Monday, November 14, 2011

Puak PR Makan Gaji Buta, Pergi Parlimen Untuk Membuta!


Takkan lah ADUN PR ni sakit sama macam Ibrahim Ali kot?? Fuh kemain lena nampak bro!! BRO! Bro! BRO! rakyat undi U.... bukan untuk tido, bro!

Inilah padahnya jika rakyat tersilap pilih pemimpin. untuk menjadi pemimpin bukan sekadar mampu bersuara, tapi perlu semangat pejuang untuk membela hak orang-orang yang dipimpinnya. Itu secara ideal pemimpin rakyat. Bukan membuta dalam dewan Rakyat!!!

Hari-hari ke kena ada persidangan dalam dewan ni? Cuba cecita... ceciter sikitttt?? Kalau nak membuta balik rumah la.... Ingat hotel ke dewan tu???

Wakil rakyat buat tanggungjawab wakil rakyat. Dan tidur dalam sidang bukan sebahagian dari tanggungjawab tersebut.

Khairy Jamaluddin (KJ) : Beri Kebebasan Mahasiswa Aktif Politik!


Mahasiswa yang diberi kebebasan untuk menceburi bidang politik diyakini tidak akan mengabaikan pengajian mereka, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ini kerana mahasiswa yang berpolitik mempunyai pandangan yang luas dan terbuka serta mempunyai sikap yang sihat.

"Saya aktif dalam bidang di luar akademik ketika di universiti tetapi saya juga beri tumpuan pada akademik malah ia bantu saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis.

"Kalau beri kebebasan pun majoriti pelajar universiti tidak minat politik, ia sebahagian kecil sahaja. Kita boleh beri nasihat supaya kalau mereka nak terlibat dalam politik keutamaan adalah pengajian mereka,” katanya selepas merasmikan saringan zon tengah pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahad.

Khairy berkata, ramai mahasiswa yang ingin menyertai perjuangan UMNO tetapi disebabkan kekangan undang-undang di negara ini mereka tidak dapat merealisasikan hasrat itu.

"Kita jangan fikir bila beri mereka peluang untuk berpolitik mereka akan terus anti-kerajaan atau menentang kerajaan. Mereka ada sikap sihat untuk soal dasar kerajaan tetapi ini tidak bermakna mereka menentang kerajaan, ramai yang punyai fikiran kritis tetapi sokong kerajaan,” katanya. — Bernama

Kepercayaan patut diberi kepada pelajar universiti untuk mencari keseimbangan antara masa berpolitik dan masa belajar.



Isu politik tidak semata-mata merangkumi politik parti sahaja, terdapat pelbagai isu-isu politik yang boleh disuarakan dan dibicarakan oleh pelajar sebagai golongan intelektual yang mampu menjadi pemangkin kemajuan kepada negara....

Majoriti pelajar universiti kini golongan muda yang layak mengundi dan perlu diberi peluang untuk bersuara dalam pentas politik.

Sudah tiba masanya kita ubah... tinggalkan cara politik old skool.. 

Sunday, November 13, 2011

Nurul Izzah Anwar Kini Bergelar Duta Sabun...


Jadual harian Nurul Izzah (PKR) kini semakin padat apabila beliau kini bergelar duta sabun lantai... ianya bermula selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai beriya sangat mempromosikan barangan kedai 1Malaysia....

Detik manis ketika beliau berada di studio penggambaran bagi sesi fotografi di lobi bagunan Parlimen....

Nampaknya impian beliau tercapai apabila di iktiraf sebagai duta sabun... Tak dapat jadi model sabun Lux, sabun lantai pun ... sabun lantai lah....

KJ Bersedia Disiasat!


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersedia disiasat sekiranya beliau dikatakan cuba melindungi mana-mana individu mahupun syarikat dikaitkan dengan penyele­wengan dan pecah amanah.

Katanya, dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) beliau tidak ber­cakap kosong dan berhujah bersandarkan fakta dengan kajian yang dilakukan secara terperinci.
“Siasatlah saya, saya berse­dia kerana apa yang saya bentangkan adalah benar, bukan penipuan.

