Wednesday, February 8, 2012

Video Kenyataan Penuh Hasan Ali Tidak Akan Rayu


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

Beliau dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan.


Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas.

"Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan.

"Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini, petang ini.

Menurut Hasan, beliau tetap berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan dirinya telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bahru pada 27 Disember lalu.

Mengulas isu sama, Hasan berkata, hala tuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama ukhwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan serta urusan harian parti.

“Sebelum ini, saya sering mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana pendekatan akomodatif yang diambil oleh ‘parasit’ di dalam Pas melampaui hal berkaitan dasar parti hingga terpaksa dikorbankan demi menjaga hubungan bersama PR.

“Dalam konteks negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti,” katanya.

Hasan menambah, antara sebab beliau enggan membuat rayuan adalah kerana mendapati pimpinan ‘parasit’ dalam Pas lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri.

Katanya, ruang untuk Islam di Selangor khususnya berkaitan hal nahi mungkar menjadi perkara pokok perjuangan Pas hampir tidak wujud kerana DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan Pas Negeri yang menjadi ‘parasit’ tidak menyebelahi beliau.

“Alasan yang diberikan ialah kerana pendapat saya kononnya bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya.

“Hampir dalam semua perkara, Pimpinan ‘parasit’ ini menyuarakan pandangan negatif terhadap semua yang saya lakukan sebaliknya mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakan melalui media masa yang sebenarnya sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam,” katanya.

Nurul Izzah Gagal Di Lembah Pantai


Tragedi Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan 2 Naib Presiden PKR di Lembah Pantai - Jangka 5000 datang tapi hanya 300 yang hadir!

Hari Wilayah baru-baru ini, iaitu pada 1 Februari 2012, Anwar Ibrahim telah cuba menggegarkan Lembah Pantai dengan membuat 2 program besar di Lembah Pantai.

Program pertama mereka ialah di kubu kuat Nurul Izzah tahun 2008, di Taman Seri Sentosa, Jalan Kelang Lama.

Semasa PRU-12, peti undi Taman Seri Sentosa Selatan memberikan majoriti paling besar untuk Nurul Izzah ke atas Datuk Shahrizat dari 18 Peti Undi di Lembah Pantai. 4 Peti undi di sini, Taman Seri Sentosa Selatan, Taman Seri Sentosa Utara, Kg Bahagia dan Kg Bohol, membentuk separuh jumlah pengundi Cina seluruh Lembah Pantai.

Anwar Ibrahim telah membawa angkatan nya yang dijangka dapat menarik jutaan penduduk Lembah Pantai terutama di Taman Seri Sentosa turun.

Yang pertama, dibawanya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang lebih kerap turun ke London dan Jakarta dari turun melawat Lembah Pantai.

Yang kedua, Tian Chua Raja Menyelit Program yang dipercayai sudah banyak mengajar Nurul Izzah tentang ilmu Menempel di Program Orang Lain dan Mencuri Kredit, dan yang ketiga, Hero India baru Anwar iaitu N. Surendran yang menggantikan semua hero India Anwar sebelum ini (Datuk Nallakaruppan, YB Gobalakrishnan) yang sudah ditikam beliau dari belakang selepas digunakan.

Program mereka ada 2. Yang pertama Majlis Chinese New Year di Taman Seri Sentosa, sebanyak 10 khemah telah didirikan dan target PKR ialah 5,000 jemputan.

Surat jemputan & flyers dihantar terus ke rumah-rumah.

Sakai Lim dan Sundra telah diminta mendapatkan crowd 5,000 orang ini.

Tapi yang datang akhirnya hanyalah sekitar 300 orang lebih sikit, bercampur-campur.

Dari laporan wartawan kami yang merupakan orang Flat AC4 Sentosa iaitu anak tempatan, banyak muka-muka Cina yang dilihatnya ialah muka yang dia sendiri tak pernah nampak. Muka-muka oldtimer PKR Taman Seri Sentosa, termasuk Ketua Ranting PKR Taman Seri Sentosa iaitu Sifu Chan juga tidak turun, sedangkan Sifu Chan sentiasa hadir dalam semua Program lain di Sentosa, termasuk juga program Raja Nong Chik.

