Thursday, July 8, 2010

Tun Mahathir terlepas dari siasatan SPRM!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dalam bukunya, Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.

Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.

Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.

Barry, yang merupakan bekas editor Asian Wall Street Journal, berkata sebahagian besar daripada penipuan adalah melalui usaha kerajaan untuk memanipulasi harga timah antarabangsa dan perjudian oleh Bank Negara melalui pasaran mata wang global, yang berlaku pada 1980-an.

'Malaysia Maverick' adalah buku bebas pertama yang lengkap dengan kajian panjang tentang Mahathir, yang bersara pada tahun 2003 setelah lebih dari dua dekad sebagai Perdana Menteri. Buku ini akan diterbitkan secara global minggu depan oleh Palgrave Macmillan.

Wain menulis, pemerintahan Mahathir, yang mula berkhidmat pada tahun 1981 dengan slogan, "bersih, cekap dan amanah", langsung terlibat dalam skandal kewangan yang "meletup dengan mengejutkan".

Pada awal 1990-an, secara sinis beliau menulis, itu adalah "dekad yang baik untuk perilaku buruk, atau dekad buruk bagi tingkah laku yang baik".

No comments: