Saturday, February 2, 2013

2 Air Mata Nurul Izzah Senjata Terakhir PKR!








Awas! Bersediakah Umno/BN untuk berhadapan dengan senjata terakhir airmata Nurul Izzah?

Fenomena seperti ini sering dilihat apabila menjelang bulan PRU.... Seperti biasa doa politik, solat politik merata-rata, bergambar zuhud dan akhir sekali airmata politik adalah dilihat menjadi senjata utama Pakatan Haram dalam mempertahankan Parti Anak Beranak Pakatan Haram.

Untungnya membina dinasti dalam parti. Dinasti Anwar Ibrahim beliau adalah de facto dan pengasas PKR, isteri pula presiden sementara anak, naib presiden parti. Begitu jugan dengan dinasti Lim dan Karpal... Kepentingan anak beranak lebih diutamakan.

Sejarah reformasi 1998 di laksanakan oleh Anwar hanya semata-mata untuk membebaskan diri beliau dari merengkok dalam penjara.

Dan dari penjara mahu ke Putrajaya...  Hakikatnya Anwar Ibrahim kini sudah bebas... bebas kemana sahaja dengan jet peribadinya...



Sejak 2004 apabila Anwar bebas dari penjara, PKR mula beralih menjadi parti yang hanya membela dan memperjuangkan agenda peribadinya.

PKR di lihat muram selepas Anwar melantik dirinya sebagai penasihat PKR, menggunakan kuasa veto dan memasukkan seluruh saudara maranya dalam pelbagai jawatankuasa kerja dan pimpinan pusat. Pada waktu itu ramai yang meninggalkan PKR termasuklan pemimpin PKR yang sebelum ini menjadi pendukung Anwar kini turut menolaknya!

Malah laungan reformasi parti pembangkang tidak boleh diguna pakai kerana situasi pembangkang sendiri ketika ini dalam keadaan kucar-kacir dan diselubungi masalah peribadi.

Tat kala hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. berlalulah, zaman “Penetrasi”! yang jelas “Reformasi” dimatikan oleh “Trasnformasi”!!!

Mungkin jua air mata Nurul Izzah adalah petanda kejatuhan dinasti Anwar pada PRU 13 ini! Tiada apa lagi yang perlu di perjuangkan bersama PKR, sebab utamanya PKR bukanlah parti yang membela Agama, Bangsa dan Negara!

Politik Harian/Bro Jinggo

2 comments:

Anonymous said...

Selamat berkubur.....

Anonymous said...

Hari ini, semakin ramai ahli-ahli PKR sudah sedar dan saya percaya, semakin ramai di kalangan ahli-ahli PKR sudah dapat melihat dengan jelas agenda perjuangan parti ini tidak lain dan tidak bukan hanya memperjuangkan Anwar Ibrahim.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates