Friday, October 15, 2021

Rita Rudaini nafi antivaksin tapi cuma 'prosafe'


Pelakon sensasi Rita Rudaini menafikan dia termasuk dalam kalangan antivaksin, dia lebih selesa melabel dirinya sebagai “prosafe” yang dirujuknya sebagai golongan yang belum bersedia menerima vaksin Covid-19.

Rita, berkata sebelum mana-mana pihak sewenang-wenang menggelarnya antivaksin, mereka terlebih dulu perlu membezakan maksud sebenar antara dua perkataan tersebut.


“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan, kaji dulu makna. Antara antivaksin dan prosafe, kamu boleh panggil saya prosafe.


“Nak gunakan perkataanpun, biar jadi pengguna yang bijak, menggunakan sesuatu perkataan untuk melabel, biar objek dan maksud selari.





“Hi, saya Rita Rudaini, dan saya prosafe,” katanya melalui status dimuat naik dalam InstaStory.


Prosafe bermaksud individu yang menunggu hingga vaksin itu betul-betul selamat untuk digunakan.


Menguatkan dakwaannya sebagai bukan antivaksin, kata pelakon Kerana Korona, sebelum ini dia pernah beberapa kali mendapatkan suntikan pelali bagi tujuan kesihatan tertentu.


“Kalaulah saya antivaksin, tidaklah saya pergi ambil vaksin sebelum pergi umrah dan masa kecil termasuk untuk anak-anak,” katanya.


Tentang beberapa laporan bahawa namanya kini dah digugurkan kerana belum ambil vaksin, kata Rita, rezeki dia masih lagi hadir, semuanya dengan izin Yang Maha Esa.


“Syukur Alhamdulillah, walau tak dibenarkan jalani penggambaran, tetapi rezeki Allah datang dari banyak sudut. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita sebagai seorang manusia.”


“Saya tak nak susahkan sesiapa pun, oleh itu saya setuju untuk tak berlakon buat sementara waktu ini.”


Kata Rita lagi, dia seakrang mempunyai perniagaan perfume dan semakin maju.

No comments: