Thursday, January 17, 2013

Bob Lokman Hilang Akal Mempertahankan Patrick Teoh Hina Islam!



Pada mulanya Nik Aziz dan Haji Hadi mencetuskan kekeliruan ekoran pendirian mereka menyokong Guan Eng dalam isu kalimah Allah! Kini Ustaz segera PAS, Bob Lokman pula menyokong Patrick Teoh yang menimbulkan kenyataan kontroversi menghiris umat Islam... Seterusnya klik pada tajuk entri....

Kes Saman 100 Juta: Azmin si Tanggang Akan Jadi Hero Untuk Menyelamatkan Anwar!


Nampaknya chaii Anwar Ibrahim tidak boleh menerima hakikat apabila Anwar Ibrahim menarik balik saman malu terhadap KJ!

Menurut tweet Rafizi Ramli di twitter, mereka akan menuntut bela diatas kekalahan Anwar di mahkamah semalam… Seterusnya klik pada tajuk entri....

Wednesday, January 16, 2013

Video Politik Tongong : Misi Menawan Putrajaya Tongong Pembangkang!

Hello... hello.... korang buat apa? bosan? tak de buat apa? mengantuk...? Ok.... sila layan video politik tongong ni.... Pasni mesti korang jadi segar dan bersemangat wajar dalam perjuangan.... tak yah cita banyak jom layannnnnn......


Video url: http://youtu.be/h0DLuah-Ewk

Majlis Syura: Amanat Mungkar Hadi Bila Nak Selesaikan?


Isu Kalimah Allah akhirnya selesai dengan semua pihak sependapat iaitu, ia tidak boleh sama sekali digunakan dalam kitab dan risalah agama lain. Walaupun sebelum ini PAS mengambil pendirian bertentangan, tetapi kembali rasional setelah Majlis Syura bersidang dan memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah ekslusif dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Kalimah ALLAH : Media Pakatan Buka Ruang Serang PAS



Petikan dari blog Suarajagat - Keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS tidak membenarkan Kalimah ALLAH digunapakai oleh masyarakat bukan Islam (non-muslim) di Malaysia menerima pelbagai reaksi dari kalangan bukan Islam dan juga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Mereka menganggap PAS sebagai sebuah parti lidah bercabang. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Patrick Teoh Hina Islam!!!


Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.
Seterusnya klik pada tajuk entri....

Anwar Kecut! Tarik Balik Saman Terhadap Khairy Jamaluddin

Jelas terbukti Anwar petualang melayu dan agen yahudi… Anwar tarik balik saman kerana takut segala rahsianya akan diketaui umum... Defendant mana boleh tarik balik saman.. Hanya pengecut Anwar saja yang boleh tarik saman! 

Angin tidak, guruh tidak, tiba-tiba pagi ini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik saman malu RM100juta yang difailkan beliau terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada September 2007.

Bekas Kakitangan Adun DAP Ditangkap Diatas Tuduhan Penipuan


Seorang bekas kakitangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor telah diberkas polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan lebih 20 mangsa membabitkan kerugian lebih RM30,000.

Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Isu Kalimah Allah - Guan Eng Say No Komen!


Inilah wajah sebenar pemimpin Pakatan Pembongak yang tidak pernah bertanggungjawab dengan masalah yang mereka timbulkan. Bagaimana mereka hendak memerintah negara sekiranya setiapkan timbul masalah tiada kata sepakat dan sering lari dari tanggungjawab! Hancussss....

Setelah rancangan mereka gagal nampaknya Anwar Ibrahim dan Guan Eng memngambil keputusan untuk mendiamkan diri seketika sehingga isu ini dilupakan oleh rakyat... Seterusnya klik pada tajuk entri....


Bangkit Dengan Semangat Baru - DS Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang lalu dan berjanji akan bangkit dengan niat dan semangat baru.

Dalam perutusan tahun baharu kepada pengundi-pengundi di negeri itu, Perdana Menteri berkata, BN berjanji memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Selangor serta berusaha memenuhi janji yang dibuat. Seterusnya klik pada tajuk entri....


Tuesday, January 15, 2013

Bongkar Mahligai Mewah Di Shah Alam Milik Pemimpin PAS!


Pemimpin PAS selalu berkata orang UMNO/BN hidup mewah kerana makan duit rasuah, tipu rakyat dan sebagainya... ayat-ayat tersebut selalu dijadikan modal bagi mengutip derma untuk duit poket mereka sendiri.

Tetapi hakikatnya mereka juga sebenarnya hidup bergaya dengan kemewahan yang luarbiasa... hinggakan ada diantara mereka yang memiliki mahligai mewah, kenderaan mewah pendek kata segala-galanya mewah.

Jadi apa bezanya PAS dengan sendikit peminta sedekah dikaki lima?


Shah Alam Rebels: Umum mengetahui bahawa pemimpin Pas dan pakatan haram memang bijak bermain silap mata di hadapan rakyat.

Kehadiran mereka ke ceramah-ceramah dengan menaiki kenderaan biasa berjaya mengaburi mata rakyat yang menyangka mereka adalah orang yang biasa-biasa sahaja.

Lebih celaka, dalam ceramah, mereka pula tuduh orang lain hidup mewah kerana amalan rasuah dan pelbagai. Jadi itu antara modal yang digunakan untuk mengutip wang rakyat melalui derma politik di dalam ceramah pakatan haram.

Sedangkan, di belakang rakyat mereka juga sebenarnya hidup senang lenang dengan kemewahan yang menakjubkan. Ada yang memiliki kenderaan mewah lebih dari sebuah.

Ini tidak termasuk kapal layar peribadi, rumah penginapan di luar negara dan macam-macam lagi yang rakyat tidak tahu.

Walaupun hakikatnya, mereka ini tidak punya pekerjaan melainkan menghambakan diri kepada parti politiknya dan siang-malam asyik maki hamun di dalam ceramah sahaja.

Jadi, mana datangnya sumber kekayaan itu?

Lain ceritanya pula, gambar di atas menunjukkan kediaman milik bakal calon Pas bagi parlimen Larut pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13).

Kediaman adalah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Mohd Fauzi bin Shaari yang terletak di No 7 Jalan 15/10, Seksyen 10, 40000 Shah Alam.

Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin Pas.

Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini? Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?

Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?

Punca HKR Hilang Sokongan Cina #KL112 #HKR112


Jumlah peserta yang jauh dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal. Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.

HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%. Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu. Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR, kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak banner bertulisan Cina.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Kalimah Allah: Blog Anwar AIDC Dakwa Pas Ada Perjanjian Sulit


Laman blog AIDC hari ini mendedahkan bahawa Pas telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), 18 hari sebelum mereka membuat ketetapan membenarkan kalimah Allah digunakan penganut selain Islam pada 4 Januari 2010.

Dakwaan blog Anwar AIDC yang memetik kenyataan bekas aktivis dan ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau juga dikenali C.N Afghani menerusi bukunya "Kafirkah Aku".

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Mat Sabu Main 'Korner Baring' Mahhh...


"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," itu kata-kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulas mengenai pendirian terkini beliau selepas badan tertinggi PAS memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh diterjemah ke dalam bible bahasa Melayu.

Mat Sabu sebelum ini mengejutkan banyak pihak selepas dipetik mengatakan bahawa beliau setuju pengunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)