Monday, February 4, 2013

Ceramah Abby Abadi Di Miri Sarawak Tak Laku @abby_abadi112


Wira Kenyalang - Kehadiran bekas pelakon Gerak Khas dan penyanyi kumpulan Elite suatu ketika dahulu, Abby Abadi di Lambir, Miri pada Sabtu, 2 Februari 2013 telah berjaya menarik ramai pengunjung hingga ada yang membuka gerai makan di sepanjang kawasan ceramah.

Namun demikian ramai di kalangan peniaga marah termasuk penganjur apabila hanya sekitar 60 orang yang hadir. Setelah ditolak dan dicampur, hanya sekitar 20 sahaja yang hadir dengan selebihnya terdiri daripada ahli-ahli PAS Miri dan sekitarnya serta beberapa orang anggota polis.

Kata haram tapi nak jugak!

Abby Abadi seperti dijangka telah membawa isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang kini sedang diagihkan kepada penerima di seluruh negara. Seperti mengikut lirik lagu dan skrip drama, Abby Abadi telah memperjelaskan bahawa BR1M 2.0 itu RASUAH.

Dengan nada angkuh, Abby Abadi mengatakan adalah haram rakyat mengambil BR1M kerana rasuah. Ini seolah-olah meminta rakyat Sarawak khususnya di kawasan Parlimen Sibuti supaya mengambil BR1M. Berbeza dengan Abby Abadi yang mungkin tidak akan menerima atau mungkin tidak dapat BR1M kerana pendapatannya melebihi RM10,000 sebulan hasil bersama dengan PAS.

Atas sebab itu, PAS Miri berpendapat membawa Abby Abadi ke Miri akan berjaya menarik ramai penduduk khususnya golongan muda yang gemar dengan hiburan.



Penganjur menjangkakan majlis santai bersama artis Abby Abadi itu akan menarik perhatian penduduk rumah panjang di sekitar kawasan Parlimen Sibuti. Tetapi, malangnya hanya tidak sampai separuh penduduk rumah panjang yang hadir walaupun artis popular yang hadir.

Dengan berbekalkan wajah yang cantik dan suara yang lunak serta status ‘janda berhias’ ternyata Abby Abadi tidak mampu menarik perhatian penduduk rumah panjang di Sarawak walaupun suatu ketika popular.

Bagi rakyat Saraawak, Abby Abadi langsung tidak memberi sebarang impak besar dalam politik Sarawak. Boleh dikatakan Abby Abadi datang ke Sarawak hanyalah sekadar melancong dan makan angin sahaja.

Percepatkan Kes Anwar Saman Nallakaruppan


Pihak mahkamah diminta mempercepatkan perbicaraan kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan bagi membuktikan sistem kehakiman negara adalah terbaik dan telus.

Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, biarpun hampir setahun Ketua Pembangkang itu memfailkan saman tersebut, sehingga hari ini masih belum ada sebarang perbicaraan.

“Kita mahu bertanya adakah wujud unsur-unsur negatif seperti sabotaj, rasuah atau peras ugut sehingga menyebabkan kes ini masih tidak dibicarakan sehingga kini?

“Kes yang melibatkan Anwar ini tidak boleh diambil ringan kerana kita telah melihat bagaimana bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden telah berpaling tadah apabila menyertai pasukan peguam bela Anwar dalam kes perbicaraan berkaitan Bersih 3.0,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Selain Nallakaruppan, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac tahun lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac tahun lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Fakhrul Azman berkata, seluruh rakyat mahu mendengar keterangan yang akan dibuat oleh Shamsidar Taharin apabila isteri kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali itu menjadi saksi dalam kes tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes tersebut bakal mencetuskan episod terbaharu apabila cerita rambut palsu Anwar yang ditempah oleh Nallakaruppan dari India turut dibongkarkan.

“Anwar dikatakan memakai rambut palsu sebab beliau takut dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Namun, agak menghairankan mengapa Anwar memilih untuk memakai rambut palsu tetapi tidak pula memakai serban atau kopiah,” katanya.

Isu Kalimah: Hadi Tutup Mulut Enggan Bincang Dengan Pakatan


Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang membayangkan bahawa beliau tidak akan membawa keputusan Majlis Syura Ulama bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Sebaliknya Hadi menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menentukan isu itu dan membidas media kerana didakwa memutarbelitkan kenyataannya.

