Saturday, July 23, 2011

87 Terbunuh Dalam Tembakan Rambang Dan Serangan Bom Di Norway


OSLO 23 Julai - Seorang lelaki berpakaian seragam polis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja, mengakibatkan sekurang-kurangnya 80 terbunuh, selepas sejam serangan bom ke atas bangunan pejabat kerajaan Oslo yang mengorbankan tujuh orang.

Lelaki berkenaan berkenaan dikenal pasti berusia 32 tahun, rakyat Norway masuk ke pulau peranginan Utoeya yang menjadi tempat perkhemahan remaja berkenaan dan melepaskan tembakan secara rambang.

Sebelum itu serangan bom telah menyebabkan tingkap pejabat perdana menteri dan kementerian minyak dan kewangan berkecai. Perdana Menteri Jens Stoltenberg tidak berada di dalam bangunan berkenaan ketika serangan.

Pemangku ketua polis Sveinung Sponheim berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan pembabitan beberapa orang lain dalam serangan itu.

Polis telah menahan penembak berkenaan yang dikenali sebagai Anders Behring Breivik dan polis turut menemui bom yang gagal diledakkan dipasang di pulau terbabit. - Reuters

No comments: