sejajar dengan dasar-dasar yang dibuat selama ini atas tujuan mensejahterakan rakyat seluruhnya.

Bagi golongan fakir miskin, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melakukan segala yang terbaik seperti unjuran Dasar Jaringan keselamatan Sosial Kemiskinan yang amat berjaya.

Bantuan yang disalurkan oleh JKM kepada golongan fakir miskin ini dahulunya terus dimasukkan ke dalam akaun bank atau diberikan di balai polis, tetapi bagi memberi keselesaan kepada para penerima yang kebanyakanya orang tua, maka kini ianya diadakan kepada di dewan orang ramai dengan disediakan makan minum dan Menteri Besar sendiri yang menyampaikannya.

Menteri Besar Negeri Sembiln juga mengumumkan, disepanjang bulan Ramadhan ini, Baitulmal membelanjakan RM32 juta untuk bantuan kepada golongan asnaf yang lapan dan juga bantuan kepada Masjid-masjid di seluruh Negeri Sembilan.

Ini semua dapat dilakukan lantaran pengurusan yang baik serta cekap oleh kerajaan Negeri dan juga jabatan yang dipertanggung jawabkan menguruskan wang zakat.


Di mana ada Khalid disitu ada Eli Wong..... Mana isteri Khalid?


Tiada masaalah untuk pusat hiburan beroperasi di bulan ramadhan, muzik tunggang langgang, rumah urut... lagi apa mahu semua Khalid kasi on... nak bertegas sikit tak boleh, takut puak DAP marah...


Sekiranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorok perkara ini daripada rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar!

Siapa pulak yang bocor rahsia buat pendedahan isu gereja ni? mampus aku... Khalid.

Inilah perbezaan yang jelas diantara MB Pemimpin untuk Rakyat (N9) dan MB Boneka kepada DAP (Gagap)

Saturday, August 13, 2011

PAS Pulau Pinang Demo Anti Murtad



Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 40 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

"Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.

"Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

Aku masih tidak faham dengan pemimpin atasan parti PAS! Haji Hadi memperjuangkan Islam atau gereja?

PAS Berpecah!! Pemimpin Pas ‘Anwarinas’ Serang Nasrudin!

Lagi Gambar Penganjur Majlis Di Gereja DUMC Di Percayai EJen Murtad Di Dedahkan




5  individu di percayai ejen murtad umat islam, mereka terlibat menarik umat Islam agar murtad, menurut sumber mereka telah melarikan diri dan turut membantu pihak peguam menyorokkan 12 orang yang hadir ke majlis tersebut agar tidak memberi kerjasama kepada pihak JAIS.

Jangan terpedaya jika mereka ini mengedar flyers business mak andam atau butik pengantin kerana objektif mereka adalah untuk menambah penganut kristian di Malaysia.

Berita terdahulu : Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan

Friday, August 12, 2011

DUMC Muslim Murtad Diberi Ganjaran RM60,000

Kembalilah kepangkal jalan Shophia... 
Percayalah Allah Menyayanggi mu.....

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Beberapa umat Islam yang dipercayai murtad dan menjadi pengikut sebuah pertubuhan Kristian di negara ini mendakwa dijanjikan ganjaran lumayan sekiranya berjaya memesongkan akidah umat Islam lain termasuk golongan mualaf dengan menarik dengan menarik mereka menyertai pertubuhan itu.

Difahamkan, mereka akan menerima ganjaran sehingga RM60,000 bagi setiap kejayaan memesongkan akidah umat Islam sebaik upacara pembaptisan dilakukan.

Ini didedahkan seorang pengikut pertubuhan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 34, yang turut menyertai majlis makan malam anjuran komuniti gereja di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), ketika serbuan oleh Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis di Seksyen 13/1 Petaling Jaya, Rabu lalu.

“Dua individu yang dipercayai murtad dikenali sebagai Izwan dan Sabrina, berusia dalam lingkungan lewat 20-an sering berusaha untuk membantu golongan ibu tunggal, mereka dibebani hutang dan orang miskin melalui majlis komuniti yang dianjurkan dengan harapan dapat menyampaikan ajaran Kristian.

“Kedua-dua individu yang turut mendapat kepercayaan beberapa gereja bagi menerajui kumpulan yang bergerak atas nama komuniti hanya akan muncul pada hari majlis pementasan drama berkaitan perjuangan Nabi Isa, selain menyampaikan ceramah bahawa ajaran Nabi Muhammad tidak benar,” katanya kepada Berita Harian.

