Monday, July 12, 2010

Anwar didakwa bayar CNN untuk 'bersih' kan diri!

by wasabi

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim didakwa membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino mendakw...a, pada masa sama Anwar juga menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN bagi menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.

Rasionalnya dakwaan itu, tegas Trevino, bagaimana perjalanan wawancara itu dikendalikan dan soalan yang dirancang, jelas bertujuan menjayakan misi Anwar untuk menambat semula sokongan pelobi Yahudi."Wawancara adalah sebahagian daripada misi lawatan mohon maaf ke Amerika Syarikat untuk membetulkan kembali kenyataan anti-Yahudi yang diucapkan. Kesimpulannya, media Barat telah membuat liputan yang salah.

"Wawancara oleh CNN tersebut tidak menyebut langsung berkenaan berita utama terhadap yang dilemparkan kepada Anwar hari ini (anti-Yahudi)," katanya seperti yang dipetik melalui tulisan di The New Ledger.Dalam rancangan temu bual Connector of the Day terbitan CNN, minggu lalu, Anwar mengambil peluang itu untuk memburukkan negara selain turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara.Antara tuduhannya dalam rancangan itu, Anwar mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh.

Mengulas lanjut Trevino yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Ketenteraan di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush berkata, Anwar juga tidak telus apabila memberi pelbagai jawapan yang kabur.Katanya, dalam isu undang-undang syariah sebagai contoh, Anwar dilihat berusaha menampilkan dirinya sebagai anti undang-undang syariah seperti yang dikehendaki oleh pihak Barat, tetapi dalam masa sama tidak mahu kehilangan sokongan Pas yang mempertahankan perundangan syariah itu.Dalam pada itu, beliau menyelar wartawan CNN yang bertanggungjawab menemu bual Anwar kerana tidak melakukan penyelidikan mendalam, sebaliknya hanya menghabiskan beberapa minit untuk bertanyakan Penasihat PKR itu dengan soalan-soalan yang mudah.

Beliau mempersoalkan kenapa CNN tidak bertanyakan kegagalan Anwar mengotakan janjinya membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008 dan tidak meminta bukti daripada ketua pembangkang itu mengenai bukti kononnya kerajaan Malaysia dibantu pelobi Yahudi."Wartawan CNN itu jelas tidak berminat melakukan hal-hal kewartawanan, hal ini memudahkan Anwar untuk mencipta lebih banyak kekaburan."Inilah yang terjadi di kalangan media utama.

Sesiapa sahaja yang telah dibayar oleh Anwar untuk menaikkan imejnya di Amerika Syarikat yang pastinya mempunyai hubungan rapat di kalangan pengamal media, khususnya di CNN," katanya.Baru-baru ini, akhbar Washington Post melalui tulisan kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok Yahudi.

Kunjungan Anwar itu dibuat selepas ketua pembangkang tersebut yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai tokoh Yahudi dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau sebagai anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide.Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte, mendesak pembuat polisi Amerika supaya menghentikan hubungan baik dengan Anwar.

Penang Wasabi..

PKR terus mencabar KDN, terbit edisi baru Keadilan

By: Bro Jinggo

Seperti yang telah diketahui, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR – Suara Keadilan kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Terkini PKR menerbitkan edisi baru 'Keadilan' dengan alasan KDN belum memperbaharui permit terbitan akhbar rasmi perti Suara Keadilan yang tamat hujung bulan lalu.

Timbalan presiden parti itu Senator Syed Husin Ali, menulis dalam Twitter malam tadi, beliau mahu melihat apakah tindakan KDN ekoran penerbitan Keadilan.

"Keadilan terbit petang tadi (semalam). Sudah diedar ke semua negeri melainkan Sabah Sarawak," tulisnya.

Ketua pengarang Dzulkarnain Taib berkata, Keadilan diterbitkan secara tidak berkala memandangkan permit bagi Suara Keadilan masih belum diperbaharui.

Tambahnya, tabloid Keadilan diterbitkan oleh Angkatan Muda Keadilan memandangkan permit bagi Suara Keadilan, terbitan Pelita Koridor, masih belum diperbaharui.

Amalan ini juga akan diteruskan minggu depan dengan menerbitkan tabloid baru yang mengekalkan nama "Keadilan."

"Ia boleh jadi 'Pelita Keadilan' atau apa saja. Kita akan kekalkan nama 'Keadilan'.

PKR masih berkeras, berdegil bagaikan Yahudi, sanggup melakukan apa saja tanpa rasa malu!!. Tindakan mereka seolah olah mahu mencabar undang-undang! Harap KDN dapat melakukan sesuatu supaya mereka tidak keterlaluan.

Sunday, July 11, 2010

KDN perlu bertindak segera dan tegas terhadap Anwar Ibrahim 'alat' CIA!

By: Bro Jinggo

Bukti dah jelas, KDN perlu bertindak dengan segera terhadap Anwar Ibrahim!

Banyak bukti boleh didapati bagi membuktikan Anwar alat Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga tidak menolak kemungkinan Anwar mendapat bantuan dana daripada tokoh Yahudi tertentu.

Peristiwa pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tokoh Yahudi Amerika Syarikat (AS) seperti dilaporkan akhbar Wa-shington Post turut membuktikan beliau yang mempunyai hubungan rapat dengan tokoh Yahudi berpengaruh di negara itu.

Ianya juga boleh menimbulkan tanggapan kurang menyenangkan umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Dunia. Malahan Sukar untuk Anwar menafikan perjumpaan beliau bersama tokoh Yahudi AS kerana Washington Post sudah menyiarkannya dan perkara berkenaan bukan baru sebab Anwar memang mempunyai hubungan yang baik sebelum ini dengan kelompok Yahudi berkenaan.

KDN, Tak payah nak tunggu lagi!! Jangan sampai negara kita dihancur dikerjakan oleh Anwar baru KDN nak bertindak!!! Elaine Meinel Supkis, blogger Amerika dah keluarkan kenyataan siapa Anwar yang sebenarnya! Tunggu apa lagi? Korek jer la...

Anwar sudah didekati kedutaan Amerika Syarikat, sejak dari zaman aktivis pelajar lagi. Kanan, Haynes Mahoney, Pengarah Perkhidmatan Penerangan Amerika Syarikat di Kedutaan Amerika, Malaysia.

Dibawah adalah kenyataan Menteri dalam Negeri.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikanAmerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun berkata pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.

“Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.

“Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita, tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Paya Besar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.

Hishammuddin berkata beliau melihat tindak tanduk ketua pembangkang itu ketika ini hanya demi kepentingan politiknya semata-mata.

Katanya wakil-wakil rakyat pembangkang juga telah menyedari agenda peribadi Anwar sehingga memaksa mereka keluar daripada parti itu.

“Saya tengok ini tidak menjejaskan keselamatan negara kerana kita tahu tingkah laku dia macam itu, yang penting tugas dan tanggungjawab saya ialah memastikan negara kita selamat daripada ancaman JI (Jemaah Islamiah), Al Qaeda... mereka (pembangkang) ini hanya berpolitik 24 jam yang akhirnya rakyat akan menilai dan menentukan kedudukan mereka,” katanya.

Penulis Blog AS Sahkan Anwar ‘Alat’ CIA

Selepas dilaporkan tunduk kepada pelobi Yahudi dalam isu Palestin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pula sebagai ‘alat’ kepada agensi perisik Amerika Syarikat iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated.

Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa itu di Malaysia.

“Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segalanya dan mereka merupakan ejen CIA yang menyamar (Anwar is a CIA creature. That is, he is not an ‘agent’ but rather, a ‘tool’. His list of buddies proves this: they are all undercover CIA),” katanya seperti yang dipetik dalam blog, Culture of Life News.

Pendedahan oleh Meinel Supkis itu dibuat selang sehari selepas Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino mendakwa, Anwar membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini.

Temu bual tersebut dakwa Trevino, terpaksa dilakukan dalam usaha Anwar – yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai kelompok Yahudi – meyakinkan kembali para pelobi Yahudi tersebut bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Dalam pada itu, tambah Meinel Supkis dakwaan bahawa ketua pembangkang itu merupakan alat kepada CIA, turut disokong oleh kenyataan rakan rapat Anwar sendiri iaitu Paul Wolfowitz.

Menurutnya, Wolfowitz yang juga bekas Presiden Bank Dunia dilaporkan sebagai berkata: “Apa yang dilakukan oleh Anwar (kenyataan anti-Yahudi) salah tetapi memikirkan bahawa beliau sedang berjuang untuk dirinya serta karier politik selepas dilabelkan sebagai boneka Yahudi, kecuaian itu perlu diperbetulkan.”

Meinel Supkis yang merupakan penentang kepada penguasaan Yahudi di Amerika Syarikat dalam tulisannya itu menyatakan, tiada yang lucu dan membanggakan menjadi seorang alat kepada CIA yang juga dakwanya turut dikuasai oleh pelobi Yahudi.

“Saya harap dia tidak menjadi mangsa kepada operasi ini. Anwar merupakan seorang pemimpin yang karier politiknya sudah tertutup tetapi terus dipaksa oleh Yahudi yang mempunyai kepentingan,” katanya.

Sumber: utusan

Eksklusif Fight the Smears KJ ECM Libra

By: Bro Jinggo

Khairy Jamaluddin menjadi sasaran kecaman media baru alam cyber dari setiap penjuru sejak beliau melangkah masuk ke gelanggang politik. Termasuklah pembabitan beliau dalam bank pelaburan ECM-Libra diungkit semula.

Terdahulu salah seorang daripada 'kaki pukul' tersebut ialah penulis blog kontroversial, Raja Petra Kamarudin - yang tidak pernah ditemuinya walau sekali pun.

