Friday, July 29, 2011

Najib: BNYHOPE Pendekatan Model Politik Baru Selesaikan Isu Rakyat


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa badan-badan politik dan sayap-sayap parti mengambil pendekatan berasaskan ‘model politik baru’ berbanding cara konvensional dalam usaha mereka menuntut kerajaan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah rakyat yang difikir perlu dilakukan.


Jelas Perdana Menteri langkah itu merupakan satu daripada cabang transformasi politik yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan ketika ini.

Beliau berkata mengikut cara konvensional, lazimnya suatu usul ataupun ketetapan dibuat oleh parti politik atau sayapnya bagi mendesak kementerian yang berkenaan atau kerajaan bagi melaksanakan sesuatu yang difikirkan perlu.


“Sebaliknya melalui model politik baru, badan-badan politik dan sayap-sayap dalam pertubuhan seperti Barisan Nasional (BN) dianjur mengambil inisiatif untuk mengadakan sesuatu program yang hasilnya akan dapat menyelesaikan isu dan masalah rakyat yang dibangkitkan.

“Dengan cara ini, kita akan mendekatkan parti dengan rakyat, (dan) rakyat tidak perlu bergantung kepada pihak lain,” katanya yang juga Pengerusi BN ketika melancarkan Pameran Program Miliki Rumah Sendiri Pemuda BN (BNYHOPE) 2011, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Selanjutnya klik disini...

2 comments:

Anonymous said...

program mcm nilah yang ditakuti oleh Puak pembangkang! mereka hanya tahu buat rusuhan saja.. tak pandai nak jaga rakyat

Anonymous said...

jgn asyik pendekatan baru tp KJ x d bg jadi Menteri juga. Itu politik lama...