Tuesday, January 10, 2012

Nasharudin Bakal Mengikuti Jejak Hasan Ali...


Tindakan  Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hadir di kediaman bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tempohari menunjukkan sebagai satu petanda bahawa beliau akan mengikut jejak langkah sahabatnya Hasan Ali.

Kehadiran Nasharudin tersebut juga telah di sampaikan ke pihak atasan dan dicanang dengan pelbagai tuduhan.

Malah sudah ada suara yang menyatakan bahawa Nasharuddin bakal di pecat dari parti PAS dalam masa terdekat... 

Seperti mana Hasan Ali di pecat secara melulu, tak mustahil selepas ini PAS akan memecat Nasharudin pula...

Segalanya sudah di rancang oleh puak Anwarinas yang mahu menghapuskan puak ulama dalam PAS.... Seperti bom jangka buatan sendiri, hanya tunggu masa saja ia akan meletup...

Namun demi untuk menegakkan perjuangan Islam, Nasharudin dikatakan memilih untuk bersama Hasan Ali, ini kerana perjuangan parti PAS telah menyimpang dari matlamat asal.


Terdahulu Datuk Dr. Hasan Ali mengakui terkejut dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang memecatnya daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menganggap keputusan yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai tindakan yang drastik dan berasa sedih kerana perjuangan Islam beliau selama ini dibalas sedemikian rupa.

Bagaimanapun dalam satu ucapan di kediamannya di sini malam ini, Dr. Hasan menyifatkan pemecatannya adalah disebabkan komen beliau yang tidak bersetuju dengan Kempen Bebas Anwar 901.

"Apa yang berlaku hanya kerana saya menyentuh perkara membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa Anwar tidak boleh disentuh langsung?"

"Apa guna menggunakan nama parti Islam jika kita sendiri tidak mengamalkan prinsip keadilan. Saya tidak dipanggil untuk memberi keterangan seperti sebelum ini, sebaliknya terus dipecat berkuatkuasa serta-merta."

Video Penuh Penyokong Anwar #901 Bertindak Ganas




Penyokong Anwar membuat provokasi kepada satu kumpulan anti-Anwar dalam lingkungan 50 orang yang berhimpun di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan.

Penyokong anti-Anwar tidak disenangi oleh penyokong2 Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Tinggi jalan Duta bagi mendengar keputusan penghakiman kes liwat Ketua Pembangkang tersebut.

Lantas Penyokong Anwar bertindak ganas dengan membelasah penyokong anti-Anwar... Kenapa perkara sepereti ini perlu berlaku? di mana KEADILAN yang sering mereka laungkan?? 


Kantoi... Bodyguard Wan Azizah Lari Hospital


Bodyguard Wan Azizah, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek, 26, lari dari hospital, beliau keluar wad dengan tanpa arahan doktor dari Hospital Seberang Jaya dan mendaftarkan dirinya ke sebuah hospital lain.

Fayyadh Afiq mendakwa kononnya pihak polis mengganggu dia... Apa pula polis nak ganggu? pihak polis membuat siasatan dan mahu mengambil keterangan akan kesahihan cerita dia kena suntik racun.

Menurut Keputusan ujian Jabatan Kimia terhadap sampel darah dan air kencing pengawal peribadi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didapati negatif pengaruh racun atau dadah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, keputusan ujian terhadap sampel darah dan air kencing Fayyadh Afiq, yang cedera di tangan kiri dipercayai dicucuk dengan objek tajam dalam satu ceramah di Cheruk Tok Kun pada Sabtu, diterimanya petang ini.

"Saya baru terima keputusan ujian itu petang ini dan ia (keputusan) negatif, darah dan air kencingnya (Fayyadh Afiq) tidak ada kesan benda asing termasuk racun atau dadah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Fayyadh Afiq, yang dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), telah keluar daripada hospital tengah malam tadi.

"Beliau sendiri yang meminta untuk balik (keluar hospital) kerana mendakwa telah sihat,” katanya.

Ayub berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kecederaan mangsa.

Berita terdahulu laman media dan blog pembangkang spin Fayyadh di suntik racun dan cubaan bunuh terhadap president PKR Dr Wan Azizah.

Anwar Bebas Dia Punya Pasal La.. BN Tak Goyang...


BN tidak gentar atau tertekan sama sekali dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas dan membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menafikan sindiran seumpama itu, Timbalan Perdana Menteri berkata BN dengan berani telah melalui 12 pilihan raya umum sebelum ini dan sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata, pengalaman yang diperoleh selama ini akan membantu jentera BN menghadapi pilihan raya umum nanti.