Khairy berkata, semuanya adalah mengenai Khairy Jamaluddin yang 'anda benci' dan Raja Petra yang 'anda sukai'.

Ditanya mengenai imejnya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan itu, Khairy berkata, sehingga ini tiada pihak yang dapat membuktikan bahawa semua dakwaan tersebut adalah benar.

Ditanya juga mengenai pegangannya sebelum ini dalam ECM Libra, sebelum menjual pegangannya itu kemudiannya, Khairy berkata: "Apa yang salahnya?"

Khairy menjelaskan bahawa beliau menyertai syarikat tersebut sebagai anggota pengurusan kanannya, yang turut ditawarkan opsyen saham dalam syarikat tersebut.

Katanya, beliau menerima tawaran opsyen saham tersebut "dan semua anggota pengurusan kanan ditawarkan opsyen saham yang sama, berserta dengan pinjaman dari orang yang menawarkan saham berkenaan".

Jelasnya, bercanggah dengan apa yang orang sangka, syarikat berkenaan tidak memberi pinjaman kepadanya untuk membeli saham tersebut kerana ia adalah salah.

Khairy berkata, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk menjual saham tersebut apabila menyedari beliau menjadi sasaran kecaman dan pihak syarikat turut terjejas kerananya.

"Kerana itu, lebih baik saya tarik diri daripada membiarkan syarikat berkenaan terjejas kerana pemegang sahamnya ramai. Itulah yang sebenarnya berlaku.

"Jika pun saya dianggap bersalah, kesalahan itu ialah kerana (saya) ditawarkan peluang seumpama itu pada tahap usia yang muda. Tetapi niatnya adalah untuk membina syarikat untuk jangka masa panjang, membesarkan syarikat dan memastikan ia berjaya menjadi sebuah institusi perkhidmatan kewangan," katanya.

Tuduhan : Penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital Berhad selepas KJ mempunyai pegangan saham di ECM Libra.

KJ: ECM Libra telah sejak sekian lama membuat beberapa opsyen penggabungan sebelum saya membuat keputusan bagi membeli saham syarikat berkenaan selaras dengan pilihan yang diberikan kepada saya selaku eksekutif syarikat tersebut.

Ianya selari dengan dengan matlamat pihak Kerajaan bagi penggabungan beberapa syarikat kewangan bagi menjadikan ia "universal broker" dan akhirnya menjadi Bank Perlaburan. Apa yang saya tahu ECM Libra dan Avenue Capital Berhad (Avenue) telah membuat rundingan mengenai penggabungan sebelum saya menjadi pemegang saham syarikat berkenaan pada masa itu. Saya ingin tegaskan yang saya tidak terlibat langsung dalam rundingan ini.

Pengabungan sesebuah syarikat mermerlukan persetujuan pihak pemegang-pemegang saham. Dalam konteks ini, pihak Kerajaan, melalui Kementerian Kewangan dan Bank Simpanan Nasional, mempunyai 29.5% saham Avenue dan tidak mempunyai pegangan saham yang mencukupi bagi merealisasikan transaksi penggabungan ini tanpa persetujuan pemegang-pemegang saham yang lain. Jadi Pada 18 Mei 2006, Avenue telah membuat mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mendapatkan persetujuan tersebut.

Sekiranya ianya merupakan sesuatu yang dirancang oleh pihak Kerajaan dan bukan satu tindakan yang bijak atau menguntungkan semua pihak, sudah pasti pemegang saham minoriti yang meliputi syarikat perlaburan antarabangsa tidak akan memberikan persetujuan mereka. Namun, EGM tersebut telah mendapat persetujuan jitu dari semua pihak.

Tuduhan: Anda mengatakan bahawa RM 13 million yang digunakan bagi pembelian saham ECM Libra adalah dipinjam.

Tuduhan: Siapa yang memberikan pinjaman kepada anda? Apakah kriteria yang perlu dipenuhi bagi mendapat pinjaman tersebut? Umum tahu bahawa anda tidak berkerja dan sekarang pun anda tidak mempunyai perkerjaan. Jadi siapakah memberi pinjaman RM 13 juta kepada penganggur? Secara jujurnya siapakah yang meminjamkan RM 13 juta itu kepada seorang penganggur dan apakah terma-termanya. Anda mungkin akan menggunakan aspek teknikal dan tidak akan menjawab soalan tersebut. Penafian tidak cukup, sila gunakan fakta. Sumber saya ada mengatakan bahawa RM13 juta datang dari urusniaga yang mencurigakan, seperti komisen daripada penjualan sebahagian asset-aset Kerajaan kepada Singapura. Betul ke?