Memandangkan ini program Tahun Baru Cina, ang pow juga diedarkan. Tapi macam tak percaya wartawan kami bila tengok jumlah ang pow yang diedarkan, 2 ringgit saja satu ang pow!? 2 ringgit !!!!

Memang dasar Nurul Izzah, nak terbang ke London, ke Turkey, ke Jepun setiap minggu duduk di hotel kelas satu banyak pulak duit, tapi ang pow untuk pengundi Lembah Pantai dia dibaginya 2 ghinggit je!

Adusss kedekutnya Ratu Selit ni!

Yang paling kelakar bagi wartawan kami ialah apabila beberapa pemuda Cina mula menjerit-jerit memerli Anwar semasa dia berucap, sebab bagi ang pau 2 ringgit. Antara yang dilihat menjerit ialah si Danny, cina PKR sini jugak tu. Bayangkan Cina PKR Lembah Pantai sendiri dah takde respek kat Ketua Umum dan Sang Ratu!

Lantak korang ler!

Untuk cover malu, orang-orang Nurul cuba alih perhatian dan komplen dalam twitter yang banner kena potonglah, kena sabotaj lah dan sebagainya. Sedangkan jelas pengundi di sini sudah jelak dengan Nurul Izzah.

Bak kata seorang uncle Cina, "ini Ijah manyak cantik elok kasi masak sama laki saja la kat dia punya rumah!"

Yang pasti ini adalah petanda awal kekalahan PKR di Sentosa dan Lembah Pantai.

Nampak gayanya kerja-kerja Raja Nong Chik sejak hampir 2 tahun lalu di Taman Seri Sentosa (tengok FB Raja Nong Chik) sudah berjaya mengukuhkan kedudukan BN di situ.

Wartawan kami juga turun ke program Anwar selepas itu di Brickfields, situ lagi best Anwar kena dengan orang India. Tunggu laporan kami dalam post seterusnya.

Nota: Papa dah bebas... nak perjuangkan apa lagi Nurul? duduk rumah jaga suami lagi baik....

Sumber: Berita Lembah Pantai

Monday, February 6, 2012

Saddis Ceramah Chegu Bard Tak Ada Orang @chegubard



Malam tadi pula berlangsung satu lagi ceramah Pakatan Rakyat di Pinggiran Senawang dalam kawasan Parlimen Rembau. Ceramahnya disampaikan oleh Chegu Bard, Mohd. Taufek (ADUN Paroi) dan Adli Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka). Din Puduraya sebagai penceramah jemputan tidak dapat hadir.

Ceramah dijadualkan akan dimulakan pada pukul 9 malam tetapi kerana hadirin yang hadir amat menyedihkan iaitu sekitar 50 orang, ceramah terpaksa ditangguh hampir 45 minit kerana menunggu ketibaan hadirin. Baca lagi di sini...

Sunday, February 5, 2012

Wow! Paparazi Si Jambu Intip Shahrizat


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh ‘paparazi Si Jambu’ yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.

Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.

Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.

Malah menurut Shahrizat, ‘paparazi Si Jambu’ akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.

"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.

"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.


Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, ‘ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu’ kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.

"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.

"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.

Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Pelancaran Aman Kampus 6 Feb


Program Aman Kampus| 6-19 Februari 2012

Bulan Februari bakal mencatatkan sejarah buat mahasiswa yang cintakan keamanan. Program Aman Kampus yang akan dianjurkan oleh alumni dan mahasiswa Aspirasi ini akan menjelajah 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara bermula 6 Februari ini. Program ini juga melibatkan penyertaan lebih 1000 mahasiswa.

Llintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program Aman Kampus dari Putrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

4 Asas Utama program:
1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.
2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami
secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan
3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan
4. Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

Jelajah ke 14 buah negeri



3 Elemen perlu ada pada mahasiswa: Diplomasi, rasional & toleransi –Shahar Abdullah
1. Mahasiswa perlu ada sikap diplomasi
2. Mahasiswa yang rasional; melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa iaitu sendiri
3. Sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti.

Sumber : Mahasiswa Utara

Saturday, February 4, 2012

Sharizat Tidak Gentar Berhadapan Dengan Mak Lampir Dan Jenglot PKR!


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mula bertugas minggu depan setelah bercuti selama tiga minggu menegaskan bahawa beliau bersedia dan tidak takut untuk menghadapi sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Layan dulu lagu Rimex ni...


Beliau berkata sebaliknya serangan yang dilemparkan terhadapnya itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian.

"It's okay...kita orang politik...lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Shahrizat diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli dalam laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily, baru-baru ini bahawa parti itu akan menyambut kepulangan Shahrizat dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.

Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Terdahulu, dalam ucapannya Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno dan Wanita BN berkata selama 30 tahun beliau berkecimpung dalam politik segalanya senang dan dipermudahkan oleh Allah, bagaimanapun pada akhir-akhir ini beliau menghadapi ujian yang berat.

"Saya tidak layak jadi ketua jika kena uji saya menyerah bulat-bulat. Jangan ingat saya takut sangat. Saya hanya takut kepada Allah," katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah, semalam.

Shahrizat berkata Wanita BN perlu bersedia menghadapi pelbagai dugaan dalam politik dan beliau menasihatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan jika ada di kalangan mereka dilanda kesusahan.

Katanya ketika seseorang ditimpa kesusahan semua pihak perlu bersatu padu memberi sokongan kepada individu tersebut. Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mudah melatah dengan agenda pembangkang.

"Kalau orang nak tembak, dia akan cari kepala.. jangan nak melatah dan ikut agenda pembangkang," katanya.

Mengenai persediaan Wanita BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya beliau akan memastikan jentera pilihan raya sentiasa bersedia.

"Kita akan lebarkan sayap Skuad Sayang. Kita akan pastikan Wanita Umno dan parti komponen lain mantap," katanya. - Bernama

Kebebasan Bersuara Pakatan Rakyat Remix! - Don't Speak


Ok geng jom layan lagu remix "Kebebasan Bersuara Pakatan Rakyat"... lepas tu harap sebarkan penipuan secara terang oleh puak Pakatan Rakyat yang tak serik-serik menipu rakyat! Video URL : http://youtu.be/6TAVRfm3KsE

Laman Web Pro PAS TranungKite Online, Tuntut Penjelasan Anwar



Laman tertua pro-PAS, TKO (TranungKite Online) memberi sepotong hadis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Ketua Pembangkang itu menghindari dirinya daripada melakukan perkara-perkara syubhat.

“Barangsiapa tidak dapat menjaga dirinya dari perkara-perkara syubhat, baik dalam pekerjaan dan penghidupannya, niscaya kehormatan dirinya tidak terpelihara”

“Syubhat yang terjadi di tengah-tengah masyarakat terhadap perbuatan mubah, sehingga perbuatan tersebut dianggap sebagai perbuatan haram. Akibatnya, perbuatan mubah tersebut dijauhi karena khawatir terhadap anggapan orang lain yang menggolongkannya ke dalam perbuatan haram. Misalnya, ada orang yang selalu melintasi tempat-tempat maksiyat, contohnyanya lokalisasi pelacuran, bioskop, perjudian, dan lain-lain”, kata penulis laman itu.

Penulis bernama ‘Merong’ menulis artikel bertajuk “Anwar : Kami Perlu Penjelasan ?” menyenaraikan empat perkara syubhat dilakukan Anwar yang dituntut penjelasan.

Pertama : Keterlibatan anda di dalam penerbitan buku “Building Moderate Muslim” oleh RAND. Adakah anda berfahaman liberalime/Islam sederhana ?

Kedua : Mengapa anda dijemput/memilih mengajar di Georgetown University? Ini apa yang saya dapat di Wikipedia. Newsweek, however, rated Georgetown among its top “Gay-Friendly Schools” in 2010.[119] In 2011, College Magazine ranked Georgetown as the tenth most hipster U.S. college,[120] while People for the Ethical Treatment of Animals considered it the third most vegan friendly small U.S. school.[121]

Ketiga : Kenapa Anda terlalu kerap ke USA atau terlibat dgn media USA? Allahyarham Fadzil Noor/ Lim KS yang pernah manjadi ketua pembangkang pun jarang melakukan demikian.

Keempat : Keterlibatan anda sebagai pembangkang hampir 14 tahun tidak menampakkan kekayaan anda tergugat berbanding dengan pemimpin pembangkang yang lain. Dari manakah sumber kewangan anda?