"Tak ada tekanan, siapa yang kata kita tertekan? Apa keputusan sekalipun itu keputusan mahkamah. Kita punya persiapan bukan kerana ada pihak yang menekan kita baru kita kerja. Kita buat kerja seperti biasa.

"Kita sudah melalui proses pilihan raya bukan sekali, dah masuk kali Kita mempunyai pengalaman banyak. Jadi kita tak tertekan dalam soal ini. Kita akan hadapi walau apa pun keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan khas kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata BN menghormati keputusan berhubung Anwar dan menegaskan kebebasan badan kehakiman membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan daripada pihak luar termasuk parti politik.

Beliau berkata keputusan itu juga pastinya akan meningkatkan keyakinan orang ramai mengenai amalan demokrasi negara ini yang berteraskan kepada badan eksekutif, perundangan dan kehakiman tanpa sebarang campur tangan antara satu sama lain.

Katanya keputusan itu juga membuktikan ketelusan sistem demokrasi negara ini kepada dunia luar.

Beliau yakin selepas ini tiada pihak termasuk pembangkang dan pihak yang menyalahkan kerajaan menuduh kerajaan BN kononnya apa yang berlaku di negara ini adalah tidak adil.

"Saya yakin keputusan ini meyakinkan masyarakat Malaysia dan antarabangsa tentang kegigihan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membawa proses transformasi negara ke masa depan yang lebih baik. Ini sudah pun dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di mahkamah semalam," katanya.

- Bernama

#901: PKR Gagal Bawa 100,000 Orang


Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya gembira dengan keputusan mahkamah pada Isnin mendapatinya tidak bersalah kerana tidak cukup bukti meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kalau Ketua Pembangkang itu tidak gembira pun mungkin melihat jumlah penyokong kononnya untuk menunjukkan solidariti kepada beliau sekitar 5,000 orang nyata jauh daripada sasaran 100,000 seperti dicanang oleh Timbalan Ketua PKR, Azmin Ali.

Anwar terpaksa berpuas hati dengan bilangan sekitar 5,000 orang penyokong sebahagian besar dikerah ahli PKR kebanyakannya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk berhimpun di depan kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak tengah malam.

Malah sehingga perhimpunan bersurai kira-kira jam 11.30 pagi, tidak banyak kelihatan penyokong Anwar daripada kaum Cina dan India yang hadir.

DAP barangkali hanya diwakili pemimpin utama seperti Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng.

Ini jelas, kerana kebanyakan yang dilihat di situ hanya muka orang Melayu sama ada mewakili PKR ataupun sebilangan dari PAS.

Anggota polis yang berkawal di sekitar kawasan mahkamah mula berada di lokasi tersebut sejak jam tiga pagi lagi.

Kawasan parkir di luar kompleks mahkamah kosong kerana dikhaskan untuk penyokong-penyokong Anwar.

Keadaan mula bertukar kecoh apabila Anwar mula memasuki kawasan perkarangan mahkamah sekitar jam 8.30 untuk mendengar keputusan kes liwat I, beliau.

Mereka mula mengerumuni Anwar dari pintu masuk utama hingga ke perkarangan mahkamah.

Maka kedengaranlah laungan slogan “Reformasi”, “Hidup Anwar”, “Keadilan”, dan “Allahuakbar”.

Anggota polis yang pada mulanya tidak membenarkan penyokong membawa sepanduk bertulis “Rakyat Hakim Negara”, mula membenarkan mereka membawa sepanduk-sepanduk berkenaan selepas beberapa wakil berbincang dengan pihak berkuasa terbabit.

Namun demikian, atas kepentingan keselamatan, anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas setiap peserta yang membawa beg untuk memasuki kawasan parkir.

Dalam pemeriksaan tersebut, anggota polis turut merampas kain rentang bertulis “Bebas Anwar 901".

Situasi di sekitar kawasan pintu masuk kompleks mahkamah terus terkawal dengan pihak polis mengawal secara minima sahaja pergerakan penyokong-penyokong Anwar.

Kumpulan-kunpulan kecil peserta mula bergabung dan berteriak “Takbir”, dan polis masih lagi membenarkan para penyokong Perhimpunan 901 bergerak ke kawasan perkarangan mahkamah.



Kelihatan juga topeng gambar Anwar diedarkan kepada peserta perhimpunan. Keseluruhan, perhimpunan 901 terkawal tambahan pula apabila mereka mendapat berita awal Anwar didapati tidak bersalah.

Penyokong-penyokong Ketua Pembangkang itu menjerit-jerit kegembiraan tanpa sebarang tindakan di luar kawalan.