Jasmine yang turut dibaptiskan tahun lalu berkata, beliau diberi tanggungjawab untuk menerajui persatuan ibu tunggal, anak luar nikah dan orang tua termasuk mualaf yang akan diwujudkan dalam masa terdekat sebagai salah satu cara berdakwah.

Mereka yang menyertai kumpulan ini akan lupa pegangan agama asal buat seketika apabila kerap diberi minuman air suci atau ‘Holy Water’ dan selepas menjalani upacara ‘Black Tiding’ pembaptisan di dalam kolam renang.

“Kumpulan ini berdakwah melalui siri ceramah dan syarahan yang diadakan secara sulit, malah ia turut memiliki perpustakaan komuniti di Sri Manja, Jalan Klang Lama sambil pembaca didendangkan dengan lagu,” katanya.

Sementara itu, 12 individu beragama Islam yang berada di DUMC ketika serbuan JAIS dan polis, Rabu lalu, akan memberi keterangan di ibu pejabat JAIS di Shah Alam, hari ini – Berita Harian, 10 Ogos 2011.

Berita Harian 6 Ogos lalu melaporkan salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam pemeriksaan JAIS, Rabu lalu mendedahkan bahawa setiap peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan. Klik di sini

Metro, 6 Ogos pula melaporkan pengakuan dari seorang peserta wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

“Pendakwah atau pastor tidak pernah memaksa saya memasuki agama mereka, tetapi menggunakan cara paling lembut dan halus dengan tidak berputus asa memujuk selain terus membantu sehingga akhirnya saya terhutang budi dan akur mengukti program keagamaan mereka yang kebiasaannya diadakan dua kali seminggu.

“Kami diberikan kitab Bible versi bahasa Melayu dan turut dibekalkan pita rakaman kecil mengandungi nyanyian keagamaan supaya dapat menghafal sebelum didedahkan dengan ceramah yang kandungannya lebih menolak Islam dan Nabi Muhamad SAW”, katanya ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.

Wanita itu turut memberikan beberapa kitab Bible dan risalah yang dimilikinya kepada wartawan sebagai rujukan dan mengaku dia sudah menghafalnya serta kini di peringkat pembelajaran yang agak tinggi selain sudah menjalani upacara pembaptisan.

Menurutnya lebih memeranjatkan pastor berketurunan Melayu yang sudah lama menyertai agama kumpulan itu turut memberi ceramah. Klik di sini

Perhimpunan Aman Anti Murtad Di Shah Alam Selepas Solat Jumaat


Satu perhimpunan aman isu murtad akan diadakan di sekitar Masjid Negeri Shah Alam hari ini, ianya bagi mempertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung insiden serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam ketika berlangsung majlis murtad. 

Penceramah yang hadir Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin.

Kepada rakan-rakan dari parti PAS, PKR yang mempunyai kesedaran digalakkan untuk hadir bersama mempertahankan Islam.

Thursday, August 11, 2011

Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan


Kerajaan PKR Selangor sehingga kini tidak menjelaskan kepada umum mengenai tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian ke atas penganut Islam malam Rabu lalu.

Baik lah mari kita dedahkan siapa penganjur dalam program yang mahu memurtadkan orang Islam di Damansara Utama Methodist Centre tempohari, salah seorang daripanya ialah Sophia @ Nadea Mohd Salleh. Dialah yang menahan pihak JAIS dari masuk terus dan pihak Jais perlu negotiate selama satu jam baru dapat kebenaran masuk.

Ketika ditanya samada dia berugama Islam, Sophia yang berbangsa Melayu dan IC masih meletakkan ugama sebagai Islam hanya menjawab saya percaya pada tuhan.


Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).

Baca disini untuk mengetahui kronologi acara sini.

Beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya:

1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?

4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?

7. Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?

8. Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?

9. Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?

10.Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?

11.Mengapa Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenalannya tertera beliau Islam?

info- SKrewkuat

Gabungan Gerakan Cegah Murtad, Persatuan Veteran Tentera Melayu Serah memorandum Kepada JAIS Dan Khalid Ibrahim


Jurucakap Gabungan Gerakan Cegah Murtad (GCM), Hamidzun Khairuddin (tengah, kiri) menyerahkan memorandum sokongan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diwakili Pengarah Penguat Kuasa JAIS, Mohd Rais Rasid di hadapan bangunan JAIS, Shah Alam. -Gambar Utusan


Ahli-ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) berkumpul dan mengangkat sepanduk sebelum menyerahkan memorandum rasa ketidakpuasan hati dan desakan kepada Menteri Besar Selangor supaya tidak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam Negeri selangor dan memohan maaf kepada Sultan Selangor di hadapan pintu masuk Bangunan Setiusaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Shah Alam. - Gambar Utusan.


