Pemuda UMNO, BN & Pelbagai NGO akan mengadakan bantahan di perkarangan Masjid Kg Baru esok berhubung filem 'Innocence of Muslims' & karikatur yang menghina Rasulullah. Orang ramai dijemput untuk bersama menyatakan bantahan selepas solat Jumaat esok.
Thursday, September 20, 2012
Video Sidang Media YB Khairy Bantah Filem Hina Nabi #respect
Pemuda UMNO, BN & Pelbagai NGO akan mengadakan bantahan di perkarangan Masjid Kg Baru esok berhubung filem 'Innocence of Muslims' & karikatur yang menghina Rasulullah. Orang ramai dijemput untuk bersama menyatakan bantahan selepas solat Jumaat esok.
UMNO dan PAS Bersolidariti: Protes Filem Hina Nabi Esok Di Masjid Kg Baru
Pemuda UMNO, BN & Pelbagai NGO akan mengadakan bantahan di perkarangan Masjid Kg Baru esok berhubung filem 'Innocence of Muslims' & karikatur yang menghina Rasulullah. Orang ramai dijemput untuk bersama menyatakan bantahan selepas solat Jumaat esok.
Khairy turut menjemput semua Muslim dan bukan Muslim untuk hadir ke himpunan esok atas semangat menghormati setiap kepercayaan (respect all faiths).
Manakala pada minggu hadapan Pemuda UMNO akan mengadakan Majlis Mencintai Rasul dan menjemput Pemuda PAS turut serta...
UMNO dan PAS Bersolidariti
Pemuda Umno membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda Pas dalam himpunan aman esok bagi membantah penayangan filem "Innocence of Muslim" atas faktor keselamatan.
Keputusan dibuat secara bersama selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berbincang, semalam.
Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.
"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.
"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya ditemui dalam sidang media, hari ini.
Wednesday, September 19, 2012
Pemuda Umno, Pas Bidas Koo Ham
Pemuda Umno dan Pemuda Pas bersatu suara membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang secara sinis persoalkan perhimpunan besar-besaran umat Islam membantah filem Innocence of Muslims, Jumaat ini sebagai buang masa dan tenaga.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu menunjukkan beliau sangat tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam dan juga kedudukan Rasulullah SAW dalam Islam.
"Ini amat malang sekali. Dia rakyat Malaysia tetapi masih tidak faham perkara asas dalam Islam dan juga sensitiviti orang Islam.," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan turut mengecam Koo Ham dengan menegaskan tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin DAP itu kerana bantah filem itu adalah kewajipan setiap individu Muslim.
"Kita tentang kerana ini isu agama, bukan politik. Filem ini menghina Rasulullah dan mengguris hati umat Islam seluruh dunia," katanya.
Menurutnya, berhimpun bantah filem itu adalah usaha kecil dibuat bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap perbuatan biadap itu.
"Saya nak ajak semua ahli Pas hadir di kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini," katanya.
Perhimpunan sama juga akan dianjurkan Pemuda Umno pada hari yang sama, yang mendorong Koo Ham mempersoalkan dalam Twitternya: (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?). -SH
Ngeh Koo Ham Bangsat Hina Islam
Makin menjolok mata perangai dan tutur kata pemimpin DAP sejak akhir-akhir ini, terbaru Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham cetus kontroversi dengan persoal apakah protes umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims' sebagai buang masa dan tenaga.
Beliau tweet begitu ulas tindakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang sebelum ini kuat mengecam penyebaran filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu.
Khairy yang tidak tunggu lama terus balun Ngeh yang disifatkan beliau sebagai amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam juga kedudukan Nabi SAW di dalam Islam.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.
"Saya harap PAS sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi dipetik Sinar Harian.
Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"
Sementara itu, Agendadaily sejak semalam menerima email-email dari Pemuda PAS yang meminta orang ramai termasuk para ulama turun berhimpun bagi membantah filem tersebut di Masjid Tabung Haji Jalan Ampang pada Jumaat ini.