KJ: Saya sudah berkali-kali memberikan penjelasan mengenai isu ini tetapi mungkin saudara tidak membaca penjelasan saya (Contoh: The Edge, 16 JANUARI, 2006) atau memilih untuk tidak menerima penjelasan berkenaan. Biar saya terangkan kembali. Pertama, saya perbetulkan beberapa fakta saudara. Saham ECM Libra yang dibeli bernilai RM9.2 juta – pada harga pasaran ketika itu 17 sen sesaham – dan bukannya RM 13 juta.

Jadi, pinjaman yang saya perolehi adalah sebanyak RM9.2 juta dan bukannya RM 13 juta. Pada masa itu saya merupakan Pengarah bagi Jabatan Penasihat Korporat di ECM Libra jadi saya tidaklah menganggur. Fakta-fakta ini boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja. Apa yang menghairankan saya mengapa seseorang itu membuat tuduhan yang berat terhadap saya tanpa bukti yang sebenar. Ini sahaja menggambarkan bahawa kajian dan fakta anda adalah tidak tepat dan betul. Ia juga menampak bahawa anda merupakan seseorang yang terus percaya khabar angin dan tuduhan-tuduhan melulu dan anda tidak cuba membuat kajian sendiri dan mendalam.

Malah bukan saya sahaja menerima tawaran pinjanam tersebut tetapi eksekutif kanan syarikat yang lain untuk bersama-sama maju dengan syarikat. Saham-sama ini ditawarkan melalui pilihan untuk membeli oleh rakan kongsi asal syarikat berkenaan iaitu Lim Kian Onn, Dato' Seri Kalimullah Hassan and David Chua. Mereka juga menawarkan pembiayaan kepada eksekutif kanan ECM Libra bagi pembelian tersebut. Dengan kata lain, pinjaman saya untuk membeli saham ECM Libra adalah dari rakan kongsi syarikat berkenaan. Saya juga telah mencagarkan saham-saham yang telah saya beli sebagai cagaran bagi mendapatkan pinjaman.

Segala urusan jual-beli berkenaan telah disahkan oleh pihak guaman dan dokumen perjanjian juga telah dimatikan stemnya ke atasnya. Dengan pembelian berkenaan maka saya memegang 3% kepentingan di ECM Libra. Pihak berkuasa hanya memperuntukkan supaya pemegang saham yang memegang lebih daripada 5% saham syarikat dimaklumkan kepada umum. Tetapi, saya memilih untuk mengumumkan pembelian saya melalui pengumuman kepada Bursa Malaysia walaupun pegangan saham saya kurang dari 5% kerana saya inginkan ketelusan dalam keputusan yang saya ambil. Saya boleh memilih agar tidak memaklumkan pembelian saham ini tetapi saya memilih mengumumkannya.

Saya telah menjual kesemua saham ECM Libra pada 11 Ogos 2006 pada harga 65 sen sesaham dan menyebabkan kerugian sebanyak 6 sen sesaham.

Accusation 1:

ECM Libra merging with Avenue right after you bought stocks in them. Who approved this merger?

ECM Libra was working on several merger options long before I exercised my executive option scheme to buy a stake in the company. This was in line with the Government's push to consolidate the financial advisory and stockbroking industry by allowing for the creation of universal brokers and, later, investment banks. From what I know, ECM Libra and Avenue Capital Resources Berhad (Avenue) had informal, non-binding discussions before I became a shareholder of the former. I was not part of the formal negotiations which took place later between the two companies prior to the 'merger'.

As far as approvals are concerned, ultimately any proposal to merge two corporate entities would require the consent of shareholders. The Government, via the Ministry of Finance and Bank Simpanan Nasional, held a 29.5% stake in Avenue. On its own, the Government could not have approved the 'merger' since the consent of the other shareholders was also needed. On 18 May, 2006, Avenue held an extraordinary general meeting (EGM) of shareholders to discuss the proposal. The 'merger' was approved by 98% of shareholders present and voting at the EGM.

Had the deal been questionable and something that the Government wanted to push through, surely minority shareholders including established international institutional investors, who were shareholders of Avenue, would not have given such an emphatic endorsement of the deal at the EGM.

Accusation 2:

You claim that the RM 13 million that you used to purchase shares in ECM Libra was borrowed Question: Who lent those funds to you? What were the criteria for borrowing? As far as everyone knows, you were unemployed, and you're unemployed currently. Who would lend 13 million to an unemployed? So basically, pray tell, who lent 13 million to an unemployed and at what terms? You may point to a technicality and refuse to answer this. Denial tak cukup, let's go to the facts. My source tells me the RM13m came from another shady deal, i.e. commission from the sale of some core government assets to Singapore. Is that true?

I have explained this countless times before but since you either missed my earlier explanations (e.g. The Edge, 16 JANUARY, 2006) or have chosen not to accept them, I shall do so once again. First, let me correct some of your facts. The ECM Libra shares that I bought were valued at RM9.2 million - at the prevailing market price of 71 sen per share - and not RM13 million. Therefore, the loan that I obtained was also for RM9.2 million and not RM13 million. At the time I received the loan, I was Director for Corporate Advisory at ECM Libra and, hence, not unemployed. These facts are publicly available information. It puzzles me how someone who wants to make serious allegations against someone else can't even get basic facts correct. This alone demonstrates your careless research suggesting you are someone who indulges in rumour and innuendo without even bothering to do undertake independent and in-depth analysis of your own.

As far as the loan is concerned, it was not only available to me but to other senior executives of the firm in order to buy shares in ECM Libra and grow with the company. The shares that we were given options to purchase came from the original partners of the firm, Lim Kian Onn, Dato' Seri Kalimullah Hassan and David Chua. They also provided loans to senior executives of ECM Libra for us to exercise this share option. In other words, I borrowed money from the partners of the firm to buy shares that they own. I pledged the shares that I bought as security for the repayment of the loan.

All of the above transactions were documented and stamped by lawyers. The purchase resulted in me acquiring 3% of ECM Libra. Regulators only require a shareholder with more than 5% of a company's shares to declare their interest publicly. Yet, I chose to declare my purchase via an announcement to Bursa Malaysia, even though I was below the 5% threshold, because I wanted to be above board in my decision. I could have withheld the announcement or concluded the transaction through a nominee. Instead, I declared my interest.

I sold all my shares in ECM Libra on 11 August, 2006 for 65 sen per share, incurring a loss of 6 sen per share.

PAS tak serik-serik walaupun dah banyak kali di 'kencing' Anwar!

By: Oyabun

Patutkah penyokong Melayu-Islam UMNO bersimpati kepada penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka dan si Penipu nombor wahid negara si Anwar Ibrahim. Mereka juga Melayu, mereka juga Islam sama seperti Melayu-UMNO.

Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong. TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.

* "Pas gagal hormati prinsip Islam."
* "Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
* "Pas gagal majukan umat Islam."
* "Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
* "Dakwah Pas bukan cara Islam."
* "Hujah Pas timbulkan fitnah."
* "Pas hanya tonjol imej Islam palsu."
* "Pas rela korbankan umat Islam."
* "Pas telah ketepikan prinsip dakwah."
* "Pas khianati orang Melayu".
* "Pas tak ada akhlak" .

Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.

Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam.

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu..!

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.
Pas khianati orang Melayu.

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Saturday, July 10, 2010

Chegubard PKR ditahan diatas aduan mencemarkan imej Insitusi Raja-Raja Melayu!


By: Bro Jinggo

Polis menahan anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shahrin kerana mahu merakamkan kenyataannya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard ditahan di pejabat perhubungan parti itu di Jalan Rahang di sini dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

Osman berkata Badrul Hisham ditahan sebelum pukul 9 malam tadi untuk direkodkan kenyataannya dan selepas itu dia dibebaskan dengan jaminan.

Katanya kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Terdahulu Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Angkatan Pemuda Keadilan Rembau, Badrulhisham Shaharin hari ini di atas kenyataan terbuka menerusi laman blog beliau.

laporan polis tersebut dibuat kerana satu hasutan kepada pihak lain dan mencemarkan imej Insitusi Raja-Raja Melayu Berpelembagaan dan berharap agar Badrulhisham atau Chegubard dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Kenyataan Ketua AMK Rembau itu yang secara terang telah mengkritik Institusi DiRaja didalam penulisan beliau yang bertajuk ‘Warkah Terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong “Hepi Besday..Sir!”.

Artikel tersebut yang bertarikh 10/06/2010 telah menghina Raja-Raja dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan menganggap ianya adalah satu hasutan dan penghinaan kepada Institusi Diraja serta DYMM Yang DiPertuan Agong.

Pemuda Rembau memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap saudara Basdrulhisham Shaharin, Ketua AMK, parti KeAdilan Rakyat N.Sembilan kerana telah memfitnah dan bersikap biadap terhadap institusi -institusi raja-raja melayu dan DYMM Yang DiPertuan Agong dengan menuduh Raja-Raja Melayu serta DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menganugerahkan pingat darjah kebesaran dengan mendapat arahan tertentu.

Chegubard PKR, ditahan dipercayai bawah Akta Hasutan


Gambar hiasan Cagon Bard di tangkap polis

By: Bro Jinggo

Laman Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharani atau yang dikenali sebagai “Chegubard” ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau, malam ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau ditahan kira-kira tujuh anggota polis di Rembau.

Sebab beliau ditahan tidak dapat dipastikan, kata seorang pegawai PKR bahagian itu kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Badrul ditahan semasa hendak mempengerusikan mesyuarat bahagian (PKR) dan terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,” kata pegawai itu.

“Semasa Badrul hendak memulakan mesyuarat kira-kira 9 malam tadi, ada tujuh orang pegawai polis datang dan memperkenalkan diri, lalu menahan beliau.

“Saya tidak pasti apa sebabnya, tetapi saya ada mendengar ia berkaitan dengan tulisan beliau dalam blognya... kemudian rumah beliau di Bukit Chedang dekat Rembau turut digeledah,” kata pegawai itu.

Pada 3 Jun lalu beliau telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Tian Chua juga mengesahkan perkara ini menerusi twitternya.

“Baru nak mempengerusikan mesyuarat cabang Rembau sekumpulan 15 orang polis serbu dan ambil Chegubard, kini ditahan dan dibawa ke IPD Seremban,” katanya.

Satu lagi maklumat twitter pemimpin PKR menyebut, beliau ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung isu mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamarudin.

Friday, July 9, 2010

Tun M.... Bintang bukan dilahirkan, tetapi dicipta...

By : Mozi

Salam semua, semalam saya ada melihat siaran langsung bersama Tun Dr Mahathir Mohamad tentang forum Ekonomi Malaysia ke-10. Saya mendengar komen komen Tun tentang DEB, MEB dan yang terbaru Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Tun, juga ada menyentuh tentang kelemahan kepimpinan Bekas Perdana Menteri, Pak Lah yang dikatakan lemah serta hanya mahu mengkayakan kaum keluarganya.

Beliau juga menceritakan betapa beliau ada banyak idea jika beliau masih lagi menjadi PM. Saya menghormati pandangan Tun sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara. Tun juga telah membawa Malaysia ke persada dunia.

Tetapi saya rasa beberapa perkara tentang memperkasakan bumiputra dari kacamata Tun, sama sekali tidak membantu meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputra.

Saya bukan ahli ekonomi atau cerdik pandai, tapi terus terang saya tidak berminat, pada saya bumiputra tidak akan maju dan akan belajar jika hanya tahu mendapatkan projek dari pihak kerajaan.

Jika ditanya, apakah dengan memberi saham di dalam syarikat syarikat besar kepada bumiputra mampu meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputra? Bagaimanakah bumiputra mahu menguasai ekonomi dari pihak kerajaan, jika tiada budaya berniaga dikalangan mereka serta setiap perniagaan yang dijalankan tiada wujud rantaian di antara peniaga bumiputra yang lain?

Cukupkah kejayaan di ukur dengan hanya melibatkan situasi menang pada satu pihak.. Bumiputra hanya akan berjaya menguasai ekonomi sebagaimana bukan bumi jika menjadikan perniagaan sebagai satu budaya sesama mereka, mewujudkan rantaian perniagaan pada setiap satu perniagaan.. menguasai perniagaan runcit.

Bumiputra semakin manja dan tahu hanya nak meminta minta. Jika ikut peratusan yang Tun M berikan bumi ada 60%, tapi berapa peratuskah yang terlibat dalam perniagaan secara runcit... yang dapat job dari kerajaan pula berapa ramaikah yang mewujudkan rantaian untuk membantu peniaga bumi yang lain...

Perniagaan harus dibudayakan dalam masyarakat bumi, jika ramai bumi yang berniaga maka semakin banyaklah peluang pekerjaan akan terbuka dan tak payah kerajaan pening hendak memikirkan tentang ke mana nak letakkan bumiputra ini bekerja!

Khazanah diwujudkan hanya sebagai satu tempelan menunjukkan pegangan saham orang melayu dan bumi ini adalah salah satu peningkatan penguasaan ekonomi Bumiputra. Jika inilah caranya, bumiputra tidak akan maju dan mahu berusaha.

Melayu hanya suka bekerja dengan majikan terutama kerajaan kerana adanya jaminan.

Meminjam kata kata Dr David Teoh penerbit filem terkenal, "Bintang bukan dilahirkan, tetapi dicipta". Perniagaan atau kebolehan berniaga bukan berasal dari keturunan atau kemahiran semulajadi tapi atas kemahuan, disiplin serta kerja keras.

Yang asyik kata tak boleh sebenanya tak percaya serta tidak mahu berusaha dan Tun, telah menjadikan sebahagian besar orang bumiputra berebut rebut kepada ekonomi yang datang daripada kerajaan, sedangkan diluar terlalu banyak pasaran yag boleh diterokai.

Saya tak pasti jika ada di kalangan pembaca yang setuju atau tidak dengan pandangan saya.. Saya cuma minta jika ada sebarang pandangan, boleh kemukakan. Harap semua boleh komen.

Khairy wants police to investigate PKR

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin wants the police to take seriously the allegations of Parti Keadilan Rakyat (PKR) funding blogger Raja Petra Kamaruddin's stay in London.

Noting the allegations made by Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Hashim, who had claimed to have documents to prove his former party is sponsoring Raja Petra, Khairy said: "Let's be very clear. RPK (Raja Petra) is not a political exile who has sought asylum. RPK is a fugitive.

"Anyone harbouring or supporting a fugitive must also be investigated. If indeed PKR is sponsoring or supporting a fugitive, it is wrong."

Since Zahrain claims to have evidence of PKR's involvement, Khairy said the police must not turn a blind eye. "The police have said they're looking into the matter, so I hope they take the claims seriously."