“Saya bukan mahu jadi pembela atau jurucakap, tetapi saya membuat kajian sebelum membentangkan sesuatu, bukan seperti mereka (pemimpin pembangkang),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Se­ti­ausaha Agung PKR, Sai­fuddin Nasution Ismail didak­wa cuba memutarbelitkan fak­ta dan melindungi perbuatan pecah amanah.

Saifuddin sebelum itu men­­­dedahkan syarikat ada kai­­­t­an dengan Menteri Pemba­ngu­nan Wanita, Datuk Shah­ri­zat Abdul Jalil menggunakan pinjaman melalui NFC untuk mem­beli satu unit kondo­mi­nium mewah dengan bayaran RM9.8 juta.

Beliau mendakwa, tin­­dakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Mengulas mengenai serangan pemimpin pembangkang itu, Khairy berkata, Saifuddin cuba berniat jahat (mala fide) dan cuba menipu rakyat berhubung isu NFC kerana ada beberapa fakta yang bercanggah.

“Pada hakikatnya peruntukan yang diterima syarikat berkenaan adalah RM181 juta dan bukan RM250 juta seperti didakwa PKR. Manakala tanah yang dipajak hanya 600 hektar kepada NFC dan bukannya 2,000 hektar se­per­ti yang didakwa Saifuddin, kenapa lakukan sedemikian? Beliau seolah-olah ada agenda tersembunyi,” katanya.

Mengulas mengenai pembelian kondominium itu, beliau berkata, National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi.

“Hartanah yang dibeli atas nama syarikat yang meng­­u­ruskan ladang. Syarikat itu mene­rima peruntukan, tetapi pro­jek tidak boleh dilak­­sanakan.

“Oleh itu pihak syarikat mengambil langkah untuk melabur dalam bidang hartanah sebelum menjualnya ia akan memberikan keuntu-ngan kepada mereka akibat projek tertangguh sebelum itu,” katanya.

Demi Kuasa, Mahfuz Omar Rela Menjadi Pencacai DAP!


Pas kini dilihat cuba menutup malu dengan membodek kakitangan awam setelah DAP cadang untuk kurangkan kakitangan awam jika mereka memerintah negara.

Tindakan menutup malu Pas kini terbongkar apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan pegawai profesional Jabatan Kerja Raya (JKR) diberi elaun khas seperti yang diterima pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mahfuz berkata, mereka yang terdiri daripada jurutera, arkitek dan juruukur bahan wajar diberi pengiktirafan kerana pekerjaan mereka melibatkan kepakaran.

"Perkara ini telah lama menjadi rungutan kepada pegawai JKR kerana jika mereka berdaftar dengan Institut Jurutera Malaysia, Persatuan Arkitek Malaysia dan Institut Juruukur Malaysia, mereka tidak boleh claim yuran dan tiada sebarang elaun khas diberikan walaupun mereka dikehendaki menandatangani lukisan yang sebenarnya," kata beliau sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 di peringkat kementerian di dewan Rakyat petang semalam.

Namun ia tidak mengubah hakikat bahawa Pas cuba membeli hati orang Melayu semula kerana majoriti 1.2 juta kakitangan awam adalah orang Melayu.

Dan perkara itu pernah dibidas Ketua Pemuda Umno Kota Bharu Rosmadi Ismail yang kesal dengan tindakan pembangkang.

Rosmadi berkata tindakan itu dilihat ada cubaan untuk mengganggurkan orang Melayu di tanah air sendiri.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan kenyataan pembangkang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika berjaya mengambil alih kerajaan pusat sebagai idea yang jumud.

Sambil menentang cadangan itu habis-habisan, Presidennya Datuk Omar Osmanberkata penjawat awam tidak harus dijadikan mangsa kepentingan politik pihak yang ketandusan idea.

"Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.

"Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin," katanya kepada pemberita selepas majlis penjelasan isu semasa penjawat awam di Universiti Putra Malaysia, Selasa.