Two States Solution

Sementara itu blogger otai pro-PAS, penarik beca mempertikai kenyataan Anwar berkenaan Israel dalam artikelnya bertajuk “Festival cuci taik Anwar, Azizan

“Datuk Seri Anwar Ibrahim kata, “Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan: I support all efforts to protect the security of the state of Israel“.

“Hak rakyat Israel? Hak di atas pembunuhan rakyat Palestin? Hak di atas penaklukan tanah air rakyat Palestin? Keselamatan pembunuh rakyat Palestin? Keselamatan perompak tanah air rakyat Palestin yang majoriti besarnya beragama Islam?”, katanya.

Penarik Beca juga turut menafikan cadangan ‘two states solution’ yang dicadangkan Anwar mendapat sokongan rakyat Palestin.

“Dua negara? Adakah itu kehendak rakyat Palestin yang dijajah? Kalau penyokong Anwar rajin, bacalah The Jerusalem Post 15/7/11 “6 in 10 Palestinians reject 2-state solution, survey finds“.

“Kalau rajin lagi, baca sejarah sikit: Palestine remained free for people of all religious persuasions until the modern-day British/French crusaders arrived on the scene and occupied Palestine as well as Jerusalem in 1918. The neo-crusaders knew they could not continue their occupation of the holy lands indefinitely so they planted their agents in the form of Arabian nationalist rulers in Jordan and Saudi Arabia. Their emergence facilitated the creation of Zionist Israel and its ultimate occupation of Jerusalem in the June 1967 war (Baca selanjutnya dalam “The Ummah and al-Quds“).

“Khabar angin mendakwa pilihan raya akan diadakan pada bulan Mac atau Jun. Hoi Anwar! Adakah tempoh satu hingga lima bulan ini musim cuci taik hang dan jenis-jenis macam Datuk Seri Azizan Abdul Razak?

“Tak habis-habis sindrom foot in mouth“, katanya.

-AIDC

Hasan Ali: Hampir Kesemua Pemimpin Pas Sekular


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan parti itu kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengetepikan perjuangan asal Pas untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu Pas terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning di sini, malam tadi.

Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan Pas cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan Pas, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara
liberal jika diberi peluang.

PAS is DEAD!!!!

Sumber: Bernama

Friday, February 3, 2012

Kemungkinan Besar Israel Serang Iran!


WASHINGTON - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta percaya bahawa ada "kemungkinan yang besar" Israel akan menyerang lokasi nuklear Iran menjelang pertengahan tahun ini, demikian menurut Washington Post dalam ruangan editorial disiarkan semalam.

Bagaimanapun, apabila wartawan yang mengiringinya ke Brussles bertanya mengenai pendapat ruangan itu, Panetta enggan mengulas.

"Saya tidak akan mengulas perkara itu. David Ignatius boleh menulis apa yang beliau boleh tulis tetapi berkenaan apa yang saya fikir dan apa pendapat saya, saya menganggap ia sebagai sesuatu yang milik saya dan bukannya pihak lain," kata beliau dipetik AFP.
"Israel telah membayangkan bahawa mereka sedang mempertimbangkang yang ini (serangan), kami telah melahirkan kebimbangan kami," katanya lagi.

Kolumnis akhbar itu berkata, Panetta "percaya ada kemungkinan yang besar Israel akan menyerang Iran pada April, Mei atau Jun ini sebelum Iran memasuki, apa yang Israel menggambarkan sebagai zon imuniti untuk memulakan proses pembinaan bom nuklear."

Presiden Barack Obama dan Panetta dikatakan telah mengingatkan Israel bahawa AS menentang sebarang bentuk serangan atas alasan ia boleh menjejaskan program sekatan ekonomi antarabangsa yang semakin berjaya dan begitu juga usaha-usaha bukan ketenteraan ke atas Teheran.


Jika benar perkara ini akan berlaku negara-negara Islam perlu membantu negara Iran jika diserang Israel!

Hadi Undur Kerana Kecewa Diatas Keputusan Pemecatan Hasan Ali


Presiden parti PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendirian beliau tidak mahu dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Tindakan Hadi tersebut di percayai ada kaitan dengan tindakan pemecatan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, keputusan mutamat pemecatan Hasan Ali adalah dari meja ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan dulu.