Earlier this week, Khairy rapped the police for not taking action against Raja Petra, despite the fact the blogger was openly seen in London and had made public appearances.

Home Minister Datuk Seri Hishamuddin Hussein said the police had taken the needed action for the case, including meeting up with the UK Metropolitan Police.

Then, on Wednesday, Zahrain dropped a bombshell when he claimed to have evidence of PKR sponsoring Raja Petra's stay in London. Zahrain said the evidence — a number of documents — had been given to Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz via email.

He added this proof will be revealed "at the right time".

Meanwhile, PKR leaders appear to be unperturbed by Zahrain's claims. PKR strategic director Tian Chua said there was no harm if it was discovered PKR had sponsored Raja Petra.

"If there is something illegal and sinister about RPK being in London and his sponsors are up to no good, then the authorities should waste no time and act.

"Maybe when the MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission) were supposed to fly to London to interview Bala (private investigator P. Balasubramaniam), the police should also have taken the opportunity to tag along. The fact is they don't dare to do so," said the Batu MP.

"Even so, let's say RPK says he doesn't have money to pay for his rent and a 'friend' offers to pay for him, there is nothing wrong in that!"

Tian Chua said the more important issue which needed to be established was if RPK was guilty of any crime.

"Prove there is basis to charge RPK for sedition and whether what RPK claimed on his blog is true or false."

Tian Chua even took a sarcastic jab at Zahrain, claiming the latter, who quit PKR earlier this year to become an independent MP, was raising this issue for his own political mileage.

"Maybe Zahrain felt he needed to be in the limelight. In any case, I respect his 'hard work'."

Then, reiterating the party's allegations that Zahrain and other now-independent elected representatives had been offered huge sums to quit PKR, Tian Chua added: "Maybe he needed to prove his money's worth."

PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin also said Zahrain was merely seeking cheap publicity. "We have been hearing about all these claims of having proof or evidence implicating RPK and such. But, until now, nothing has come out."

The Ampang MP said: "If you indeed have proof, then be a gentleman, come out and show them. It is not important who sponsors RPK. So what? It's not like the government's money us being used."

Raja Petra, 59, fled the country after two arrest warrants were issued against him for failing to attend court for his sedition trial in April and May last year. He resurfaced last month in London.

Source: mmail.com.my

Nik Aziz, Karpal siapa yang tak betul??

By: Bro Jinggo

Karpal Singh dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bertikam lidah lagi. Kali ini Nik Aziz menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta parti itu menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul. Ini kerana jelasnya, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat.“Waktu belum kami masuk perikatan, kami dah bincang dah, dasar kami Islam. Oleh yang demikian, kami hormat pada DAP. Dan DAP hormat pada kami mula-mula kami nak buat pakatan dulu lagi, kenapa timbul balik perkara ini.

Dari sudut yang lain pula sebenarnya PAS telah banyak membuat apa yang dilaranganya dulu, dulu haram bergabung dengan orang kafir, kini bersekududukan dengan DAP. Sebelum memerintah nak jalan hukum Allah, bila dapat perintah PAS dok tak sebut lagi nak jalan hukum Allah!

Dari kenyataan Karpal Singh sudah cukup membuktikan DAP tidak pernah berubah dan beganjak dengan prinsip perjuangan mereka berbanding pemimpin PAS yang tidak konsisten sanggup menggugurkan Negara Islam semata-mata kemaruk untuk berkongsi kuasa dengan DAP.

Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Seterusnya sila baca Nik Aziz Buktikan Dirinya Wahabiy Apabila kata Umno Sesat !!!

Khairy: MP Wangsa Maju substandard, Presiden Perkasa ‘versi Cina’

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyifatkan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong sebagai wakil rakyat “substandard” dan mirip Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali versi Cina.

Dalam ruangan twitter ketika Choo Keong sedang menyoal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong ketika membahaskan Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat hari ini, Khairu berkata:

“Kualiti Wee Chee Keong mencela sangat teruk. Saya merasakan beliau seorang wakil rakyat substandard.”

Khairy berkongsi pandangannya itu ketika berbual menerusi twitter dengan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

“Saya merasakan beliau versi Ib Ali (Ibrahim Ali) Cina,” kata beliau.

Khairy dipercayai merujuk kepada persamaan antara Choo Keong dan Ibrahim kerana kedua-dua mereka merupakan wakil banyak parti sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.

Choo Keong merupakan wakil rakyat terbaru keluar PKR.

Ibrahim juga baru-baru ini terlibat dalam dalam pertikaman lidah dengan Khairy dan Ka Siong berhubung isiu hak keistimewaan orang Melayu khususnya biasiswa.

Khairy juga melahirkan harapan agar MCA tidak menerima Choo Keong sebagai ahlinya kelak.

Ka Siong menjawab, juga menerusi twitter, Choo Keong tidak boleh “menyertai” kembali MCA.

