Sunday, February 3, 2013
Orang Kampung Serang Kenderaan Nizar Derhaka!
Kerana tidak mahu mendengar fitnah terus di sebarkan seorang penduduk kampung bernekad untuk menyerang kenderaan Nizar Derhaka. Kejadian berlaku di Taman Berkat Taiping, Parlimen Bukit Gantang.
Beliau yang tidak mahu dikenali mengambil tindakan dengan mengetuk pembesar kenderaan tersebut kerana marah dengan tazkirah Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS yang menimbulkan pelbagai fitnah dan tomahan yang tidak berasas terhadap Umno/BN.
Katanya, beliau tidak mahu penduduk Taman Berkat terus di tipu dengan fitnah yang disebarkan oleh puak PAS!.
Cukup... cukuplah Nizar Derhaka!! Tiada lagi peluang untuk kali kedua... sedarlah bahawa rakyat Perak menolak sepenuhnya terhadap bekas MB Derhaka a.k.a Boneka DAP ini!
Lol... Nurul Izzah Meroyan Bannernya Hilang @n_izzah
Marah betul Ahli Parlimen Lembah Pantai ni bila didapati banner ucapan Selamat Hari Wilayahnya hilang... yang kelakar tu sampai meroyan sakan di twitter... budak-budaklah Nurul ni...
Apa tak hilangnya... tengok la lokasi Nurul Izzah gantung banner...mencemarkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dan mengangu penglihatan pemandu yang boleh mengakibatkan kemalangan.
Di Malaysia, khasnya ibukota Kuala Lumpur yang mempunyai undang-undang yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sekiranya undang-undang tidak dipatuhi, pastinya tindakan akan diambil.
Nak tanya sikit... Nurul Izzah suka-suka je main gantung banner ni? ada dapat permit ke tak?
Apa muslihat Nurul Izzah ambil gambar banner ni pada sekitar jam 3.00-4.00 pagi... macam ada agenda tersembunyi dirancang dengan banner ni?
Tak payah cakaplah. Kalau di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Haram, pantang ada salah sikit yang dilakukan oleh Rakyat, pasti akan ditutup, disita atau diangkut oleh Majlis Perbandaran. Tak gitu? Bak kata sahabat CTS "what goes round comes around".
Tapi Nurul Izzah jangan risau la... aku percaya bannernya diambil oleh peminatnya sendiri untuk buat selimut masa tidur... meleleh....
Air Mata Nurul Izzah Senjata Terakhir PKR!
Ahli Parlimen Baling Berang Tian Chua Sebar Berita Palsu Kematiannya!
“Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat.” kata Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Terdahulu Tian Chua menyebarkan berita kematian palsu di twitter yang menyatakan "Baru terima berita bahawa: Mantan Imam Besar Negara Utz Taib Azamudin telah kembali ke rahmatullah. Takziah kpd keluarga.
Inilah sikap pemimpin pembangkang suka menyebarkan fitnah dan berita palsu...
Murahnya Tian Chua mudah terpedaya dengan khabar angin! Ini soal kematian bukan boleh bawa main-main... Seharusnya Tian Chua memeriksa dahulu akan kesahihan berita tersebut, tak perlulah jadi orang pertama yang menyampaikan berita kematian ini.
Setelah mendapat kecaman dari pengikutnya di twitter Tian Chua terus 'delete' tweetnya... Macam biskut... tak berani nak bertanggungjawab diatas apa yang telah dilakukannya...
Sikap dan tindakan 'bodo' dari Pakatan Pembangkang ini menyebabkan rakyat sudah muak, bosan dan marah dengan kerenah mereka lebih-lebih lagi kini menjelang PRU-13.
Sesuka Hati Je Karpal Lempang Nik Aziz
Kali ini Pengerusi DAP Karpal Singh ‘betul’ dalam isu kalimah Allah apabila menyatakan isu itu belum selesai.
Memang betul, isu tersebut memang belum selesai selagi majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak bermesyuarat memutuskan sama ada kekal menerima ketetapan Datuk Seri Hadi Awang dalam mesyuarat 8 Januari atau keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Sebab itu, Karpal Singh terus persoal perkara itu malah membidas Presiden PAS itu serta Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa isu tersebut sudah selesai.
Pemimpin veteran DAP itu yang dilabel anti hudud dan Islam oleh bekas timbalan Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa bukan sahaja menafikan dakwaan PAS bahawa isu tersebut sudah selesai malah turut kesal dengan kenyataan Hadi kononnya Karpal sudah menerima pendirian PAS setelah berjumpa Nik Aziz baru-baru ini.
"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya. "Kita masih meminta Majlis Syura PAS untuk mempertimbangkan supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan Nik Aziz di rumahnya di Pulau Pinang minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.
Baginya, pertemuan itu hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.
"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.
"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah Allah yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura PAS,"
katanya.
Karpal yang jelas kecewa dengan kenyataan PAS mendesak parti itu mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.
Hebat sungguh Karpal kerana mahu pemimpin PAS termasuk Hadi membelakang keputusan Majlis Syura Ulamak dan kekal dengan ketetapan yang dibuat parti itu pada 8 Januari lalu.
"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada PAS," katanya pada sidang media di Air Itam di Pulau Pinang, Sabtu.
Penyakit Nik Aziz suka menyalahkan orang lain dan mahu dengar cakapnya saja sudah berjangkit kepada Karpal.
Jelaslah juga Karpal belum tahu peranan Majlis Syura Ulamak PAS – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.
Sepatutnya, beliau tahu kuasa majlis berkenaan apabila Hadi, Nik Aziz dan pemimpin lain yang sebelum itu setuju kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu tiba-tiba ubah pendirian selepas keputusan Majlis Ulamak PAS.
Tindakan Karpal ini sudah tentu satu tamparan kepada pemimpin-pemimpin PAS kerana Karpal berani mempersoal dan memperkecil peranan Majlis Syura.
Ramai nak tengok pemimpin PAS mana yang sanggup ‘balun’ Karpal kerana mendesak PAS mengenepikan pendirian Majlis Syura.
Mungkin Datuk Naib Presiden Mahfuz Omar yang cukup galak buat kenyataan media, AJK Pusat, Khalid Samad dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan antara yang awal-awal buat kenyataan hentam Karpal selepas ini.
Mungkin juga Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang selama ini nampak ‘agak diam’ dalam isu kalimah Allah akan bersuara garang termasuk mungkin anjur Himpunan Kebangkitan PAS bagi mempertahankan pendirian parti itu yang diperkotak katik oleh Karpal.
Namun itu semua ‘tak mungkin’ kerana pemimpin-pemimpin tersebut tidak lebih sebagai ‘lalang’ yang hanya berani hentam UMNO dan pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan geng Anwarinas.
Hanya seorang sahaja yang boleh mengaum melawan ‘singa’ Karpal iaitu Nik Aziz.
Tetapi beranikah Nik Aziz? Atau Nik Aziz juga akan kata Karpal akan masuk neraka kerana tidak terima keputusan Majlis Syura Ulamak macam mana Menteri Besar itu kata kepada menteri yang tidak beri royalti minyak kepada Kelantan?
Atau Nik Aziz nak ceraikan Karpal dan DAP daripada perkahwinan tidor sebantal mimpi lain-lain dalam pembangkang selama ini?
Jawapannya pada Nik Aziz bukan pada PAS lagi kerana Nik Aziz menentukan segala-galanya dalam PAS sebab beliaulah pengerusi Majlis Syura Ulama dan PAS juga adalah Parti (Nik) Aziz Seorang.
Tentu ramai nak dengar Nik Aziz kata pada Karpal,” Saya pengerusi mesyuarat (Majlis Ulamak) dan tak siapa boleh bantah! “.
Kalau beliau boleh seangkuh itu ketika menjawab isu pemecatan Nasharudin, sepatutnya Nik Aziz kena bertegas terhadap Karpal.
Apapun, Karpal sudah tunjuk dengan jelas kepada PAS langit itu tinggi atau rendah kalau nak berdakap mesra dengan DAP.
Agendadaily
Buku Kecil JASA Londehkan Kain Dalam Ambiga
1) Artikel keluaran Malaysian Insider bertajuk "Buku Kecil diedar JASA propaganda murahan, kata pemimpin BERSIH" pun mengandungi beberapa kesilapan fakta dan bersikap tidak bertanggungjawab dalam pemberitaannya. Bagaimana Malaysia Insider boleh terpedaya dengan propaganda songsang Ambiga dan Maria?
2) “Buku kecil itu dikeluarkan pada tahun lepas sebelum Bersih 3.0" kata Maria Chin. Dakwaan ini adalah tidak tepat kerana buku tersebut sudah pun dikemaskini untuk menangkis beberapa isu baru yang timbul termasuklah BERSIH 3.0.