Sebelum ini pemimpin DAP Tony Pua yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Cina, sebagai berkata pakatan pembangkang akan mengurangkan bilangan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

--KELATEKITO.NET

Yuna Kaut Tiga Anugerah Utama di AIM ke-18


Penyanyi dan komposer wanita popular, Yunalis Zarai atau Yuna memenangi tiga anugerah utama dalam Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam.

Yuna menepati ramalan apabila memenangi Persembahan Vokal Wanita di Dalam Lagu dan Lagu Terbaik menerusi lagu Penakut.

Lebih membanggakan apabila Yuna juga diberikan Anugerah Kembara hasil sumbangannya dalam memartabatkan dunia seni tempatan di peringkat antarabangsa.

Pemuda BN kini mencari bakat baru BN Youth Music 2011 Kepada anak muda yang berbakat tu tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda menjadi artis terkenal seperti Yuna.. jika berminat sila ikutui laman facebook http://www.facebook.com/pages/BN-Youth-Music-2011/260313994004453

ARTIS BARU TERBAIK
1. Najwa


LAGU POP TERBAIK
1. Sedetik Lebih – Anuar Zain


LAGU NASYID TERBAIK
1. Nora feat VOU – Pedoman


LAGU POP ETNIK TERBAIK
1. Adibah Noor – Joget Tak Senang Hati


PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU
1. Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah – Beribu Sesalan


LAGU ROCK TERBAIK
1. Pelita – A.P.I


VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah
1. Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)


LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA
1. Ku Menunggu – Rossa


ANUGERAH ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK ( MOBILE DOWNLOAD)
1. 6ixth Sense



ANUGERAH KEMBARA
1. Yuna


ANUGERAH SRI WIRAMA
1. Puan Beh Suat Pheng


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI)
1. Anuar Zain – Sedetik Lebih


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA)
1. Yuna – Penakut


LAGU TERBAIK AIM 2011
1. Yuna – Penakut


ALBUM TERBAIK AIM 2011
1. The MPO Celebrates 25 Years of Sheila Majid – Sheila Majid

Saturday, November 12, 2011

Rumah Saifuddin Nasution Macam Kandang Lembu?


Kesian bro... Patutlah Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen PKR sibuk cerita pasal lembu.. rupanya rumah dia macam kandang lembu? Iskk, Iskk inilah yang di namakan pemimpin berjiwa rakyat kononnya.. kononnya lah..... 

Jangan silap pandang, yang kat atas tu bukan rumah Saifudin maalahan aku rasa dia pun tak mahu pijak kaki kerumah orang miskin yang daif seperti itu.




Kecoh dah bro... Rumah seperti Istana ini merupakan kediaman rasmi Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen PKR yang sentiasa mencari kesalahan orang lain... Kan dah kena kat batang hidung sendiri.....

Kalau nak songlap duit rakyat pun agak agak lah... Kenapa Rafizi Ramli tidak mempersoalkan pasal rumh MP yang kaya raya ni? dari mana datangnya duit beli rumah semewah ini?

Video Mat Sabu Kantoi Suka Janda!


Meh kita layan video terbaru Mat Sabu....

KJ: Ahli Parti Yang Tidak Terpilih Jadi Calon Diharap Jangan Sabotaj!


Anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berharap anggota parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

"Hari ini semua setuju dengan Perdana Menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti. "Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh Barisan Nasional (BN)Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di sini, Sabtu.

Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Khairy berkata pengumuman Perdana Menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.

"Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan.

"Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.

Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.

"Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.

Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'. -Bernama

Fesyen Berani Mati Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa...


Maut beb!!! Fasha Sandha tayang belahan lurah pinggulnya di majlis pelancaran untuk sebuah majalah baru di pasaran Malaysia Lisa yang di’adaptasi dari keluaran luar negara.

Ketika menghadiri pelancaran majalah gaya hidup terbaru, Lisa, pelakon ini membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya. Apa tidaknya, Fasha tampil dalam sepasang gaun jingga yang mendedahkan bahagian belakang badannya. Bukan sedikit, tetapi bukaannya sehingga ke paras pinggang. 


Kalau macamni lebih baik tak payah pakai baju la Fasha....


Mungkin Fasha sudah terpesong dengan Seksualiti Merdeka, buku Jingga!