Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Mahkamah Terima Bungkusan Mengandungi Bom


SARAJEVO 2 Ogos – Mahkamah Presiden Bosnia hari ini menerima sebuah bungkusan yang dipercayai mengandungi bom dan ia melambangkan tekanan berterusan terhadap majlis kehakiman di Balkan.

Pegawai keselamatan mahkamah menemui bom tangan di dalam sebuah bungkusan ketika melakukan imbasan surat-surat harian.

Bungkusan yang dikirim dari bandar Zepce tersebut dialamatkan ke Mahkamah Presiden Medzida Kreso dan penyiasat sudah mengenal pasti identiti pengirim,” kata jurucakap mahkamah, Manuela Hodzic. – Reuters

Berita politik dalam negara... Mahfuz Omar Intai Kerusi MB Kedah

Saturday, July 23, 2011

87 Terbunuh Dalam Tembakan Rambang Dan Serangan Bom Di Norway


OSLO 23 Julai - Seorang lelaki berpakaian seragam polis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja, mengakibatkan sekurang-kurangnya 80 terbunuh, selepas sejam serangan bom ke atas bangunan pejabat kerajaan Oslo yang mengorbankan tujuh orang.

Lelaki berkenaan berkenaan dikenal pasti berusia 32 tahun, rakyat Norway masuk ke pulau peranginan Utoeya yang menjadi tempat perkhemahan remaja berkenaan dan melepaskan tembakan secara rambang.

Sebelum itu serangan bom telah menyebabkan tingkap pejabat perdana menteri dan kementerian minyak dan kewangan berkecai. Perdana Menteri Jens Stoltenberg tidak berada di dalam bangunan berkenaan ketika serangan.

Pemangku ketua polis Sveinung Sponheim berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan pembabitan beberapa orang lain dalam serangan itu.

Polis telah menahan penembak berkenaan yang dikenali sebagai Anders Behring Breivik dan polis turut menemui bom yang gagal diledakkan dipasang di pulau terbabit. - Reuters

Sunday, November 30, 2008

Drama tebusan di Mumbai berakhir

SERBUAN TERAKHIR... Sebahagian Hotel Taj Mahal di Mumbai terbakar akibat berbalas tembak dan letupan ketika serbuan oleh anggota komando India bagi membebaskan tebusan yang ditahan oleh pengganas di hotel itu, semalam.

MUMBAI 29 Nov. - Pasukan komando India hari ini berjaya menumpaskan kumpulan militan yang menawan hotel Taj Mahal Palace, di sini, selepas berlaku pertempuran sengit dengan kumpulan berkenaan.

Pertempuran itu berakhir pada kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan) selepas baki tiga anggota militan itu terbunuh di dalam hotel itu, kira-kira 60 jam selepas mereka merampas hotel berkenaan dan melakukan serangan di sembilan lokasi strategik lain di bandar raya ini sejak hari Rabu.

Pasukan komando berjaya menyelamatkan seramai 610 orang dari dua hotel mewah dan sebuah pusat Yahudi di Mumbai, yang ditawan militan.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, M.L. Kumawat berkata, pasukan elit itu berjaya membawa keluar 300 orang dari Hotel Taj Mahal.

Sementara itu, 250 orang diselamatkan di Hotel Triden Oberoi dan 12 keluarga terdiri daripada 60 orang dibawa keluar dari pusat Yahudi.

Semalam dua anggota kumpulan militan itu terbunuh di dalam hotel itu.

Setakat ini, 12 anggota militan terbunuh dalam misi menyelamat itu, manakala di pihak pasukan keselamatan India, 2 anggota komando terbunuh dalam serbuan yang dimulakan semalam.

Sekurang-kurangnya 20 hingga 30 lelaki bersenjata dipercayai memasuki hotel mewah itu sejak petang Rabu.

Menurut seorang pegawai keselamatan, dua daripada anggota militan merupakan pelatih di hotel itu sejak 10 bulan lepas, manakala dua anggota kumpulan mereka menempah masuk bilik deluxe tiga hari sebelum merampas hotel itu.

"Kami tidak boleh lagi mengatakan operasi telah tamat. Walaupun tiga pengganas terbunuh hari ini, berdasarkan laporan media mungkin ada (lebih) lagi yang masih bersembunyi di dalam (hotel) dan penembak tepat kami sedang melakukan pemeriksaan pintu ke pintu.

"Ia mengambil masa yang lama kerana mereka adalah pengganas yang terlatih," kata Ketua Pengarah Pengawal Keselamatan Keangsaan (NSG), JK Dutt kepada media selepas tamat operasi itu, hari ini.

Beliau berkata, komando NSG akan melakukan 'pembersihan' di seluruh hotel itu dalam tempoh beberapa jam akan datang bagi mencari mayat lain dan tetamu hotel yang selamat.

Pegawai-pegawai bimbang kemungkinan beberapa tetamu hotel masih terperangkap di dalam hotel itu.

Kebakaran berlaku di beberapa bahagian hotel pagi ini selepas anggota militan meletupkan bom tangan di akhir serbuan, tetapi anggota bomba berjaya memadamkannya.

Hotel itu mengalami kerosakan teruk.

Seramai 195 orang terkorban dalam serangan oleh kumpulan militan di Mumbai pada petang Rabu lalu termasuk 22 warga asing, manakala hampir 295 yang lain cedera.

- Agensi