Parti PAS menyingkirkan Dato' Dr. Hasan Ali sebagai ahlinya hanya selepas sehari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengeluarkan 'gesaan berupa arahan' supaya parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu mengambil tindakan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Mungkin berat untuk Hadi melepaskan Hasan Ali namun beliau terpaksa melakukannya kerana keputusan tersebut adalah dari desakan AJK PAS Pusat (kebanyakan AJK PAS pusat adalah puak Anwaris).

Yang bertambah pedasnya apabila Hasan Ali membongkarkan Khalid Samad sebagai "parasit" dalam PAS mungkin membuatkan Hadi berasa bersalah kepada Hasan dan tawar hati untuk menjadi calon pada PRU akan datang.

Jadi tidak hairanlah mengapa Hadi tidak mahu menjadi Presiden PAS lagi dan tidak hairanlah jika seramai 10,000 ahli PAS akan bertindak keluar dari parti itu sebagai tanda bantahan terhadap keputusan pucuk pimpinannya memecat Dr. Hasan.


PAS is Dead!!

Nik Aziz Terus Bertanding Walaupun Sudah Tidak Diperlukan Lagi....


Walaupun terdapat desakan supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur dari dunia politik oleh pelbagai pihak namun Nik Aziz tetap mahu meneruskan hasrat beliau untuk terus bertanding pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kenyataan Nik Aziz tersebut bebeza dengan pendirian, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang minggu lalu melahirkan hasrat tidak mahu bertanding lagi dalam PRU.

Mengenai pendirian Abdul Hadi itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menambah, beliau tidak boleh berbuat apa-apa tetapi tetap berharap Ahli Parlimen Marang itu akan bertanding di peringkat Parlimen.

Beliau memimpin kerajaan negeri sejak Pas memenangi pilihan raya umum tahun 1990.

Jelas kita lihat disini President Pas pun dah merajuk dengan sikap angkuh Pok Nik ni... Elok lah bawa berehat dari duni politik yang kian mencabar ni...

UKEC Official Video : Khairy Jamaluddin VS Rafizi Ramli


UKEC's Projek Amanat Negara (PAN) held on 29 January 2012 featured the first public debate between UMNO Youth Chief, YB Khairy Jamaluddin, and PKR Director of Strategies, Rafizi Ramli. Taking on a Presidential-style format, the session "Public Policy: Vision 2020 -- Is Malaysia Moving Towards the Right Direction?" was civil and diplomatic as the two renowned as passionate voices for their party's causes squared off. They spoke and in several instances agreed on many issues ranging from Vision 2020, party policies, and race relations, to the rights of students to participate in politics, media access and freedom of assembly.



Rafizi Ramli kelihatan seperti ala-ala lelaki gay dalam sweater biru berdiri di sebelah kiri. Khairy di sebelah yang satu lagi kelihatan pintar dengan sut kemas bagaikan gaya seorang ahli politik yang berjaya dalam karier. Jika anda mengikuti politik Malaysia, anda akan tahu bahawa kod pakaian masing-masing tidak lebih daripada untuk mencerminkan gaya individu mereka sendiri.

Video URL: http://youtu.be/fmP144ECssU

Ketua Dewan Ulama Pas Mengundang Bala, Tegur Tok Guru Anwar


Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Harun Taib dinasihat supaya tutup mulut, jika tidak mahu menerima nasib sepertimana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat oleh kepimpinan Pas setelah membuat teguran kepada Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harus diingat Hasan Ali dipecat kerana kelantangannya mengkritik Anwar dan mendedahkan parasit yang telah menguasai pimpinan Pas dan Ketua Dewan Ulama perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Dewan Ulama Pas hari ini tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tidak sepatutnya isu keselamatan Israel ditimbulkan kerana keutamaan pada masa ini adalah kepentingan serta hak rakyat Palestin yang wajar dikembalikan.

Beliau berkata, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri, oleh itu setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

”Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

”Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,” katanya

Zahid seterusnya menegaskan parasit-parasit Pas akan memusnahkan parti itu sedikit demi sedikit dan sekaligus bakal membawa kepada kehancuran kelak.