Bagaimanapun, hasrat mereka untuk mendengar Anwar berucap di luar kompleks mahkamah tidak tercapai kerana ada maklumat mengatakan beliau akan ke masjid Wilayah Persekutuan.

Namun, Anwar kemudian terus beredar apabila mendapati laluan keluar mahkamah ke masjid sesak.

Jika tidak ada insiden tiga letupan bom dipercayai buatan sendiri, perhimpunan pagi Isnin tidak menarik untuk dilaporkan kerana bilangan penyokong yang sedikit, bukan memberi berita yang besar.

Apapun, Anwar kena akur bahawa beliau belum boleh menarik nafas lega kerana proses undang-undang masih berjalan kerana pendakwa raya boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan tidak bersalah itu.

Laporan: Agendadaily

DS Najib: Keputusan Mahkamah Sangkal Tuduhan Konspirasi!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu.

"Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," kata Perdana Menteri.

Najib berkata ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang kerajaan Malaysia, dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain.

"Sebagai ketua cabang eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada satu lawatan ke Afrika Selatan.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun hairan dengan keputusan mahkamah, namun katanya keputusan itu membuktikan tiada konspirasi atau campur tangan kerajaan terhadap badan kehakiman negara.

Dr Mahathir berkata keputusan mahkamah hari ini juga membersihkan imej dan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan dakwaan-dakwaan buruk, kononnya zalim sehingga boleh memanipulasikan hakim dan keputusan mahkamah di negara ini.

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang. Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah," katanya. - Bernama

Terbukti mahkamah adil, bebas dan tidak berpihak dan rakyat boleh menilai kenyataan pembangkang bila menghadapi keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Sekitar Ceramah Anwar Ibrahim Di Seberang Jaya

Sekitar ceramah majlis kesyukuran diatas pembebasan Anwar di tapak ekspo Seberang Jaya, Parmatang Pauh malam tadi.. Kehadiran dianggarkan 1000 orang...

Walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan... namun Anwar masih di katakan gagal menarik sokongan padu dari rakyat.

Sumber klik di sini..





Monday, January 9, 2012

Tidak Di Dunia, Namun di Masyar PASTI - Saiful


Saiful Bukhari Azlan tidak hadir di mahkamah semasa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat dimana bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah.

Kalangan wartawan asalnya tercari-cari dia untuk mendapat komen mengenai keputusan berkenaan.

Kira-kira sejam selepas keputusan diumumkan,menerusi twitternya Saiful berkata : "Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,"

Dalam blognya kemudian dia menulis beliau berharap pihak pendakwa membuat rayuan kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Katanya:Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.

Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang.

Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.

Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.

Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Kepada Allah saya berserah.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Sumber: Agendadaily

Azwan Nok Hina Bapa Saiful...


Bawa mengucap lah Nok... 

Memang buruk dah lama aku perhatikan tingkah laku yang agak buruk Azwan Ali ni. Dari dulu sampai sekarang dah balik Mekah pun masih tidak berubah lagi.

Jelas dilihat Azwan Nok ni mahukan publisiti murah... al maklumlah dia ni sekarang bukannya laku pun.

Mana ada orang nak bagi job kat dia lagi selain dari blow job... betul ke Nok?

Kalau nak maki hamun Saiful sekali pun usahlah nak hina bapak dia sekali... Buruk betul la perangai dia ni... Jijis...

Pembangkang Patut Malu, Mahkamah Malaysia Sememangnya Bebas Dan Adil - KJ


Pemuda UMNO akur dengan keputusan mahkamah hari ini dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuktikan kebebasan serta kewibawaan badan kehakiman negara.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sebagai sebuah institusi politik yang memegang teguh kepada prinsip kedaulatan undang-undang di samping menghormati kebebasan serta kewibawaan badan kehakiman negara pergerakan itu akur dengan keputusan tersebut.

Menurut beliau keputusan itu juga telah membuktikan kebebasan sistem kehakiman negara yang selama ini dituduh oleh pihak pembangkang sebagai korup, berat sebelah dan di bawah telunjuk kuasa eksekutif tidak benar sama sekali.

“Perlu diingat, keputusan kes ini bukanlah kali pertama keadilan telah memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan telah membebaskan beliau dari tuduhan melakukan kesalahan yang sama. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain juga telah mendapat keadilan di mahkamah termasuk Lim Guan Eng yang telah menang kes saman malunya terhadap Utusan Malaysia.

“Badan kehakiman negara juga telah menjatuhkan hukuman terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional termasuk baru-baru ini ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo.

“Semua ini jelas menunjukkan pemulihan kewibawaan badan kehakiman negara dan menyangkal dakwaan bahawa ada campur tangan politik dalam kes-kes mahkamah“, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.


Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menolak hujah yang mengatakan kes terhadap Datuk Seri Anwar merupakan satu konsiprasi politik untuk menjatuhkan beliau.

“Kes ini berpunca daripada laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu iaitu Saiful Bukhari Azlan terhadap ketua pembangkang. Individu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan atau parti pemerintah.

“Beliau cuba mendapat keadilan atas apa yang didakwa berlaku antara beliau dan Datuk Seri Anwar. Kes ini melibatkan dua individu dan dakwaan mengenai apa yang berlaku antara dua individu tersebut dan langsung tidak melibatkan kerajaan.

“Sudah pasti, sekiranya ada tuduhan yang serius yang melibatkan jenayah, proses keadilan perlu dijalankan. Dalam kes ini Saiful dan Datuk Seri Anwar diberi peluang yang adil di mahkamah dan proses keadilan telah dijalankan secara terbuka tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak,“katanya.

Tegas beliau lagi, pergerakan itu langsung tidak khuatir dengan keputusan mahkamah dalam kes berkenaan kerana penerimaan rakyat terhadap BN dalam pilihanraya akan datang, tidak ditentukan melalui kes tersebut.

“Ini merupakan kes peribadi beliau yang sudah sampai ke penghujungnya. Bagi kami, yang rakyat akan nilai adalah kesungguhan BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, membawa transformasi politik dan ekonomi untuk melahirkan demokrasi yang lebih utuh dan negara yang lebih progresif dan maju.

“Kami yakin program transformasi politik kerajaan yang telah membawa keterbukaan dan menjamin kebebasan serta hak asasi dengan proses pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, penghapusan pengisytiharan darurat, kebebasan polittik yang diberi kepada mahasiswa dan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan telah membawa sokongan yang padu dari rakyat, terutamanya generasi muda, terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

“Kejayaan transformasi ini akan menjadi penilaian rakyat pada pilihanraya akan datang, bukannya keputusan mahkamah dalam kes peribadi antara Datuk Seri Anwar dan Saiful“, katanya.

Beliau seterusnya merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri dan Polis Di Raja Malaysia atas kematangan dalam menangani perhimpunan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar di mahkamah.

“Walaupun berlaku beberapa letupan, polis telah menjalankan tugas dengan adil dan tegas dalam membenarkan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar berhimpun selaras dengan hak asasi rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat akta baru mengenai perhimpunan aman yang juga menjadi kejayaan transformasi politik kerajaan dalam menjamin kebebasan sivil rakyat.

“Kami berharap agar siasatan ke atas kejadian letupan tersebut dapat dilaksanakan dengan segera disamping berdoa agar mereka yang cedera dalam letupan pagi tadi cepat sembuh dari apa sahaja kecederaan yang dialami, “ katanya.

Adam Adli digantung Tiga Semester


Pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

#901 Video "Komando AMK" Belasah Orang Awam!


Lihatlah betapa murah dan dangkalnya politik parti pembangkang.... Sekumpulan penyokong Anwar Ibrahim membuat provokasi murahan dengan memaki hamun, sumpah seranah kepada orang awam...

Kemudian datang kumpulan "Komando AMK" masuk campur dan membelasah seorang lelaki yang boleh dianggap pangkat bapa kepada budak-budak mentah ini! Inilah namanya melayu PKR yang bodoh!

Video URL: http://youtu.be/5ilkanG96WA

#901 Saya Di Bebaskan Kerana Suka Sama Suka!


Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memaklumkan, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar kerana mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.

Meskipun dibebaskan daripada pertuduhan liwat, kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bayangan pembangkang masih belum terjamin.

Pendakwaraya boleh membuat rayuan di Mahkamah, malah Pejabat Peguam Negara bakal mengemukakan rayuan dengan hujah-hujah yang lebih kukuh lagi.

p/s: Karpal pernah berhujah wujudnya elemen suka sama suka dalam kes liwat II.

#901 Letupan Bom Di Luar Kompleks Mahkamah! Tiga Orang Cedera !!


Tiga letupan dipercayai bom buatan sendiri meletup di luar Kompleks Mahkamah... dilaporkan sehingga kini tiga orang cedera...

Letupan bom kedengaran selang 10 minit dengan letupan pertama pada jam 10.10 pagi menyebabkan seorang peguam dan orang awam cedera.


Pihak PDRM sedang menyiasat kejadian tersebut...


Kejadian jam 10.15 pagi itu turut menyebabkan sebuah Perodua Kembara mengalami kerosakan kecil di pintu sebelah pemandu