Saturday, August 13, 2011

DAP Larang Azan Guna Pembesar Suara Waktu Subuh


PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor.



Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Pelik takkan dengan keputusan diatas kerana tidak yakin bahawa JHEAIPP akan mengeluarkan arahan sedemikian kecuali ada tangan-tangan ghaib yang melakukannya tanpa kerelaan dari jabatan tersebut.

Yang Pasti wujudnya tekanan daripada pihak lain sehinggakan JHEAIPP terpaksa akur dan mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan dalil yang diberikan boleh diperbincangkan.

Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Walhal sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam dan ia bukan hanya tertakluk di Pulau Pinang saja tetapi di seluruh Malaysia. Amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-maan pihak kerana ia telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.

Jelas telah terbukti bahawa Dap adalah parti politik yang anti Islam dan anti Melayu sejak tahun 1969 lagi dan ia berlarutan sehingga hari ini.

Dap masih sama dari dahulu hingga sekarang cuma formula politiknya hari ini dijelmakan dalam hubungan diplomatik yang akrab dengan kononnya berbaik-baik dalam pakatan Pas dan PKR tetapi agenda mereka tetap sama.

4 comments:

Anonymous said...

DAP bangsat!

Kama Irahsa said...

dendangan quran melalui pembesar suara ni cuma tradisi. bkn syar'ie. kalu ade yg rs terganggu, wajar dihentikn.

kalau azan yg dilarang, mmg patut kita tentang.

Ad-Deen ul Islam said...

Baca Quran sebelum Subuh di masjid2 dgn lantang sehingga mengganggu orang keliling yang tidur memang bukan dari sunnah Rasulullah. Ia hanya tradisi Melayu saja, walau pun org Melayu sudah lama berbuat demikian, ini tidak bererti perkara ini akan jadi wajib hukumnya.

Mungkin kita boleh hukumkan harus saja perkara ini. Tapi kalau ia sehingga mengganggu tidur orang sekeliling, anak2 kecil dan bayi yang terdiri dari pelbagai bangsa dan ugama termasuk orang Islam juga. Kalau dah suara tu kuat, bayi2 yg kecil kapir dan Islam pun blh terjaga dan menangis, menyusahkan ibunya yg mungkin letih kerana bangun malam membancuh susu utk si anak tadi. Jadi ia mengganggu rehat si ibu juga, termasuk lah ibu2 yg kapir dan ibu2 yg Islam. Jadi bilamana perkara itu tidak ada sunnah, dibuat hanya kerana kebiasaan, tapi menjadi gangguan pada masyarakat sekeliling apakah wajar ia diteruskan?

Katanya Islam itu agama yg bertoleransi terhadap semua kaum, jadi tunjukkan lah toleransi Islam dalam hal ini kerana ia tidak menjejaskan yang wajib. Sedangkan negara Malaysia yang mengaku negara islam tapi dalam perlembagaan kuasa mahkamah Syariah terbatal oleh mahkamah Civil, lantas pihak kapir menggunakan kesempatan EMAS ini untuk memurtadkan ramai orang2 Islam... sepatutnya perkara ini yang perlu ditentang oleh masyarakaat Islam, bukannya setakat hal yang remeh temeh seperti baca Quran sebelum azan.

Kalau kita lihat di banyak negara lain hingga ke Timur Tengah sekali pun, baca Quran sebelum azan ini tidak menjadi perkara wajib. Jangan lah kita ini hendak bertikai atas perkara yang kecil, tapi kita lalai, tidak tahu, alpa, gagal untuk melihat perkara yang besar seperti kewibawaan mahkamah Syariah yang lemah dalam sebuah negara yang KUNUN nya dinamakan negara Islam...

Zul said...

Setuju sangat dengan pendapat diatas, berbuat sesuatu mestilah dgn ilmu bukan dgn emosi, buadaya atau libatkan aspect politik. Sebenarnya isu ini telah lama dulu dibangkitkan oleh ulaamak2 kita tapi tiada negeri yg bertindak. Hanya kerana Penang mulakan dulu dan ia dibawah DAP maka kita melenting. Cubalah Kedah, Kelantan, Melaka atau mana2 negeri lain yg bukan dibawah DAP mulakan, maka tentu lain pula reaksi kita. Sbb itu setiap sesuatu mesti berasaskan ilmu, bukan budaya atau emosi.