Perlu baca sehingga habis buku ini? Banyak maklumat terutama tentang dasar negara. Kebaikannya untuk semua rakyat.
3) RM100 diberi kepada peserta yang hadir untuk BERSIH 3.0 bukan tuduhan melulu dan tulisan rawak. Ianya berdasarkan kenyataan beberapa orang bekas peserta BERSIH 3.0 yang bernama Wan Ismail Wan Mad dari Tumpat yang mendakwa mendapat duit poket RM150, Azli dari Pasir Mas mengakui dapat penajaan hotel dan Azizah dari Permatang Pauh yang mendapat pembiayaan pengangkutan untuk ke BERSIH. Ini hasil temubual. Mengapa perlu ditolak fakta fakta ini?
4) “Malahan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lalu ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka,” kata Maria. Satu lagi statistik yang cuai diberikan oleh Maria. Tian Chua pun anggar 45,000 orang sahaja. Malah tiga akhbar antarabangsa lapor yang hadir adalah sekitar 45-50k sahaja. Maria bukan penganjur KL112, jadi tiada kredibiliti untuk bercakap soal angka KL112. Sila rujuk kembali artikel ini
5) Perhimpunan di Kuala Lumpur disertai 25 ribu orang dan bukan 300 ribu orang seperti yang didakwa oleh Ambiga adalah satu kenyataan yang benar. Tiada satu laporan akhbar asing pun yang melaporkan angka sebesar itu. Ambiga jangan cuba songsangkan fakta dan angka.
Video URL: http://youtu.be/kKsFCLTZcOY
6) Tiada keraguan yang munasabah yang boleh dilontarkan Ambiga dan Maria untuk menafikan BERSIH 3.0 adalah tidak ganas. Video di atas adalah bukti paling jelas dan kukuh keganasan peserta BERSIH 3.0. Ambiga sebagai penganjur terbukti gagal mengawal peserta BERSIH 3.0.
7) Oleh kerana itu, pada Himpunan Shamsidar pada 12 Januari 2013. Anwar Ibrahim tidak lagi memberi kepercayaan kepada Ambiga untuk ketuai himpunan. Che Gu Bard yang diberi peranan dan nama BERSIH tidak lagi digunakan kerana mengundang backfire atas apa yang telah berlaku pada BERSIH 3.0.
Mengapa perlu ditakuti pada fakta dan penjelasan. Jika tidak puas hati, boleh keluarkan buku kecil terbitan Ambiga untuk menjawab kembali buku setebal 322 muka surat yang dikeluarkan oleh JASA.
Terima kasih kerana mengiktiraf dan mempromosikan buku kecil tersebut. Rakyat tentu mencari cari isi kandungan lain yang padat dengan hujah bernas, melawan dakyah spekulatif dan menangkis tohmahan negatif.
Khalid Ibrahim Dituntut Bayar Pampasan Projek Kondominium Dolomite Park Avenue
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad menggesa kerajaan negeri untuk membayar pampasan kepada syarikat Dolomite Properties Sdn Bhd dan pembeli kondominium berhampiran kuil Batu Caves itu ekoran projek tersebut dibatalkan.
Menurut beliau, pembatalan projek kondominium 29 tingkat itu telah mendatangkan kerugian, bukan sahaja kepada pemaju tetapi juga kepada pembeli.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan Selangor tidak akan membayar sebarang pampasan kepada pemaju mahupun pembeli.
Menurut beliau, Dolomite telah melanggar beberapa syarat pembangunan.
"Kalau projek itu dibatalkan oleh kerajaan terkini kerana berlaku kesilapan dari segi keselamatan, ketenteraman awam, masyarakat sekitar. Bukan berkait dengan politik, ini adalah satu perkara yang perlu diakui telah berlaku kesilapan.
"Pihak kerajaan (negeri) mesti membayar ganti rugi kepada pemaju dan mana-mana pihak yang terlibat (seperti) pembeli dan sebagainya," ujar Mohktar.
Khalid dalam satu kenyataan minggu lalu memberitahu projek kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran kuil Batu Caves dibatalkan ekoran faktor "keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar."
Khalid membuat keputusan itu setelah mengambil kira siasatan jawatankuasa khas yang ditugaskan oleh beliau untuk menilai kesesuaian projek berkenaan.
Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil mendakwa projek tersebut bakal merosakkan struktur kuil berhampiran dan menghalang pemandangan Batu Caves.
Komen
Saturday, February 2, 2013
Air Mata Nurul Izzah Senjata Terakhir PKR!
Awas! Bersediakah Umno/BN untuk berhadapan dengan senjata terakhir airmata Nurul Izzah?
Fenomena seperti ini sering dilihat apabila menjelang bulan PRU.... Seperti biasa doa politik, solat politik merata-rata, bergambar zuhud dan akhir sekali airmata politik adalah dilihat menjadi senjata utama Pakatan Haram dalam mempertahankan Parti Anak Beranak Pakatan Haram.
Untungnya membina dinasti dalam parti. Dinasti Anwar Ibrahim beliau adalah de facto dan pengasas PKR, isteri pula presiden sementara anak, naib presiden parti. Begitu jugan dengan dinasti Lim dan Karpal... Kepentingan anak beranak lebih diutamakan.
Sejarah reformasi 1998 di laksanakan oleh Anwar hanya semata-mata untuk membebaskan diri beliau dari merengkok dalam penjara.
Dan dari penjara mahu ke Putrajaya... Hakikatnya Anwar Ibrahim kini sudah bebas... bebas kemana sahaja dengan jet peribadinya...
Sejak 2004 apabila Anwar bebas dari penjara, PKR mula beralih menjadi parti yang hanya membela dan memperjuangkan agenda peribadinya.
PKR di lihat muram selepas Anwar melantik dirinya sebagai penasihat PKR, menggunakan kuasa veto dan memasukkan seluruh saudara maranya dalam pelbagai jawatankuasa kerja dan pimpinan pusat. Pada waktu itu ramai yang meninggalkan PKR termasuklan pemimpin PKR yang sebelum ini menjadi pendukung Anwar kini turut menolaknya!
Malah laungan reformasi parti pembangkang tidak boleh diguna pakai kerana situasi pembangkang sendiri ketika ini dalam keadaan kucar-kacir dan diselubungi masalah peribadi.
Tat kala hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. berlalulah, zaman “Penetrasi”! yang jelas “Reformasi” dimatikan oleh “Trasnformasi”!!!
Mungkin jua air mata Nurul Izzah adalah petanda kejatuhan dinasti Anwar pada PRU 13 ini! Tiada apa lagi yang perlu di perjuangkan bersama PKR, sebab utamanya PKR bukanlah parti yang membela Agama, Bangsa dan Negara!
Politik Harian/Bro Jinggo
Karpal Terus Cabar Nik Aziz - Isu Kalimah ALLAH Belum Selesai Tegas Karpal
Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.
Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.
"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.
Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.
Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.
"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.
Ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Nik Aziz mengenai isu itu semasa lawatan ke rumahnya tempoh hari, beliau berkata, ia hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.
"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.
"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas," katanya.
Hadi mengumumkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu. -Sinar Harian
Gimik Bubar DUN, Khalid Ibrahim Mahu Tutup Kemelut
Hajat MB Selangor untuk membubarkan Dun Selangor pada 26 Feb 2013 adalah langkah yang terbaik, tatkala Selangor sedang dilanda kemelut air yang sangat serius. Menabalkan sebuah kerajaan yang baru semakin tidak dapat dielakkan dengan kegagalan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah air Selangor dengan tuntas.
Krisis air yang melanda kawasan Ampang, Pandan dan Gombak dua minggu lalu adalah permulaan kepada seriusnya krisis air Selangor yang dijangkan akan bermula pada 2014.
Hasrat Khalid yang akan membubarkan Dun Selangor merupakan usaha terdesak MB yang semakin tidak dapat menahan tekanan dalaman dalam polemik kuasa dalam PKR. Semua tahu bagaimana puak Azmin merasa tidak senang bila Wan Azizah berhasrat untuk bertanding di Dun Sementa atau Bukit Melawati. Kini Azmin dan Wan Azizah sedang bersiap-siap ‘memasang badan’ sebagai bakal peneraju kerajaan Selangor pasca PRU 13.
Hasrat Khalid untuk melakukan ‘stunt’ juga boleh dilihat amat canggung kerana Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, negeri-negeri pakatan ini tidak berhasrat membubarkan Dun mereka lebih awal dari Dewan Rakyat.
Adakah Khalid sebenarnya sudah buang tabiat? Itu tanda-tanda orang yang sudah membayangkan kejatuhan nya semakin dekat.
Apa pun setelah lebih 4 tahun 10 bulan pakatan PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor, nyata mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang gagal.
Krisis dan skandal air, banjir, sampah, jalan berlubang, pasir, TALAM, UNISEL, KUIS, Yayasan Selangor, PKNS, Exco Telanjang, Penasihat Ekonomi seorang peliwat, rumah urut yang melimpah ruah adalah fenomena era Khalid – Anwar 2008-2013 di negeri Selangor.
Rakyat Selangor berhak untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih baik serta seorang MB yang lebih bertanggungjawab dalam tahun-tahun yang mendatang.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
2 Feb 2013.
Akar Umbi Desak Guan Eng Mohon Maaf, Pemimpin PAS Berkiblatkan DAP!
Akar umbi sudah bersedia! tapi malangnya pemimpin PAS adalah boneka DAP!
72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan PKR.
Malah pendirian dan perjuangan Pemimpin PAS kini semakin diragui kerana sanggup “berkiblatkan” DAP!
Terbukti perjuangan PAS sudah mati! dimana suara pemimpin PAS dalam mendesak Guan Eng berhubung isu kalimah Allah!!
Padang Serai- Bantahan ahli dan penyokong Pas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin meningkat apabila sekumpulan mereka mengadakan perhimpunan menuntut pemimpin DAP itu memohon maaf kerana membangkitkan isu kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kumpulan yang disertai lebih 14 orang dari Mahang, Badang, Karangan, Labu Besar dan Taman Selasih hari ini berkumpul secara aman bagi mendesak Guan Eng meminta maaf kepada Majlis Syura Ulama Pas dan umat Islam di negara ini berhubung perkara itu.
Seorang ahli Pas Cawangan Labu Besar, Abdul Manaf Saidin, 46, menggesa Guan Eng supaya tidak bersikap biadap kepada umat Islam dalam isu tersebut.
Mat Sabu Tak Bertanding PRU-13 Mah.......
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mungkin tidak akan bertanding di mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).
Sumber dalaman PAS memberitahu Mohamad membuat keputusan itu mungkin kerana kecewa dengan tindakan segelintir pemimpin PAS yang dikatakan sedang berusaha menghalang beliau daripada bertanding di Kedah.
Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini keputusan sudah dibuat, yang mana Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang. Tetap ada pakatan dari kalangan pemimpin PAS termasuk pemimpin kanan parti yang berusaha sabotaj Mat Sabu.
Menurut sumber itu lagi, usaha menyekat Mohamad dibuat kerana tidak mahu sosok itu berada dalam Parlimen pada penggal akan datang.
Dalam pilihan raya umum lima tahun lalu, Mohamad bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon BN, Datuk Razali Ismail dan calon Bebas, Maimun Yusuf, seorang nenek yang dikenali dengan nama Tok Mun yang jadi calon paling tua dalam sejarah pilihan raya negara.
Razali menang dengan majoriti 628 undi manakala Maimun hilang wang pertaruhan.
Menurut sumber itu lagi, usaha mengetepikan Mohamad itu juga sebahagian daripada "projek menaikkan seorang Timbalan Presiden baru" pada pemilihan PAS yang dijangka akan dibuat sebelum hujung tahun ini.
Mohamad dikatakan mempunyai aliran pemikiran yang tidak bersesuaian dengan apa yang diinginkan oleh sesetengah pemimpin PAS.
"(Mereka) dah ada 'kuda' baru nak bagi lawan dengan Abang Mat. Yang lama dah terpelanting dari Majlis Syura Ulama, jadi kena promosi 'kuda' baru," kata sumber tersebut.
Sumber itu merujuk kepada pengguguran Nasharuddin Md. Isa daripada Majlis Syura baru-baru ini.
Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS tahun 2011 mengalahkan Nasharudin dan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Gerakan Memecat Harun Din Bermula!
Selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas beberapa lagi pemimpin tertinggi parti itu diyakini bakal menerima nasib serupa kerana sering mempertikaikan keputusan parti.
Menurut sumber dalaman tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.
Pertembungan Pendirian Anwar Ibrahim dan Haron Din
Video URL: http://youtu.be/JMJjOKrirko
Seperti mana yang kita ketahui hanya Haron Din yang masih belum berani dipecat oleh Anwar Ibrahim.