"Yang itu adalah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan, jadi kalimah Allah ini adalah KDN yang perlu selesaikan,” ujar beliau kepada pemberita.

"Malah saya tetap berpegang kepada kenyataan saya sebelum ini di Harakahdaily, media lain bila dapat berita, dia tidak laporkan yang betul," katanya dalam jawapan ringkas sama ada akan merujuk ketetapan Majlis Syura mengenai kalimah untuk didokong sebagai dasar rasmi Pakatan Rakyat.

Hadi tidak mengulas apa yang dimaksudkan beliau bahawa KDN harus menyelesaikan isu itu. Beliau juga menghuraikan dakwaan bahawa kenyataannya di salah lapor oleh media.

Pada 8 Januari lalu, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong kenyataan Hadi bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Pendirian itu yang disokong oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati desakan Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang mahukan kalimah Allah digunakan
dalam Bible di Semenanjung.

Bagaimanapun Majlis Syura PAS kemudian menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan dalam Bible atau mana-mana kitab bukan Islam seminggu selepas keputusan bersama Pakatan Rakyat.

Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak dapat menimbang pendirian badan ulama itu kerana Hadi tidak mengutarakannya kepada majlis pimpinan pembangkang.

Walaupun menegaskan pendirian Majlis Syura itu adalah pendirian rasmi PAS namun Hadi mengelak untuk memberi ketetapan bahawa keputusan badan tertinggi PAS itu akan dirujuk untuk mendapatkan persetujuan Pakatan Rakyat.

Isu itu mempunyai implikasi politik. Guan Eng cuba mencari sokongan penganut Kristian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan mengusulkan Bible dibenarkan mengguna kalimah Allah.

Bagaimanapun ketetapan Majlis Syura, jika didokong sebagai dasar Pakatan Rakyat, bermakna pembangkang terpaksa melarang penggunaan kalimah Allah bukan sahaja di Semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak, jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Lebih 40 peratus penduduk di Sabah dan Sarawak, serta lima peratus di Semenanjung beragama Kristian dan menjadi sasaran Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kali ini.

Bagi umat Islam, kalimah Allah adalah sebati dengan ajaran Islam dan penggunaannya dalam agama lain adalah syirik.


Isu kalimah Allah, pertembungan pendapat di dalam Pakatan Rakyat ini sebenarnya sudah lama. Pertembungan di dalam Pas sendiri di kalangan ilmuwan mereka, ada yang membenarkan dan ada yang tidak membenarkan, malah ada yang mengatakan sesiapa yang membenarkan penggunaan kalimah ini perlu mengucap dua kalimah syahadah semula.

Pakatan Rakyat membuat kabinet bayangan yang meletakkan Pas sebagai menteri agama. Jadi kira sebelum mendapat kuasa pun, pandangan ahli majlis syura yang berada di kedudukan tertinggi dalam Pas diketepikan begitu sahaja kerana kepentingan, apatah lagi sekiranya mereka memperoleh kuasa.

Tindakkan Hadi untuk menutup mulut dalam isu ini adalah satu tindakkan yang kurang bijak... Pas seharusnya perlu bermuhasabah tentang kerjasama mereka dengan PKR dan juga Dap. Tinggalkan saja Pakatan Haram!

Dr Porno Buat Autopsi Kes Sugumar

Inikah Dr Porn?

Dah lama tak dengar cerita pasal Dr Porn yang pernah datang ke Malaysia, bila dijemput menjalankan siasatan pada mayat Teoh Beng Hock, oleh pihak pembangkang. Kali ni Dr Porn datang lagi ke Malaysia untuk menyiasat mayat C Sugumar.

Keluarga kepada C Sugumar, pengawal keselamatan yang ditemui mati pada 23 Januari lalu, memohon khidmat ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand untuk menjalankan bedah siasat kedua di Hospital Serdang.


Peguam N Surendran berkata mereka telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Raza, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ketua setiausaha kementerian tersebut untuk mengeluarkan arahan.

Surendran berkata keluarga berkenaan berhak menjalankan bedah siasat kedua secara bebas untuk menentukan sebab sebenar kematian Sugumar dan mahu ia dijalankan oleh Pornthip.

