Showing posts with label pelakon. Show all posts
Showing posts with label pelakon. Show all posts

Friday, October 15, 2021

Rita Rudaini nafi antivaksin tapi cuma 'prosafe'


Pelakon sensasi Rita Rudaini menafikan dia termasuk dalam kalangan antivaksin, dia lebih selesa melabel dirinya sebagai “prosafe” yang dirujuknya sebagai golongan yang belum bersedia menerima vaksin Covid-19.

Rita, berkata sebelum mana-mana pihak sewenang-wenang menggelarnya antivaksin, mereka terlebih dulu perlu membezakan maksud sebenar antara dua perkataan tersebut.

Thursday, October 14, 2021

“I’m Good” - Ini Respon Siti Saleha Selepas Berita Perceraianya Tersebar…

 


Dengan kapsyen; “I’m good.” menerusi akaun instagram milik pelakon jelita Siti Saleha, beliau memberi bayangan dirinya berada di dalam keadaan baik selepas kes perceraiannya diketahui umum.


Posting tersebut mendapat perhatian pengikutnya selepas spekulasi masalah rumah tangganya semakin menjadi sebutan.


Pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepadanya.

Wednesday, October 13, 2021

Rumah Tangga Bergolak - Siti Saleha Fail Kes Perceraian.



Pelakon jelita, Siti Saleha,  mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar. Menurut kata Saleha, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.


“Yes, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah. Selanjutnya, saya tak mahu komen. Terima kasih,” katanya kepada media hari ini.

Pelakon 'Budak Pailang' mohon maaf, tak mahu komen isu dadah.



Pelakon filem Budak Pailang, Muhamad Niezam Mohd. Zaidi, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, hari ini atas tuduhan memiliki dadah, beliau menganggap ada hikmah tersendiri di atas apa yang berlaku.


“Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.”