Poster-poster yang disebarkan tunjuk himpunan tersebut dinamakan Himpunan Jutaan Umat yang dianjurkan oleh PAS dan bakal disertai NGO-NGO Islam lain.
Dengan tindakan Ngeh ini, ramai yang tertunggu-tunggu apakah komen atau reaksi dari PAS?
Apakah mereka hanya diam kerana DAP merupakan rakan politik atau sebaliknya. Sama-samalah kita tunggu reaksi PAS lepas ini.
Dalam pada itu,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Mazlan bertanya sejak bila DAP perjuangkan Islam di Malaysia. Menurut beliau bagi DAP, Malaysia merupakan negara sekular bukan Islam walaupun pada hakikatnya Malaysia merupakan negara OIC.
"Adalah satu kesilapan menyokong pembangkang dan DAP," kata beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.
Manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula menyifatkan kenyataan Ngeh Koo Ham sebagai satu provokatif.
Beliau berkata walaupun kenyataan pengerusi DAP Perak itu meletakkan tanda soal, namun ia mendukacitakan seluruh umat Islam.
"Koo Ham harus berhati-hati keluarkan kenyataan. Saya tahu dia akan balas balik bahawa dia bukan membuat kenyataan tetapi pertanyaan namun pertanyaan itu adalah sangat provokatif," katanya dipetik dari Bernama.
Sementara itu, Gerakan Belia 4B Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Ngeh di Balai Polis Sungai Senam di sini pada kira-kira 3.30 petang.
Exconya, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata perkataan yang digunakan pemimpin DAP itu jelas menggambarkan sokongannya terhadap filem berkenaan, selain memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW.
"Mempertahankan maruah Nabi Muhammad adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan perbuatannya (Ngeh) mengeluarkan ayat-ayat seperti itu yang begitu celupar jelas menunjukkan dia tidak mempunyai sensitiviti terhadap orang Islam," katanya.-Agendadaily
Monday, September 17, 2012
Khairy: Pemuda Umno, Pas Ganding Bantah Filem Hina Islam Jumaat Ini
BUKIT MERTAJAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berkata pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem antiIslam Innocence of Muslims, bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat ini.
Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.
Pemuda Umno akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu, katanya.
Lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.
"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak boleh dipandang remeh.
"Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Dewan Mutiara, Politeknik Permatang Pauh.
Beliau mengulas mengenai filem antiIslam Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, yang telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.
Khairy berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan daripada Dewan Pemuda Pas mengenai pelawaan untuk bersama-sama mengadakan bantahan itu nanti.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan anggota Umno khususnya di Pulau Pinang agar tidak mengamalkan sikap cepat mengaku kalah sebelum berjuang kerana segala kemungkinan boleh berlaku di dalam politik.
"Setiap ahli perlu yakin dengan kemampuan untuk memberi saingan yang hebat pada pilihan raya umum akan datang, tidak mustahil kita boleh menang di kawasan yang diwakili pembangkang," katanya. - Bernama
Thursday, September 13, 2012
Dedah Skandal Guan Eng Dengan Cik P
Siapa Cik P ni?... nak tau... ianya melibatkan Skandal tanah rakyat Jalan Taman Manggis yang membabitkan jutaan ringgit komisen bakal panas..
Kaitan Cik P yang terbabit secara langsung menjadi orang tengah diantara majikannya dan Lim Guan Eng ,Cik P juga individu yang terlibat menguruskan sewa dan kos ubah suai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn.
Baca lagi...
PRU 13: Khalid Ibrahim Jadi Kecut
Entah apalah yang Tan Sri Khalid Ibrahim kecut sangat hingga buat keputusan kerajaan negeri Selangor akan buat pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) berasingan dengan pilihan raya persekutuan.
Sebelum ini kata kalau PRU 13 lepas Jun, kerajaan PKR Selangor akan ikut sama, lepas itu kata November pula dan terbaru cadang nak buat berasingan.
