Pagi semalam kita di kejutkan lagi dengan berita gempar dari puak pembangkang... Kalau dulu mereka spin seorang mahasiswa nazak di pukul oleh PDRM.. Kali ini mereka gemparkan lagi dunia politik dengan cerita cubaan bunuh Presiden PKR.. baca di sini...
Namun mereka menyatakan cubaan bunuh tersebut gagal kerana jarum yang di percayai mengandungi mofin tersebut terkena pada bodyguard Wan Azizah...
Apa makna semua ni? Adakah puak PKR sudah terdesak... sehingga sanggup mereka cerita yang merepek tah apa-apa tah...
Kenapa harus mencipta kemarahan rakyat dengan hasutan-hasutan yang tidak masuk akal seperti ini?
Beginikah caranya puak pembangkang nak rampas Putrajaya?? sangat memalukan...
Lagi drama mengarut dari PKR yang berjaya di tepis oleh blogger pro-umno...
Sebagai doktor perubatan, MiM tergelak besar apabila membaca twitter di atas. Si penulis itu sudah pasti tolol dalam perubatan kerana morfin tidak boleh dimasukkan ke dalam badan hanya sekadar 'terasa dicucuk jarum' sahaja!
Picagari diperlukan dan jika sampai nazak, ianya bermakna dose morfin yang digunakan tinggi.
Dan sepanjang pengalaman MiM sebagai doktor perubatan, tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!
Hanya jika Fayyad merelakan diri beliau disuntik sahaja maka proses menyuntik segala cecair di dalam picagari itu akan dapat dilakukan dan sudah tentu amat mustahil ketika bersesak di depan orang ramai!
Manakala, tempoh kehadiran morfin di dalam plasma darah adalah kira-kira 20 minit. Maka, segala simptom morfin tidak mungkin akan berlaku secara tiba-tiba!
Why with all this crap?