Secara umumnya gerakan dari Anwarinas sudah pun bermula, hanya tunggu masa yang sesuai untuk menyingkirkan Harun Din dengan cara terancang seperti mana yang dilakukan terhadap Hasan Ali dan Nasha.
Walaubagaimana pun Puak Anwarinas perlu meyakinkan akar umbi PAS agar mereka boleh menerima keputusan yang bakal di umumkan. Jika tidak, akan berlakulah perpecahan yang amat serius dalam parti PAS sekaligus boleh menghancurkan parti itu. Takbirr!
Video URL: http://youtu.be/zhJO70yt7eM
PAS is Death!
Tubuhkan Unit Pembetulan Aqidah - Pengerusi MAINS
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MAINS terus memberi penekanan dan fokus di dalam mempertingkatkan syiar Islam di negeri ini.
Beliau mengumumkan cadangan MAINS mengambil Pangsapuri Sri Perdana Paroi sebagai anak angkat menginstitusikan pendidikan agama Islam kepada ibu bapa. Selain dari Pangsapuri Sri Perdana Paroi, perkara yang sama turut akan dilaksanakan di taman-taman perumahan secara berperingkat.
Hari ini di Majlis Tautan Ilmu PDM 131/N25/01 Paroi yang diadakan di perkarangan Masjid At-Taqwa, Paroi, beliau memaklumkan bahawa MAINS telah menubuhkan satu unit yang dipanggil Unit Pembetulan Aqidah.
Menurut beliau, unit ini dipertanggungjawabkan kepada Dato’ Sheikh Mohamad Fuad Kamarudin di mana peranannya adalah memantau aktiviti dan aqidah umat Islam di negeri ini.
Penubuhan 1 unit ini kerana kerisauan terlampau banyak serangan demi serangan menyerang umat Islam, datang dari pelbagai sudut dan ruang yang mahu melihat aqidah anak-anak umat Islam terus hancur.
Katanya lagi, ini merupakan langkah proaktif yang di ambil oleh Kerajaan Negeri melalui MAINS. Kita tak mahu mengambil tindakan dan membuat perancangan setelah keadaan menjadi semakin teruk baru nak bertindak. Mencegah lebih baik dari mengubati.”
Unit ini kelak akan bekerjasama dan jalan seiring dengan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan di dalam tugas pemantauan. Sekiranya terdapat penangkapan umat Islam di negeri ini, mereka akan diambil tindakan seperti nasihat dan kaunseling.
Tambah beliau lagi, “Ajaran syiah misalnya telah melampau-lampau di negara ini, dan MAINS telah mengesan ianya telah menular di negeri ini dan kita tidak pandang ke belakang lagi dan akan bertindak membetulkannya.
#Fakta 7 Dalil PAS Sesat Untuk Renungan @abby_abadi112
FAKTA 1 : PAS DIKUASAI ANWAR IBRAHIM
Hasan mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik
FAKTA 2 : PAS GADAI ISLAM DAN ALLAH DEMI KUASA
Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.
“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.
FAKTA 3:PAS DAN PAKATAN TIDAK MAMPU SEBAR DAN TINGGIKAN SYIAR ISLAM
“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?
“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” -Hassan Ali.
FAKTA 4: PAS "BERTOLAK ANSUR" DAN RELA UMMAH DIMURTADKAN
Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.
Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.
FAKTA 5: PAS TAKUTKAN DAP BERBANDING HUKUM ALLAH SWT
Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
FAKTA 6 : TIADA DEMOKRASI DALAM PAS, SIAPA TEGUR KENA PECATWALAU PERJUANG ISLAM
“Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib. Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.
“Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan menggugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tak meliwat orang, kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.
FAKTA 7 : PAS RELA GADAI MASA DEPAN MAHASISWA/I DEMI BELA PELIWAT ANWAR IBRAHIM
“Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,”
Yang Berhormat Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali (28 November 1947 - ) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Gombak Setia serta bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga digugurkan pada Jun 2011 dan akhirnya dipecat pada Januari 2012.
Beliau merupakan penceramah yang hebat kerana dapat mempengaruhi pendengar. Sebelum menceburi politik PAS pada 1999, beliau sering menjadi penceramah dan ahli panel dan disiarkan melalui RTM1. Tokoh lain yang menjadi penceramah ketika itu ialah Datuk Ismail Kamus dan mufti Selangor Datuk Ishak bin Baharom. Pada 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Subscribe to:
Posts (Atom)