Friday, August 12, 2011
Kasi Bongkar Lagi... Guan Eng Bercita-cita Jadi PM Malaysia
Blog MIM (novandri.blogspot.com) mendedahkan usaha pihak DAP yang mahu mengangkat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri sekali gus bakal mengecewakan Anwar yang sekian lama bercita-cita mahukan jawatan itu.
Katanya, impian mereka itu dinyatakan menerusi laman sosial Facebook yang turut dibuat dalam bentuk promosi berbayar menandakan kesungguhan usaha mereka.
"Facebook yang mengagung-agungkan ahli politik DAP itu sudah pasti akan mengeruhkan lagi perhubungan sesama pemimpin pakatan pembangkang, lebih-lebih lagi di antara Anwar dan Guan Eng. Dan apa pula respons Guan Eng mengenai kewujudan Facebook tersebut?" katanya.
Sehubungan dengan itu, blog tersebut mahukan Guan Eng menyatakan pendirian beliau berhubung laman Facebook tersebut dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak perlu berdolak-dalih kerana rakyat sudah mual dengannya.
Blog Mesin Taip Buruk (mesintaipburuk.blogspot.com) berkata, tidak sukar bagi Guan Eng untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun Perlembagaan menetapkan hanya orang Melayu dan beragama Islam sahaja yang layak menjawat jawatan itu.
Katanya, jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, maka Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru dan kemudian barisan Kabinet beliau yang sudah pasti terdiri daripada para pemimpin DAP akan mendesak Anwar untuk meminda Perlembagaan Negara dengan meletakkan frasa bahawa Perdana Menteri tidak terbatas kepada orang Melayu dan beragama Islam sahaja.
"Bila Perlembagaan itu dah dipinda, Anwar akan dijatuhkan dengan cara yang sangat tidak terhormat iaitu dengan mencampakkannya ke dalam Sungai Buluh atas dakwaan meliwat. Ingat semua rahsia Anwar dalam tangan Karpal Singh selaku peguambelanya merangkap Pengerusi DAP. Pada masa itu, Anwar dah tak boleh buat apa-apa dah dan (Yang di-Pertuan) Agong pun dah tak boleh buat apa-apa. Maka Guan Eng dilantik sebagai PM berdasarkan Perlembagaan yang dipinda.
"Habis cerita...!! Masa itu orang Melayu akan jadi kaum Uighur di China yang hari ini mereka tidak dibenarkan menunaikan ibadat puasa, tidak boleh bertarawih dan semua aktiviti keagamaan dilarang!" katanya.
Kalau Guan Eng jadi PM nascaya Malaysia akan jadi hak milik kekal Singapura!!
Najib Dan Rosmah Tutup Mulut Pembangkang, Hadir Sesi Temubual Peguam Anwar
Kehadiran PM bersama isterinya Rosmah sekaligus menutup mulut pembangkang yang mendakwa PM
mahu berdolak dalih elak ke Makamah.
Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh.
Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof turut hadir untuk ditemubual.
Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.
Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.
Najib dan Rosmah hadir hari ini untuk ditemuramah ekoran pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri
Difahamkan perdana menteri dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 3.28 petang.
Sekarang Anwar sudah puas hatikan.. So jangan tangguhkan lagi kes liwat ini! Lawan Tetap Lawan Selesaikan Dengan Segera!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Pendedahan Panas: George Soros Taja MALAYSIAKINI
Tony Yew dalam Stop The Lies (www.stopthelies.my) mendedahkan bagaimana Malaysiakini yang memperoleh sumber dana daripada Media Development Loan Fund (MDLF), sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan George Soros bagi membiayai operasinya sejak tahun 1999.
Katanya, MDLF sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa Malaysia tidak mempunyai saluran alternatif untuk menyampaikan suara berikutan kawalan kerajaan ke atas media dan dengan adanya Malaysiakini, sebuah portal berita bebas, mereka memanfaatkannya untuk menyalurkan pandangan dan berita ke seluruh dunia tanpa sekatan.
Blog ini mendedahkan, pada 1999, South East Asia Press Alliance menyediakan geran sebanyak AS$100,000 kepada Malaysiakini dan kemudian pada 2001, MDLF menerusi CAMP (Centre for Advanced Media, Prague) iaitu sebuah badan teknologi MDLF telah membayar Malaysiakini sebanyak RM188,000 untuk membangunkan aplikasi dipanggil Adengine dan setahun kemudian MDLF membuat pelaburan tambahan sebanyak RM1.3 juta dalam portal berita itu.
"MDLF mempunyai poket yang dalam (banyak wang) kerana mereka memperoleh dana dari sumber-sumber Association of Alternative Newsweeklies, Bank Vontobel, Calvert Social Investment Foundation, DOEN Foundation, Dreilinden gGmbH, Foundation for Democracy and Media, Fritt Ord Foundation, John D. and Catherine T. MacArthur Foundation, Omidyar Network, Open Society Institute, Oxfam NovibresponsAbility Ventures I, Swedish International Development Cooperation Agency (SIDA), Swiss Agency for Development and Cooperation, Alexej Fulmek dan David Haas.
"Apakah Premesh Chandran masih mengatakan tidak satu pun dana tersebut datang daripada George Soros? Saya tiada apa-apa dengan Soros tetapi dia yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan 1998. Jadi, dia bukan sahaja menjatuhkan nilai mata wang kita tetapi juga memberi wang kepada Malaysiakini," katanya.
Katanya, Malaysiakini boleh berbangga sebagai sumber berita bebas tetapi jika melihat kepada sejarah dan sumber kewangannya, ia nyata menceritakan segalanya.
Pendedahan seterusnya baca disini...
Isu MyKad: Mismah Terkejut Dia Popular Macam Mawi World!
Bezanya Mawi World lahir dari Akademi Fantasia manakala Mismah dipopularkan oleh puak pembangkang yang dahagakan peluru untuk menembak secara tepat!
Namun akhirnya peluru sesat itu tertembak diri mereka sendiri!
Mismah memang World!
Seorang warganegara yang hanya dikenali sebagai Mismah kerana didakwa mendapatkan kewarganegaraan dalam tempoh empat jam akhirnya berjaya dijejaki oleh media.
Dia turut menafikan dakwaan memperoleh kerakyatan dengan mudah yang sebelum ini dikaitkan dengan dirinya, terutamanya oleh pihak pembangkang.
"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.
Wanita yang berasal dari Bawaen, Indonesia pada mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan dia mendapat 'kerakyatan pintu belakang'.
Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.
Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa status kerakyatan ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara) dalam tempoh empat jam sahaja.
Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.
"Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu," katanya lapor Sinar Harian pada Jumaat.
Mismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.
Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah berkata, dia masuk secara sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.
Selepas itu dia terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.
Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya yang fasih berbahasa Melayu.
Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun - 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.
Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.
Dia kini bekerja sebagai tukang sapu di pejabat sebuah syarikat jualan langsung dan dikatakan seorang penjimat sehingga memiliki sebuah rumah teres.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
SMS MBPJ Operasi Sita Bangunan DUMC!
SMS dari orang dalam MBPJ yang berkata, pada sebelah pagi semalam satu taklimat diadakan penguaktkuasa untuk mengambil tindakan SITA ke atas bangunan DUMC kerana telah menyalahgunakan tempat tersebut sebagai Gereja.
Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.
Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan.
Dengan kenyataan diatas jelas membuktikan bahawa satu kesalahan telah berlaku dan ianya seharusnya disita bangunan tersebut kerana telah melanggar undang undang MBPJ.
Akan tetapi tidak dapat dipastikan siapakah yang membatalkannya tetapi yang pasti MB Selangor telah pun meminta maaf ekoran serbuan JAIS tersebut.
Kenapa Hendak Pertahankan Gereja Haram?
DUMC Muslim Murtad Diberi Ganjaran RM60,000
Difahamkan, mereka akan menerima ganjaran sehingga RM60,000 bagi setiap kejayaan memesongkan akidah umat Islam sebaik upacara pembaptisan dilakukan.
Ini didedahkan seorang pengikut pertubuhan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 34, yang turut menyertai majlis makan malam anjuran komuniti gereja di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), ketika serbuan oleh Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis di Seksyen 13/1 Petaling Jaya, Rabu lalu.
“Dua individu yang dipercayai murtad dikenali sebagai Izwan dan Sabrina, berusia dalam lingkungan lewat 20-an sering berusaha untuk membantu golongan ibu tunggal, mereka dibebani hutang dan orang miskin melalui majlis komuniti yang dianjurkan dengan harapan dapat menyampaikan ajaran Kristian.
“Kedua-dua individu yang turut mendapat kepercayaan beberapa gereja bagi menerajui kumpulan yang bergerak atas nama komuniti hanya akan muncul pada hari majlis pementasan drama berkaitan perjuangan Nabi Isa, selain menyampaikan ceramah bahawa ajaran Nabi Muhammad tidak benar,” katanya kepada Berita Harian.
Jasmine yang turut dibaptiskan tahun lalu berkata, beliau diberi tanggungjawab untuk menerajui persatuan ibu tunggal, anak luar nikah dan orang tua termasuk mualaf yang akan diwujudkan dalam masa terdekat sebagai salah satu cara berdakwah.
Mereka yang menyertai kumpulan ini akan lupa pegangan agama asal buat seketika apabila kerap diberi minuman air suci atau ‘Holy Water’ dan selepas menjalani upacara ‘Black Tiding’ pembaptisan di dalam kolam renang.
“Kumpulan ini berdakwah melalui siri ceramah dan syarahan yang diadakan secara sulit, malah ia turut memiliki perpustakaan komuniti di Sri Manja, Jalan Klang Lama sambil pembaca didendangkan dengan lagu,” katanya.
Sementara itu, 12 individu beragama Islam yang berada di DUMC ketika serbuan JAIS dan polis, Rabu lalu, akan memberi keterangan di ibu pejabat JAIS di Shah Alam, hari ini – Berita Harian, 10 Ogos 2011.
Berita Harian 6 Ogos lalu melaporkan salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam pemeriksaan JAIS, Rabu lalu mendedahkan bahawa setiap peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.
Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.
“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.
Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan. Klik di sini
Metro, 6 Ogos pula melaporkan pengakuan dari seorang peserta wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.
Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.
“Pendakwah atau pastor tidak pernah memaksa saya memasuki agama mereka, tetapi menggunakan cara paling lembut dan halus dengan tidak berputus asa memujuk selain terus membantu sehingga akhirnya saya terhutang budi dan akur mengukti program keagamaan mereka yang kebiasaannya diadakan dua kali seminggu.
“Kami diberikan kitab Bible versi bahasa Melayu dan turut dibekalkan pita rakaman kecil mengandungi nyanyian keagamaan supaya dapat menghafal sebelum didedahkan dengan ceramah yang kandungannya lebih menolak Islam dan Nabi Muhamad SAW”, katanya ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.
Wanita itu turut memberikan beberapa kitab Bible dan risalah yang dimilikinya kepada wartawan sebagai rujukan dan mengaku dia sudah menghafalnya serta kini di peringkat pembelajaran yang agak tinggi selain sudah menjalani upacara pembaptisan.
Menurutnya lebih memeranjatkan pastor berketurunan Melayu yang sudah lama menyertai agama kumpulan itu turut memberi ceramah. Klik di sini
PAS Berpecah!! Pemimpin Pas ‘Anwarinas’ Serang Nasrudin!
Selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.
Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.
Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda Pas itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang ‘diserang’ apabila berkata: “Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.
Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www.eperjuangan.com , dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.
Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.
Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.
“Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.
Sementara itu, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Nasrudin sendiri berhubung dakwaan beliau sedang ditekan dan dikecam oleh pucuk pimpinan Pas, termasuk apa maksud sebenar di sebalik status Facebook gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.
Rakan-rakan yang berada dalam parti PAS yang mempunyai kesedaran tu saya ucapkan "Welcome To UMNO". Marilah kita berjuang bersama untuk Islam bukan untuk ‘Anwarinas’!
Perhimpunan Aman Anti Murtad Di Shah Alam Selepas Solat Jumaat
Penceramah yang hadir Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin.
Kepada rakan-rakan dari parti PAS, PKR yang mempunyai kesedaran digalakkan untuk hadir bersama mempertahankan Islam.
Siar Menu Babi Dalam Juadah Ramadan: Pengarang The Star Khinzir Mungkin Berasal Dari China
Apakah maksud sebenarnya yang tersirat dan tersurat sehingga sanggup siarkan gambar menu BABI di muka hadapan Akhbar The Star yang diberi tajuk 'Ramadan Delights dalam juadah ramdahan!
Adakah Ketua Pengarang The Star tersebut berasal dari China sehingga tidak mengetahui adat resam sebagai rakyat Malaysia??!!!!
Sikap mereka ini di lihat tidak sensitif dan BIADAP terhadap kesucian bulan Ramadan. Panas betul hati aku ketika menulis ketika ini... ok lah bawa bersabar sikit!
Sehubung dengan itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
Thursday, August 11, 2011
Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan
Kerajaan PKR Selangor sehingga kini tidak menjelaskan kepada umum mengenai tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian ke atas penganut Islam malam Rabu lalu.
Baik lah mari kita dedahkan siapa penganjur dalam program yang mahu memurtadkan orang Islam di Damansara Utama Methodist Centre tempohari, salah seorang daripanya ialah Sophia @ Nadea Mohd Salleh. Dialah yang menahan pihak JAIS dari masuk terus dan pihak Jais perlu negotiate selama satu jam baru dapat kebenaran masuk.
Ketika ditanya samada dia berugama Islam, Sophia yang berbangsa Melayu dan IC masih meletakkan ugama sebagai Islam hanya menjawab saya percaya pada tuhan.
Beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya:
1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?
2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?
3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?
4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?
5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?
6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?
7. Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?
8. Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?
9. Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?
10.Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?
11.Mengapa Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenalannya tertera beliau Islam?
info- SKrewkuat
Rusuhan Di London, Nurul Izzah Pula Yang Kepanasan?
Dalam posting di laman web Facebook malam semalam, Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan.
Manakala Nurul Izzah membidas Khalid, katanya kenyataan seumpama tidak boleh diterima dan memintanya kaji terlebih dahulu sebelum membuka mulutnya.
Nurul Izzah tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya. Apa yang dimaksudkaa oleh khalid ialah situasi perhimpunan haram BERSIH mungkin akan jadi sama seperti di kota London jika tidak dihalang atau dibendung.
Perhimpunan haram BERSIH tempohari gagal kerana pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan baik untuk menghalang perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku....
Nurul Izzah hanya tahu cakap dan mengecam sahaja tapi Nurul Izzah tidak fikir, apa akan berlaku sekiranya pihak polis tidak menghalang dan membiarkan saja perhimpunan itu diteruskan???
Rusuhan Beri Impak Pada Pelancongan London, Riots In Pictures - Part 4
Presiden MATTA Datuk Mohd Khalid Harun berkata rusuhan itu sesuatu yang tidak dijangka dan bakal memberi impak yang tidak menyenangkan kepada pelancong untuk berkunjung ke negara itu.
"Jumlah pelancong yang ingin berkunjung ke negara tersebut berkemungkinan sedikit terjejas tetapi kita tak tahu berapa banyak.
"Orang kita bila dah tahu tentang rusuhan tersebut mereka memang tak akan pergi dan mereka mungkin akan tukar fikiran selagi rusuhan belum selesai," katanya kepada Bernama selepas sidang akhbar untuk mengumumkan MATTA Fair yang bermula esok, di Kuala Lumpur hari ini.
Pameran MATTA antaranya turut menyediakan pakej promosi ke United Kingdom kepada para pelancong yang bercadang untuk berkunjung ke destinasi tersebut.
Sementara itu, Timbalan Presiden MATTA John Tan berkata pameran MATTA kali ini akan menyasarkan 80,000 pengunjung dan RM100 juta kutipan selepas jualan.
"Selepas kejayaan pameran sebelum ini, kita telah berjaya menarik minat 211 organisasi untuk menyertai dan daripada jumlah itu 945 gerai akan dibuka pada pameran kali ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar tersebut.
Selain itu pameran yang bakal berlangsung selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga akan disertai oleh 34 hotel dan penginapan.
Tan turut berkata MATTA akan menyediakan potongan harga sebanyak 25 peratus kepada para pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari semua destinasi ke arah laluan Kuala Lumpur jika mereka mahu berkunjung ke pameran tersebut.
"Kita juga menyediakan hadiah utama berupa baucar pelancongan sehingga RM20,000 dan kepada pengunjung bertuah yang datang ke pameran kami," katanya.
Pameran MATTA kali ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai promosi produk perkahwinan selain sebuah lagi dewan pameran bakal dibuka untuk menampung jumlah pengunjung yang datang.
Gabungan Gerakan Cegah Murtad, Persatuan Veteran Tentera Melayu Serah memorandum Kepada JAIS Dan Khalid Ibrahim
Mati Hidup Semula... Kemudian Jadi Gila... Terbaru Shuhardi Mahu Saman Penulis Blog... Lepas Ni Apa Pulak?
Enggan mendedahkan nama mereka pada masa ini, Shuhardi berkata beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.
Saman tersebut akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "pro-kerajaan".
Jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam, jelas Shuhardi lagi.
Shuhardi kata dia gila selama tujuh hari! so... macam mana Shuhardi boleh ingat babak lakonannya yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... ?
Dalam pembangkang tidak ada apa yang mereka tak boleh bohong… Justeru tidaklah sesuatu yang mengejutkan kalau dengar berita mereka boleh bagi hidup orang mati.
Kalau dah dasar pembohong tu pembohong jugak!
Memang gila layan kes Shuhardi ni bro!!