Thursday, October 14, 2021

“I’m Good” - Ini Respon Siti Saleha Selepas Berita Perceraianya Tersebar…

 


Dengan kapsyen; “I’m good.” menerusi akaun instagram milik pelakon jelita Siti Saleha, beliau memberi bayangan dirinya berada di dalam keadaan baik selepas kes perceraiannya diketahui umum.


Posting tersebut mendapat perhatian pengikutnya selepas spekulasi masalah rumah tangganya semakin menjadi sebutan.


Pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepadanya.


Stay strong Kak Sally we always love you,” antara komen pengikutnya.


“Kepada Siti Saleha, saya berdoa agar terus kuat dan tabah menghadapi berdepan dengan ujiannya. Semoga dipermudahkan segala urusan yang baik,” komen salah seorang netizen.


“Semoga bertemu jodoh yang lain,” kata salah seorang pengikutnya di instagram.


Terdahulu dilaporkan Siti Saleha selaku plainitif muncul di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pagi semalam bagi prosiding sebutan kes penceraiannya.


Turut hadir adalah suaminya, Ahmad Lufti Azhar.


Saleha mengesahkan memfailkan perceraian terhadap suami, Ahmad Lutfi selepas berdepan keretakan rumah tangga.


Untuk rekod Saleha merupakan pemenang trofi Asia Model Awards 2020 di Seoul, Korea. Mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.


Berita terdahulu: Rumah Tangga Bergolak - Siti Saleha Fail Kes Perceraian.




No comments: