Tuesday, August 2, 2011

Keadaan MB Kedah Azizan Semakin Uzur


Sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sejak sebulan lepas kelihatan sangat letih sehingga menyebabkannya menukar rutin tidur.

Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib.

"Kebelakangan ini dia tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00 (malam), selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah.

"Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan si polan di rumah, semuanya berkaitan kerja.

"Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai," kata Sanusi.

Sehubungan itu, Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata setelah bekerja "dari pagi hingga pagi", beliau patut berehat sekejap.

Semalam, kesihatan Azizan yang dimasukkan di IJN di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

Memandangkan keadaan kesihatan Azizan tidak mengizikan, sudah tiba masanya beliau berundur dari menjadi Menteri Besar Kedah dan menyerahkan tampuk kepimpinannya kepada pemimpin yang lain.

Dengar cerita Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar sedang mengintai peluang yang sedia ada? betul ke?

PAS Kedah “Flip Flop” Buka Ruang Mahfuz Omar Jadi MB Kedah

5 comments:

Anonymous said...

Fuyoooooooooooo mau jadi MB kedah juga ka, hai ya.........

Anonymous said...

Padanlah orang panggil Mahfuz Omar ini Mr Bean, suka buat kacau ketenteraman org lain....

Anonymous said...

BARULAH PADAN NAK JOIN POLITIK.KENA SERGAH DENGAN DAP DAH MASUK IJN.JANGAN SUKA KATA ORANG TAK BETUL.maaf lah bro.

Anonymous said...

Lagiii fuyooo.. ostad tido lepas magrib.. Fuyooo.. Tak solat berjemaah ke Ostad.

Anonymous said...

Konspirasi UMNO ni nak meracun MB Azizan.