Veteran komando malaysia serbu Khalid gagap pasal isu gereja dan murtad -Gambar GAP

Gejala Murtad Dan 12 Nama Individu Yang Menerima Kitab Bible Versi Melayu Di Gereja DUMC




12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (sofea) .
ic 79xxxx-01-6094

2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah
ic 69xxxx-08-6039

3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir
ic 85xxxx-71-5018

4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir
ic 94xxxx-02-5609

5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir
ic 90xxxx-02-5778

6) Rasyidah binti Abd Razak
ic 77xxxx-01-5908

7) Nur Umrah binti Abd Razak
ic 95xxxx-01-6002

8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan
ic 80xxxx-10-5045

9) Faridah binti Abdul Rahman
ic 71xxxx-12-5478

10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood
72xxxx-10-5072

11) Faridah bt Abdul Latep
ic 72xxxx-71-5256

12) Sahrunida bt Assad
ic 81xxxx-08-6246

Info nama-GAP

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MURTAD

1 - Tidak mendapat didikan agama dan bimbingan daripada ibu dan bapa.
2 - Tidak mendapat kasih sayang atau diabaikan oleh ibubapa atau keluarga yang bercerai.
3 - Tuntutan cinta atau berkahwin dengan bangsa asing yang mendapat halangan keluarga. 3
4 - Saudara Baru yang memeluk Islam dengan tujuan mendapat kemudahan dan simpati dan apabila gagal mendapat bantuan berterusan ia akan kembali kepada agama asal mereka.
5 - Terpengaruh dengan ajaran sesat, black metal, dadah dan gejala yang bersifat negatif.
6 - Pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa kawalan daripada ibubapa.
7 - Adanya pakatan sulit peguam-peguam bangsa asing untuk mengeluarkan saudara baru dari agama Islam.
8- Dengan penyebaran risalah atau Kitab Bible dalam bahasa Melayu secara meluas di kompleks membeli belah dan hotel-hotel penginapan.
9 - Hiburan melampau yang dimainkan oleh media menjadikan remaja melayu lalai.
10 - Kurang perhatian orang Islam terhadap Saudara Baru yang bermasalah dan tiada tempat berlindung menyebabkan mereka putus asa.

IMPLIKASI MURTAD

1 - Disuruh bertaubat.
Apabila seseorang telah sabit murtad, dia perlu diberi nasihat dan kaunseling, juga disuruh bertaubat beberapa kali. Jika tidak mahu bertaubat setelah disuruh berulang kali, dia mesti dibunuh. Tempoh masa untuk bertaubat tersebut mengikut Jumhur U’lama selama tiga hari tiga malam. Apabila seseorang murtad itu sedar dan mahu bertaubat serta mahu kembali kepada Islam semula, taubatnya diterima dengan melalui beberapa perkara seperti mengucap dua kalimah syahadah semula dan menginsafi segala kesalahan dan perlu membuat pengakuan atau ikrar diatas apa yang dia ingkar yang menyebabkan dia menjadi murtad.

2 - Dijatuhkan hukuman bunuh.
Apabila orang yang murtad tidak mahu bertaubat setelah dinasihatkan atau dikaunseling dalam tempoh masa yang ditentukan, maka dia mesti dijatuhkan hukum bunuh dengan segera dengan dipancung lehernya. Hukuman bunuh seperti di atas telahpun dijalankan oleh sahabat-sahabat Rasulullah SWT, antaranya Saidina Umar al-Khatab dan Saidina Ali bin Abu Talib di zaman pemerintahan masing-masing.

3 - Dirampas hartanya.
Setelah sabit seseorang Islam itu murtad, maka segala harta miliknya akan dirampas dari miliknya (ditahan hak milik terhadap harta itu) dan diletak di bawah pengawasaan ketua negara atau wakilnya. Jika harta itu
perlu di ambil untuk urusan perbelanjaan dirinya sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, pihak kerajaan boleh mengambil dari hartanya sekadar perlu sahaja. Sekiranya dia bertaubat memeluk Islam semula, harta tersebut perlu diserah balik kepadanya.