“(Pornthip) menunjukkan bahawa beliau sedia untuk menjalankan pemeriksaan bedah siasat kedua," katanya dalam satu kenyataan.

Pornthip merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan bedah siasat kedua ke atas pembantu politik Teoh Beng Hock yang meninggal dunia selepas terjatuh daripada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam.

Ternyata, isu kematian ini cuba dipolitikan oleh pihak Pakatan. C Sugumar dilaporankan mati disebabkan sakit jantung. Namun ada pihak yang salahkan polis atau kematian mendiang.

Makin pelik hidup di Malaysia ni. Penjenayah langsung tak boleh disentuh. Penjenayah dijaga dan dibela bagai nak rak. Bila terjadi sesuatu kes, polis disalahkan. Sedangkan bila ada jenayah, puak-puak ni telefon polis untuk meminta bantuan.

Untuk kuasa dan kepopulariti politik, biar jenayah, asal menang. Tarnish imej polis untuk salahkan kerajaan. Buat la selalu, insyallah negara kita huru hara dan kucar kacir!!

Artikel ini aku cilok dari blog MC Theory hahaha!

Khalid Gagap Gagal Ketepi Saman Pengguna Air


Selepas gagal menolak tuntutan ibu tunggal.... Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.

Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik. Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.

Hadi Takut Karpal Singh - Nakhaie


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai tidak berani berhadapan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, kata bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad.

Hadi dalam sidang medianya semalam tidak menyatakan sebarang pendirian sama ada mahu membincangkan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS di peringkat tertinggi pakatan pembangkang.

Sebaliknya Hadi menyalahkan media mendakwa kenyataannya dimanipulasi sehingga menimbulkan keraguan banyak pihak.

Nakhaie menjelaskan Hadi berasa serba salah untuk membincangkan pendirian Majlis Syura Ulama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh kerana menyedari isu tersebut telah ditolak DAP mahupun PKR sejak dari awal.

"Dia takut dan tiada hujah. Apa hujah dia hendak tolak? Dia tiada kekuatan untuk berdepan dengan Anwar dan Karpal. Dia tidak boleh berhujah dengan puak-puak ini.

"Dia dalam keadaan serba salah sebab DAP sudah jelaskan yang tidak terima. Mereka masih berpegang dengan kenyataan Hadi dulu dalam Pakatan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas kemelut isu penggunaan kalimah Allah yang masih belum selesai, menurut Karpal.

Anwar sebelum ini menawarkan peluang kepada Hadi untuk membincangkan semula ketetapan Majlis Syura di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat selepas ianya didapati bercanggah dengan konsensus bersama gabungan pembangkang pada 8 Januari lalu yang diumumkan Ahli Parlimen Marang itu sendiri.

Karpal dalam kenyataannya baru-baru ini kecewa dengan pendirian PAS yang mendakwa isu tersebut sudah selesai.



Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata DAP tetap dengan pendirian mahukan kalimah Allah diterjemah dalam Bible selain berpegang kepada keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dalam pada itu, Nakhaie yang juga pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menyelar PAS tidak mempunyai prinsip dan hanya menggunakan agama sebagai alat politik.

Menurutnya, PAS perlu keluar daripada Pakatan jika sudah menyedari terdapat perbezaan pendapat terutamanya berkaitan agama dan akidah.

"Dia tiada prinsip. Islam sebagai alat sahaja. Saya yakin, kalau PAS sendirian dan tegas saya ingat dia akan dapat sokongan padu.

"Sudah tentu berbeza pendapat dengan orang kafir. Kalau begitu mahu tunggu apa? Patut dia keluar dari Pakatan sebab DAP persoalkan agama dan akidah," katanya.

-Antarapos

Panas! Giliran Ust Azizan Pula Dipecat!! #BubarDUNKedah



Sejak kebelakangan ini PAS semakin bercelaru. Ahli-ahli parti yang berjuang dan mempertahankan dasar parti (lslam) dipecat dan dipinggirkan manakala pemimpin yang sealiran dengan DAP dan PKR disokong membabi buta.

Terkini, Hayat politik Ustaz Azizan di dalam PAS pastinya bagai telor di hujung tanduk berikutan politik muafakatnya bersama-sama DS Dr Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Setar dan Dato Ahmad Bashah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang merasmikan program IM4U "Beautiful Malaysia" semalam.

Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Ustaz Nasharuddin, Datuk Dr Hasan Ali dan ramai pemimpin PAS yang lain memperlihatkan parti itu seperti menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri.

Mat Sabu Arah Budak Ini Hentam Azizan Razak #BubarDUNKedah

Adakah perlakuan ini boleh menyebabkan Nik Aziz marah dan menyebabkan Azizan boleh dipecat dari Pas dan Menteri Besar Kedah?

Rasanya tidak perlulah kerana Menteri Besar Kedah ini akan mengumumkan bubarkan dun Kedah lebih awal dari jangkaan, malah Ustaz Azizan sudah tidak sabar untuk turun takhta dan berikan jawatan MB kepada orang lain, kecuali kepada ahli Pas dan sekutu Phahrolrazi.

Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokong parti PAS, inilah masanya mereka membuat keputusan meninggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik... Fikir-fikirkanlah...

 #BubarDUNKedah Baca juga di sini

Guan Eng Semakin Biadap! Gambar DS Najib Dipijak!!


Sensitiviti yang tidak lagi sensitif... adakah di Pulau Pinang kini penuh dengan komunis berkoler putih?

Perbuatan Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP harus dikecam kerana menurunkan banner Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' (Tahun Baru Cina) kepada masyarakat Cina di negeri itu.

Langkah kerajaan Pakatan Haram ini merupakan satu tindakan keterlaluan berikutan maklum balas diterima juga menunjukkan beberapa individu telah memijak gambar Najib selepas banner diturunkan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu memohon maaf atas tingkah laku tidak sopan terhadap seorang Perdana Menteri Malaysia.

Lim Guan Eng perlu ingat bahawa Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia termasuk Pulau Pinang. Memijak muka Perdana Menteri adalah sama seperti memijak muka Malaysia.

Guan Eng jangan nak biadap sangat!!! Jangan terlalu taksub dengan politik. Ada benda yang Guan Eng tidak boleh mempolitikkan sekiranya ia untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Jadilah kerajaan bertanggungjawab dan memberi khidmat baik kepada rakyat.

Insiden terkutuk ini berlaku ketika Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan banner ucapan Najib dengan alasan memasang tidak memohon permit.


"Itu Dia (Karpal) Punya Pasal" - Nik Aziz


Kerapuhan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam semakin ketara terutama apabila berlakunya "pertelingkahan terbuka" antara Pas dan DAP.

Terbaru, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menjawab "itu dia punya pasal" apabila diminta reaksinya berhubung kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mengenai isu kalimah Allah.

Katanya, Karpal (yang masih mempertahankan keputusan awal pakatan pembangkang supaya bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah) tidak tahu apa berlaku dalam Pas dan terpulang kepada pemimpin DAP itu bercakap.

"Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan.

-Utusan

Sunday, February 3, 2013

Guan Eng Pening! BN Bawa Psy-Gangnam Style's Ke Sambutan Tahun Baru Cina P. Pinang


Hangat! Satu kejutan yang menarik bakal menanti rakyat Pulau Pinang sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional.

BN di Pulau Pinang bakal mengadakan sambutan terbesar di padang sekolah Han Chiang pada 11 Februari ini, dengan membawa penyanyi terkemuka "Gaya Oppa Gangnam", Psy ke rumah terbuka dan dijangkakan dihadiri lebih 60 ribu tetamu termasuk pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penyanyi berasal dari Korea Selatan tersebut akan menyanyikan lagu fenomena hebat semasa acara tersebut. Klip video tersebut telah dimuat turun lebih 1.29 bilion kali di laman YouTube sejak ia dimuatkan Julai tahun lalu.

Rumah terbuka tersebut akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.

Sudah pasti pada waktu ini Lim Guan Eng tak senang duduk, pening kepala terpaksa call bapak dia minta tolong memikirkan bagaimana hendak sabotaj majlis tersebut...

Depa ni ni pantang tengok BN buat program besar-besaran untuk rakyat Malaysia, hasat dengki memang tidak boleh terpisah dengan puak Pakatan Haram!

Macam bagus puak DAP cuba mengajar tentang jimat cermat. Katanya, kedatangan PSY dari Korea itu akan menyebabkan Barisan Nasional Pulau Pinang kehilangan RM3.1 juta kerana itulah kos yang perlu dibayar untuk membawa penghibur terkenal dunia itu.