Ka Siong merupakan ahli MCA pada 1980-an dan mengadakan “piket di depan pejabat MCA” dan meninggalkan parti kemudian.

“Beliau kembali sertai MCA? Tidak mungkin,” kata Ka Siong.

Choo Keong juga merupakan bekas ahli DAP dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang MP atas tiket parti itu pada 1990.

Pada 1998, beliau dikeluarkan dari DAP selepas didakwa merosakkan imej parti dan kemudian menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP).

Dua tahun lalu Choo Keong menyertai PKR sebelum pilihan raya 2008 dan memenangi kerusi Wangsa Maju dengan majoriti tipis.

Sumber : The Malaysia Insider

Thursday, July 8, 2010

Tun Mahathir terlepas dari siasatan SPRM!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dalam bukunya, Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.

Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.

Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.

Barry, yang merupakan bekas editor Asian Wall Street Journal, berkata sebahagian besar daripada penipuan adalah melalui usaha kerajaan untuk memanipulasi harga timah antarabangsa dan perjudian oleh Bank Negara melalui pasaran mata wang global, yang berlaku pada 1980-an.

'Malaysia Maverick' adalah buku bebas pertama yang lengkap dengan kajian panjang tentang Mahathir, yang bersara pada tahun 2003 setelah lebih dari dua dekad sebagai Perdana Menteri. Buku ini akan diterbitkan secara global minggu depan oleh Palgrave Macmillan.

Wain menulis, pemerintahan Mahathir, yang mula berkhidmat pada tahun 1981 dengan slogan, "bersih, cekap dan amanah", langsung terlibat dalam skandal kewangan yang "meletup dengan mengejutkan".

Pada awal 1990-an, secara sinis beliau menulis, itu adalah "dekad yang baik untuk perilaku buruk, atau dekad buruk bagi tingkah laku yang baik".

Memang Confirm PAS Sesat!


Oleh Anuar Ibrahim

PAS hari ini ‘mengamuk’ bila mereka dikatakan sesat oleh Dato Seri Shafie Apdal.

Para ‘ulama’ PAS yang sebelum ini giat melabel UMNO sebagai sesat dan kafir ini tidak boleh menerima hakikat bila orang melabel mereka panggilan yang sama. Amukan PAS bukan main-main kerana mereka kini mengugut akan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin jika Shafie tidak menarik balik tuduhan tersebut.

Melihat dari amukan PAS sehingga sanggup membawa yasin dan solat di dalam permainan politik, sudah cukup untuk mengesahkan betapa sesatnya PAS itu.

PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan tidak layak sama sekali memakai nama Islam kerana akar permulaan PAS itu sendiri sudah bertentangan dengan Islam iaitu memecahbelahkan ummah yang sebelum ini bersatu padu di bawah satu bumbung.

PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat prejudis, takbur dan riak.

Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain.

Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri.

PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.

Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.

Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.

Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ‘menemui’ Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.

Hanya Muslim yang sesat sahaja yang sanggup menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir. Siapa yang tidak ingat akan fatwa mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang. Fatwa Hadi Awang ini akan tetap menghantui dirinya dan dia akan tetap dipertanggungjawabkan ke atas kehancuran rumahtangga dan nyawa yang melayang akibat dari berpegang kepada fatwa tersebut.

Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan menyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ‘lidah’ syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

PAS tersesat semakin jauh bila memilih untuk bersahabat dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menindas umat Islam di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, PAS juga bersahabat dengan sahabat Zionis iaitu Anwar Ibrahim yang bukan sahaja peliwat tetapi sanggup menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Sehingga kini, PAS gagal membela umat Islam di Pulau Pinang dan langsung tidak berupaya membela umat Islam Palestin. Apa yang PAS mampu lakukan ialah memperlekeh usaha kerajaan, memfitnah, membuat bising serta membakar bendera.

PAS adalah pemangkin kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Melayu serta PKR yang bersahabat dengan musuh Islam. Walaupun mungkin ada lagi dari para penyokong PAS yang menafikan bahawa mereka menyokong DAP, tetapi hakikatnya satu undi untuk PAS adalah juga satu undi untuk DAP kerana kedua-dua parti itu bersatu di bawah ikatan Pakatan Rakyat.

Orang berpolitik mereka pun nak berpolitik. Mungkin kerana seronok disanjung oleh penyokong serta bangga memegang kuasa, para pemimpin PAS ini terus bermain politik walaupun mereka sebenarnya tidak punya ilmu yang cukup untuk mentadbir apatah lagi memerintah negeri jauh sekali negara. Kedua-dua negeri yang dikuasai PAS iaitu Kedah dan Kelantan mengalami keadaan beku atau statik di mana tiada kemajuan langsung selain dari yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat. DAP sedar Kelantan mundur dala serba serbi cuma orang PAS sahaja yang perasan Kelantan sebagai paling maju di Malaysia.

Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan.

Sumber : malaysia-instinct.com