4 - Terputus hubungan suami isteri.
Orang murtad dianggap sebagai orang yang sudah mati, kerana dia akan dijatuhkan hukuman bunuh, apabila tidak mahu bertaubat. Sekiranya salah seorang suami atau isteri murtad, maka pernikahan kedua- duanya terbatal. Walaupun begitu, Sekiranya yang murtad kembali bertaubat (masuk Islam semula) dalam masa edah isterinya belum habis (tamat) maka kedua-dua bekas pasangan suami isteri tersebut dikira
kembali seperti asal. Tidak perlu akad nikah baru. Tetapi jika dia tidak bertaubat dalam masa edah isterinya tamat, nikah tersebut dianggap terbatal.

5 - Penyembelihan tidak halal dan segala pahala ibadatnya terbatal.
Penyembelihan orang murtad tidak halal dan haram dimakan. Hukumnya sama dengan hukum penyembelihan orang kafir yang menyembah berhala. Selain itu pahala amalan soleh atau pahala ibadat yang dikerjakan, walaupun berapa banyak sekalipun menjadi sia-sia. Ini akan berlaku sekiranya dia murtad secara berterusan sehingga mati di dalam kufur. Tetapi sekiranya dia bertaubat dan kembali kepada Islam semula, maka dia dituntut supaya menggantikan amalan-amalan ibadat seperti sembahyang, puasa dan zakat yang ditinggalkan sepanjang tempoh murtad tersebut. Adapun haji yang dikerjakan sebelum murtad tidak perlu digantikan. 5

SYOR UNTUK MENCEGAH GEJALA MURTAD.
1 - Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran terhadap agama Islam.
2 - Mengemaskinikan lagi pendekatan dakwah Islam di semua peringkat dan lapisan masyarakat.
3 - Memperkukuhkan instituti kekeluargaan.
4 - Mengadakan program keluarga angkat saudara baru.
5 - Menghapuskan program hiburan melampau.
6 - Meng’imarah’kan masjid dan memperkasakan cara hidup Islam.
7 - Memperkukuhkan jatidiri remaja Islam (sahsiah).
8 - Menanamkan sikap amal makruf nahi mungkar.

KESIMPULAN
Dari ulasan-ulasan diatas jelaslah bahawa murtad menurut perspektif Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam, ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh apabila didapati bertaubat beberapa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat.

Saturday, August 6, 2011

Video Murtadkan Umat Islam Mula Disebarkan Di Malaysia

Sekarang mula heboh berita tentang pengedaran cereka AHMAD'S DREAM dalam bentuk VCD (kompilasi 3 video di bawah) yang memaparkan dakyah halus untuk memurtadkan ummat ISLAM/MELAYU di malaysia. video yang diedar secara PERCUMA tersebut dilakonkan oleh beberapa orang melayu/islam yang telah berjaya mereka murtadkan. gua harap JAIS dan jabatan agama lain akan mengambil tindakan tegas & drastik bagi menyekat pengedarannya demi menyelamatkan akidah ummat islam, terutamanya anak & keluarga kita... ALLAHUAKBAR!!

(TQ TINGGALKAN 1PELURU)


- AHMAD'S DREAM -
video ini sudah lama dihasilkan & diupload ke youtube (2008)
tapi baru skg mula disebar dalam bentuk VCD.... siapa dalangnya?
gua ingatkan kepada yang rasa imannya belum cukup kuat...
akidahnya belum cukup utuh...
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!



Thursday, August 4, 2011

Raja Petra Kamarudin Dan Setiausaha Politik Khalid Ibrahim Sokong Group Murtad Islam?

Adakah anda tahu tentang kewujudan Group AMS (Apostates in Malaysia and Singapore) yang mempunyai seramai 385 ahli di facebook yang menggelarkan diri mereka sebagai MURTADS IN MALAYSIA AND SINGAPORE

Faekah col sapa tu? Dia sedar tak dia ada dlm group murtad Islam?


Facebook Group: Murtads in Malaysia and Singapore


Raja Petra Kamarudin (RPK) Dan Setiausaha Politik Khalid Ibrahim Faekah Husin turut tersenarai sebagai ahli Group Murtad in Malaysia and Singapore.


Group AMS ini telah menyalah gunakan erti Kebebasan tersebut dengan Menghina dan mengutuk Agama Agama lain yang terdapat di muka bumi ini.

Ia satu penghinaan yang sangat kurang ajar dan melampau batasan. Saya minta orang yang bertanggungjawab mengendalikan group facebook ini menghormati agama Islam.

Juga saya memohon pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat lebih lanjut dan mengambil tindakan terhadap group yang boleh menyesatkan umat Islam di Malaysia ini. Sebarkan...

Baca disini juga...