Agaknya Khalid sudah dapat ilham PKR,DAP dan PAS akan kalah di Selangor kalau buat pilihanraya DUN serentak dengan parlimen.
Maklumlah, Menteri Besar itu kini dibelit banyak isu terutama masalah hutang Unisel, Projek Langat 2, hutang Talam dan macam-macam lagi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sokong cadangan itu salahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal bertindak terhadap pelbagai isu dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.
Anwar tak ada pilihan lain sebab Selangorlah tempat pemimpin PKR boleh buat duit dengan macam-macam projek dan kalau pembangkang terlepas negeri itu pada PRU 13, semua akan berputih mata.
Ataupun, Khalid dan Anwar macam sudah tahu, Selangor akan terlepas daripada gengaman mereka sebab itu sengaja nak buat pilihanraya berasingan dan ‘kambing hitam’ kan SPR.
Entah bodoh atau bat-buat tak faham, SPR sudah berbuih mulut jelaskan mereka tidak boleh bersihkan senarai pemilih kecuali pengundi itu sendiri.
Hal ini juga buat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Md Yusof geleng kepala dengan alasan diberikan Anwar yang menyalahkan SPR.
Beliau jelaskan pada Agendadaily, SPR tidak boleh sesuka hati buang atau keluarkan nama pemilih.
“Kalau jiran sebelah rumah saya matipun, saya tidak boleh keluarkan namanya sebagai pemilih melainkan keluarga atau warisnya menunjukkan sijil kematian kepada SPR,” kata Abdul Aziz memberikan contoh.
Selain itu, kegagalan pemilih menukar alamat tempat mengundi dan tempat tinggal juga antara sebab senarai tidak dibersihkan.
Mengulas lanjut, beliau juga rasa pelik juga dengan cadangan kerajaan
Selangor itu.
“Mereka tahu ke bila nak pilihan raya,” tanya beliau.
Abdul Aziz berpendapat pilihanraya DUN Selangor berasingan dengan
Pusat hanya membuang masa dan wang.
“Pengundi kena buat perkara sama dua kali. Kalau serentak senang.
Mereka boleh undi calon DUN dan Parlimen serentak,” katanya.
Katanya, kos pilihan raya berasingan di Selangor boleh mencecah RM47
juta hingga RM50 juta.
Namun, apa yang dikhuatiri beliau adalah pengundi akan merasa bosan kerana terpaksa mengundi dua kali.
“Silap-silap mereka tidak akan keluar mengundi,” katanya.
Apapun menurut Abdul Aziz, kerajaan Selangor ada hak berbuat demikian dan SPR akan menjalankan tugas seperti biasa jika Selangor kekal dengan pendirian tersebut.
Selain Selangor, kerajaan Pulau Pinang juga sedang menimbang pilihan sama kecuali Kelantan yang akan membubarkan DUN serentak dengan Parlimen.
Kerajaan Kedah setakat ini belum membuat keputusan tetapi ada pihak menjangkakan DUN akan dibubarkan serentak dengan Parlimen kerana mengikuti kerajaan PAS Kelantan. -Agendadaily
Pemuda UMNO Mengecam Keras Penerbitan Filem 'Innocence of Muslims'
Berikut adalah kenyataan Pemuda UMNO:
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah SAW.
Kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh Umat Islam di negara ini. Filem itu langsung tidak menghormati sensitivi Umat Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. Sebagai Umat Islam yang mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan filem ini yang sangat jelas adalah suatu provokasi liar, biadap dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama.
Pada masa yang sama Pemuda UMNO berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran Agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas. Oleh itu, dalam Pemuda UMNO mengutuk filem Innocence of Muslim, kami juga menyelar tindakan keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian Duta Amerika Syarikat ke Libya. Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah SAW sendiri.
Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa kami langsung tidak berkompromi di dalam isu yang jelas mencaci Agama Islam seperti filem ini yang begitu menghina Nabi Muhammad SAW. Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan.
Sumber: facebook.com/khairykj
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah SAW.
Kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh Umat Islam di negara ini. Filem itu langsung tidak menghormati sensitivi Umat Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. Sebagai Umat Islam yang mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan filem ini yang sangat jelas adalah suatu provokasi liar, biadap dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama.
Pada masa yang sama Pemuda UMNO berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran Agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas. Oleh itu, dalam Pemuda UMNO mengutuk filem Innocence of Muslim, kami juga menyelar tindakan keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian Duta Amerika Syarikat ke Libya. Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah SAW sendiri.
Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa kami langsung tidak berkompromi di dalam isu yang jelas mencaci Agama Islam seperti filem ini yang begitu menghina Nabi Muhammad SAW. Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan.
Sumber: facebook.com/khairykj
Wednesday, September 12, 2012
Lynas: Kegagalan Fuziah Bangkitkan Kemarahan Anwar
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Pakatan Rakyat telah benar-benar ketandusan isu untuk menghadapi PRU-13. Segala isu yang dikitar semula seperti hudud juga nampaknya memakan diri sendiri. Malah, isu yang dicipta contohnya, fitnah-fitnah terhadap Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah juga tidak membawa ke mana. Habisnya, mereka yang kantoi dan seluruh agenda dan dalang di belakang mereka terbongkar. Antaranya, kes mengenai cincin yang kononnya berjuta-juta, pembunuhan Altantuya, rasuah dalam pembelian scorpene serta latarbelakang SUARAM.
Kini, apa yang PR mampu lakukan untuk terus berdiri sementara menunggu PRU ialah menebalkan muka untuk terus menafikan segala apa yang telah terkantoi, serta terus memainkan isu-isu tersebut seolah-olah ia masih relevan dan belum selesai.
Dan inilah yang PR sedang lakukan dalam isu kilang Lynas di Gebeng yang dijuarai oleh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen PKR Kuantan. Fuziah terus berdegil menentang Lynas, walaupun kilang tersebut telah pun dibuktikan oleh segala macam pakar dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, sebagai tidak merbahaya untuk manusia, haiwan dan alam sekitar.
Fuziah telah bertindak menolak segala laporan saintifik dengan menggunakan air-liurnya.
Sedangkan, membahaskan isu mengenai bahan radioaktif, kimia dan nuklear tidak boleh hanya berdasarkan pendapat, contoh terasing, gerak hati dan juga emosi. Ini kerana, ia adalah isu saintifik yang mana permasalahannya boleh dibentangkan secara terperinci serta dibuktikan, jika perlu, tanpa boleh dimanipulasi.
Difahamkan, Fuziah telah diarahkan untuk terus menghidupkan isu Lynas dan memastikan Lynas tidak beroperasi walau apapun terjadi. Anwar Ibrahim sendiri memberitahu Fuziah agar menjaga ‘air muka’ PR dan terus menjadikan Lynas satu isu besar sehingga PRU nanti.
Jika tidak, Anwar khuatir rakyat mula membuka mata bahawa PR sengaja mempolitikkan Lynas untuk memburukkan kerajaan sedangkan kilang tersebut jelas tidak merbahaya.
Kerana itulah walaupun media pro-PR iaitu Free-Malaysia-Today (FMT) telah terpaksa mengaku kalah dan meminta maaf kepada Lynas kerana menulis bahawa Lynas adalah merbahaya, PR tetap tegar membuat tuduhan yang sama. Harapan mereka, rakyat akan terlupa akan permohonan maaf FMT dan percaya bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah berasas.
Apabila Lynas mendapat lesen beroperasi sementara, Anwar dikatakan berang dan menyalahkan Fuziah atas kegagalan PR menghalangnya. Maka Fuziah dipaksa untuk meneruskan rayuan di mahkamah untuk menghentikan terus operasi Lynas.
Memandangkan sejak dari awal lagi Kumpulan Anti Lynas tidak mampu berhujah dengan fakta dan bukti bagi meyakinkan mahkamah bahawa Lynas adalah merbahaya, maka tidak hairanlah jika rayuan mereka kalah lagi.
Fuziah dan PKR serta Anwar tahu bahawa mereka tiada kredibiliti dan tiada asas untuk terus menentang Lynas tetapi apakan daya, mereka perlu terus memainkan isu yang tidak ada demi memastikan parti mereka kelihatan relevan di mata rakyat.
Sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar telah memarahi Fuziah dengan teruk sekali kerana gagal menjalankan tugas dengan baik. Dan Fuziah pula berazam untuk memulihkan imejnya di mata Anwar dan ingin membuktikan bahawa beliau bukannya seorang ‘loser’.
Oleh itu, sepertimana BERSIH diteruskan walaupun hampir semua dari tuntutan BERSIH telah diterima kerajaan, begitulah juga Fuziah akan meneruskan tentangan terhadap Lynas. Untuk ini, Fuziah perlu terus berlakon bodoh, pekak badak dan buta tuli seolah-olah tidak memahami ayat mudah bahawa ‘kilang Lynas tidak merbahaya’.
Dari satu segi, benarlah kata Anwar bahawa Fuziah adalah ‘loser’. Ini kerana hanya seorang ‘loser’ sahaja yang sanggup terus berlakon bodoh demi satu matlamat yang bodoh juga iaitu menghentikan operasi kilang yang bakal memberi keuntungan kepada penduduk sekitar dan juga negara.
Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Saiful Bukhari
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu pemberita, Anwar menarik balik kes saman itu ekoran pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.
Anwar selaku plaintif memfailkan saman pada 30 Jun 2008 terhadap Mohd. Saiful Bukhari yang didakwa berniat jahat ketika membuat laporan polis mengenai kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa defendan mengetahui pertuduhan liwat itu adalah palsu, tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun tahun yang sama – Utusan
Tuesday, September 11, 2012
Mahfuz, Mat Sabu Gilakan Kerusi MB Kedah!
Kerusi Menteri Besar Kedah boleh dikatakan antara kerusi politik yang amat panas. Ini berikutan begitu ramai di kalangan PAS sendiri yang ingin berada di kerusi tersebut.
Kerana begitu ‘gilakan’ kerusi tersebut, PAS langsung tidak menimbangkan situasi sekiranya mereka tidak dapat mempertahankan negeri itu dalam PRU nanti. Mereka seolah-olah yakin bahawa masalah mereka hanyalah siapa yang akan menggantikan Dato’ Seri Azizan Razak dan bukannya bagaimana untuk memastikan kemenangan PAS di Kedah.
Antara yang mensasarkan jawatan Menteri Besar di kalangan PAS Kedah ialah Mat Sabu dan juga Mahfudz Omar, selain dari Phahrolrazi yang tidak dapat lagi membendung kerakusannya sehingga sanggup menuntut Azizan berundur dan bersikap biadap secara terbuka terhadap beliau.
Secara umumnya, perbalahan di dalam PAS adalah antara golongan Ulama dan moderate atau Anwarinas, selain sesama golongan moderate/Anwarinas sendiri. Golongan Ulama terdiri dari Dato’ Seri Azizan dan penyokong-penyokongnya manakala semua yang menentang beliau tadi adalah dari golongan moderate.
Sebagai seorang yang telah lama bertapak dalam politik PAS Kedah, Mahfudz sebelum ini agak selesa kerana percaya yang beliau adalah individu yang paling layak duduk di tempat Azizan sekiranya Azizan berundur. Namun keselesaannya kini terancam dengan ura-ura Mat Sabu ingin bertanding di Pendang dengan matlamat untuk menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan.
Bagi mengekang kemaraan Mat Sabu, Mahfudz telah pun menulis surat atas nama kepimpinan PAS Kedah kepada PAS Pusat untuk menolak Mat Sabu bertanding di Kedah. Lanjutan dari itu, semua program-program PAS di Kedah tidak akan sekali-kali menemukan kedua-dua tokoh yang terkenal paling bodoh di dalam PAS ini.
Akar umbi PAS Kedah secara amnya berada di belakang Azizan iaitu golongan Ulama termasuk para Tok Guru Pondok dan Pemuda PAS Kedah yang diketuai oleh Ustaz Mat Yahya. Mereka rata-ratanya menganggap golongan moderate dan Anwarinas yang menentang Azizan sebagai kurang ajar, malah digelar syaitan.
Golongan moderate dan Anwarinas secara langsung menerima bantuan dan sokongan PAS Pusat, Anwar dan juga DAP. Namun, mereka tidak mampu mengenakan tekanan secara langsung dan nyata terhadap Azizan memandangkan beliau mendapat sokongan kuat dari akar umbi. Ini membuatkan kepimpinan PAS Pusat, seperti Hadi Awang dan Nik Aziz serba salah kerana takut dilihat tidak menyebelahi golongan Ulama.
Sementara kepimpinan pusat berada dalam keadaan serba-salah, peperangan antara Mahfudz dan Mat Sabu terus berlangsung secara diam-diam. Manakala Azizan pula terus yakin yang beliau mendapat sokongan rakyat dan akar umbi PAS.
Phahrolrazi pula membuat perancangan berasingan untuk menjatuhkan Azizan. Malah beliau menganggap permusuhannya dengan Azizan kini telah menjadi permusuhan peribadi. Beliau dikatakan mendendami Azizan kerana tidak meluluskan satu projek yang dicadang olehnya sedangkan beliau telah pun berjanji dengan ‘tauke’ yang berkenaan bahawa projek tersebut pasti akan diluluskan.
Apa yang berlaku membuatkan Phahrolrazi tidak tidur malam kerana dipersoal oleh ‘tauke’ tersebut. Justeru, Azizan perlu dijatuhkan barulah hidupnya akan aman kembali.
Nampaknya, musuh Azizan berada di segenap penjuru negeri Kedah. Namun, sebelum mereka semua menghalakan muncung senapang ke arah Azizan, mereka juga perlu menembak sesama sendiri terlebih dahulu sehingga mungkin hanya seorang sahaja yang tinggal untuk menentang Azizan.
Keadaan ini wajar dimanfaatkan oleh UMNO Kedah sebaik-baiknya. UMNO pasti telah belajar dari kesilapan bahawa tidak ada apa yang dapat memastikan kejatuhan sesuatu parti yang telah bertapak dengan selesa, selain dari pertelagahan sesama sendiri.
Ini adalah peluang terbaik UMNO untuk merampas kembali Kedah kerana PAS Kedah sudah hampir terlupa siapa musuh utama mereka. Mereka kini benar-benar lalai dari menangani masalah rakyat dan negeri, yang merupakan senjata utama untuk memenangi pilihanraya.
Air percuma: Kerajaan Selangor, Khalid Ibrahim Terima 711 Saman!
Seramai 711 pengguna air Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung tunggakan subsidi air percuma, yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan oleh Tetuan Kamarudin dan Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, jam 9.30 pagi.
Dalam saman itu, plaintif menamakan Kerajaan Selangor sebagai defenden pertama; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) masing-masing defenden kedua dan ketiga.-SH
Monday, September 10, 2012
Pendidikan Percuma Belum Mula Tapi UNISEL Dah Rugi
Pertengahan tahun ini dunia pendidikan tanahair berkocak seketika apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menggesa para pelajar supaya tidak membayar hutang pinjaman pendidikan yang diberikan oleh PTPTN.
Beberapa bulan sebelumnya, pakatan pembangkang khususnya PKR telah mempropagandakan janji pendidikan percuma selain berhasrat menghapuskan PTPTN yang dianggapnya hanya membebankan pelajar dengan hutang.
Berikutan itu, PTPTN telah bertindak balas dengan menangguhkan sementara pemberian pinjaman kepada 1,000 orang pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) bagi memberi ruang kepada kerajaan PKR Selangor membuktikan janji pendidikan percuma bukanlah omong kosong semata-mata.
Menyedari kesilapannya mencetuskan kontroversi dengan memusuhi PTPTN tidak mendatangkan kesan baik terhadap imej PKR dan PR, akhirnya kerajaan negeri mengarahkan Naib Canselor UNISEL merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan PTPTN supaya diberikan semula kemudahan pinjaman kepada para pelajar UNISEL.
Namun sebelum itu, khalayak umum didedahkan dengan perancangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu menjual aset UNISEL berupa sebidang tanah bernilai RM30 juta konon bertujuan untuk menampung kos pengajian dan sara hidup pelajar UNISEL.
Walaupun beberapa ketika kemudian penangguhan pinjaman PTPTN untuk pelajar UNISEL ditarik balas selepas menerima rayuan dari Naib Canselornya, tapi apabila Khalid masih bertegas untuk meneruskan hasratnya menjual tanah milik UNISEL ia menimbulkan tanda tanya di minda rakyat Selangor.
Timbul banyak andaian mengatakan kebarangkaliannya tujuan rancangan menjual aset UNISEL itu sebenarnya bermaksud untuk menutup kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh UNISEL sejak negeri tersebut diperintah oleh pakatan pembangkang.
Ini kerana berdasarkan laporan audit kewangan UNISEL yang ditandatangani oleh Khalid pada 27 Ogos 2011, keseluruhan kerugian yang dialami oleh UNISEL bagi tempoh 3 tahun (2008 - 2010) agak besar sehingga mencecah RM54.86 juta.
Seandainya aset tanah tersebut yang dikatakan bernilai RM30 juta itu berjaya dijual bermakna, sebahagian besar hutang UNISEL dapat ditutup sekaligus diharapkan dapat menyembunyikan kelemahan urus tadbir pemimpin pembangkang.
Mengikut beberapa sumber dalaman pula, jumlah kerugian tersebut antaranya turut disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan universiti berkenaan apabila banyak jawatan tinggi berasaskan kuota politik diperkenalkan sejak Selangor diperintah oleh PR.
Bagaimanapun kerugian RM54.86 itu dipercayai belum termasuk lagi tunggakan pembayaran RM15 juta yang ditanggung oleh UNISEL berikutan kegagalannya membayar kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama sejak 17 bulan lalu dengan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
Sementara itu, apabila khalayak didedahkan dengan kerugian besar dan tanggungan hutang yang membebani UNISEL tika ini, banyak keraguan lain timbul mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk menunaikan janji pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini.
Dalam keadaan janji pendidikan percuma pun belum bermula dan baru sekadar menguruskan satu dua IPT pun sudah tidak berupaya menangani masalah hutang sehingga menimbulkan keresahan pelajar dan golongan pendidik, mampukah PR mencari sumber lain untuk menampung kos pendidikan percuma yang mereka war-warkan?
Kalau setakat jual tanah dan gadai aset bangunan sana sini sekadar untuk tampung kos pendidikan percuma, tiada gunanya kerana lama-kelamaan aset-aset bernilai akan habis jua dan selepas itu dari mana pula mahu dicari sumber kewangan?
Atau sememangnya sudah ada dalam perancangan mereka untuk menaikkan cukai pendaptan individu dan korporat kemudian kecilkan pula jumlah kakitangan awam semata-mata untuk menjayakan janji pendidikan percuma?
Sehingga kini tiada tanda atau petunjuk jelas mana-mana kerajaan negeri pimpinan PR yang berupaya menyediakan pendidikan percuma walaupun kolej dan universiti yang berada di bawah kelolaan mereka cuma satu atau dua buah sahaja.
Dalam keadaan demikian pun sudah berpuluh juta kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak UNISEL tanpa penyelesaian konkrit dari kerajaan negeri, tidak syak lagi sekiranya pengundi memberi peluang pembangkang memerintah di peringkat pusat mahunya satu demi satu aset dijual dan akhirnya negara muflis macam Greece.
Nasharudin Malukan Puak Anwarinas
Akhirnya agenda jahat puak Anwarinas telah gagal setidak-tidaknya untuk sementara waktu apabila Majlis Syura PAS mengambil langkah menyongsang arus dengan tidak membincangkan isu Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Dengan berbuat demikian, beliau yang juga adalah bekas Timbalan Presiden PAS terselamat dari menjadi korban seterusnya selepas Januari lalu Hasan Ali yang juga adalah bekas Naib Presiden PAS mencatat sejarah sebagai korban pertama kumpulan Anwarinas.
Majlis Syura yang bermesyurat pada malam 9 September itu dan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din dipercayai mengambil langkah sedemikian untuk mengelakkan kesan buruk yang lebih besar terhadap pengaruh PAS sementelah lagi musim PRU 13 semakin dekat.
Tambahan pula sebahagian besar ahli jawatankuasa Majlis Syura itu tetap kukuh berdiri dibelakang Ustaz Nasharudin sekalipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini telah turut sama bersekongkol dengan puak Anwarinas mendesak bekas Timbalan Presiden PAS itu keluar dari parti.
Perkembangan ini nyata amat memalukan kumpulan Anwarinas selain menimbulkan persoalan besar sejauh mana lagi Nik Aziz mampu bertahan tatkala pengaruhnya semakin longgar dalam menentukan dasar dan arah tuju PAS.
Nik Aziz yang dilihat sugul telah meninggalkan mesyuarat seawal 30 minit selepas ianya bermula selain kerana keletihan ia juga dipercayai ada kaitan dengan protesnya setelah mengetahui agenda utama berkaitan isu Ustaz Nasharudin tidak dimasukkan dalam mesyuarat tersebut.
Kegagalan Majlis Syura membincangkan isu Nasharudin sekalipun isu tersebut diambil serius oleh Nik Aziz pastinya memberi kesan terhadap kedudukan PAS khususnya di Kelantan di mana pengaruh Nik Aziz dilihat masih kuat walau hakikatnya sedikit sebanyak sudah tergugat.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna selepas ini gerak geri Ustaz Nasharudin sudah terjamin kerana mengikut kenyataan Presidennya Hadi Awang, status Ahli parlimen Bachok itu sama ada dicalonkan atau tidak untuk PRU 13 nanti masih belum diketahui.
Sebelum ini ada sumber dalaman PAS menyebut sekiranya Ustaz Nasharudin terselamat dari menjadi mangsa pemecatan, kemungkinan nasibnya selepas itu tak ubah seperti di 'peti sejukkan' terus dari arena politik dan kepimpinan PAS.
Bagaimanapun soal tersebut bukannya satu halangan bagi Ustaz Nasharudin tambahan pula sejak dirinya diterajang dari jawatan Timbalan Presiden PAS pertengahan tahun lalu akibat konspirasi puak Anwarinas, beliau sudah berpengalaman untuk berdepan dengan kekangan seterusnya kelak.
Kepada Ustaz Nasharudin kita ucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi cabaran ini dan berjaya memalukan kumpulan Anwarinas sekaligus merencatkan sementara penguasaan Anwarinas dalam kepimpinan PAS..
Isu Nasharudin juga membuktikan pengaruh Nik Aziz tidaklah sehebat mana dan mampu untuk dineutralkan jika kena gayanya.
Bila di kalangan pemimpin PAS yang berpendidikan agama pun sudah mula berani mengabaikan 'arahan' Nik Aziz, tiada sebab lagi untuk pengundi PAS khususnya di Kelantan untuk takut memulakan perubahan dengan mengorak langkah menolak kepimpinan PAS dan Nik Aziz di negeri itu dalam PRU 13 kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)