Haiya Apek... Semua yang BN buat salah ke... Kalau u all bikin program besat macam ni talak hal pon! Double standard!

Jelaslah disini puak DAP terdesak sehingga mensabotaj program BN di Pulau Pinang! BN bikin ini program untuk perhargaan kepada rakyat Penang, satu sen pun BN tak kutip duit sedekah dari rakyat... Ini program baek punya untuk golongan muda pun u all nak sabotaj ka? haiyaaa...

Busuk punya DAP! Cina sama Cina pun diaorang nak dengki! Balik tonsan la Kit Siang!

Oppah Ganyam Roket Style! Ganyam... Ganyam.... Ganyam sampai lebam!!!

Maklumat terkini dari Astro Awani BN Penang tak membayar walaupun satu sen kehadiran PSY ke Penang... Korang baca kat SINI

BN 1 - DAP 0

PAS Berpantang 90 Hari Muahahahaha!


Kelakar gile aku baca statement Husam di Harakah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Yaallah ya tuhan ku... ampunkan aku.... ini pertama kali aku baca statement ahli politik yang paling bangang sekali!

"Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin."-Husam dah kena jolok agaknya...

Aku mintak tolong sangat pimpinan PAS, korang jangan buat kenyataan paling bangang macam ni lagi... Senang sangat kita orang nak tembak! Tak mencabar langsung...

Husam oh Husam... Kalau macam ni lah strategi PAS dalam menghadapi perang PRU-13... memang nak kalahlah jawabnya...

Kesian la kat akar umbi PAS yang ada dibawah terpaksa berjawab di kedai kopi. Kesianlah kat blogger-blogger PAS yang terpaksa terjebak dengan fitnah sebab nak kona sana sinun...

Kesian la kat muslimah yang hangpa paksa untuk merayu undi dari rumah ke rumah. Nak merayu pun tak sempat, belum bukak mulut nak merayu tapi terpaksa pulak menjawab kenyataan bangang hangpa. Kah Kah Kah!


Dalam tempoh PAS berpantang 90 hari ni... anggap sajalah PAS sudah mati... tak payahla hangpa semua nak berkempen bermati-matian pulak...

Kepada Husam... Sewaktu pantang tu, bolehlah tuam sekitar perut untuk elakkan angin pasang. Jangan lupa mandi wiladah selepas bersalin. Tatacara mandi wiladah sama seperti mandi wajib juga. Niat mandi wiladah. Kalau tak tahu, tanyalah ustazah ataupun google search yer.. Teknologi di hujung jari ni rugi kalau x dimanfaatkan :)

Politik Harian/Bro Jinggo

Orang Kampung Serang Kenderaan Nizar Derhaka!




Kerana tidak mahu mendengar fitnah terus di sebarkan seorang penduduk kampung bernekad untuk menyerang kenderaan Nizar Derhaka. Kejadian berlaku di Taman Berkat Taiping, Parlimen Bukit Gantang.

Beliau yang tidak mahu dikenali mengambil tindakan dengan mengetuk pembesar kenderaan tersebut kerana marah dengan tazkirah Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS yang menimbulkan pelbagai fitnah dan tomahan yang tidak berasas terhadap Umno/BN.

Katanya, beliau tidak mahu penduduk Taman Berkat terus di tipu dengan fitnah yang disebarkan oleh puak PAS!.



Cukup... cukuplah Nizar Derhaka!! Tiada lagi peluang untuk kali kedua... sedarlah bahawa rakyat Perak menolak sepenuhnya terhadap bekas MB Derhaka a.k.a Boneka DAP ini!

Lol... Nurul Izzah Meroyan Bannernya Hilang @n_izzah



Marah betul Ahli Parlimen Lembah Pantai ni bila didapati banner ucapan Selamat Hari Wilayahnya hilang... yang kelakar tu sampai meroyan sakan di twitter... budak-budaklah Nurul ni...

Apa tak hilangnya... tengok la lokasi Nurul Izzah gantung banner...mencemarkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dan mengangu penglihatan pemandu yang boleh mengakibatkan kemalangan.

Di Malaysia, khasnya ibukota Kuala Lumpur yang mempunyai undang-undang yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sekiranya undang-undang tidak dipatuhi, pastinya tindakan akan diambil.

Nak tanya sikit... Nurul Izzah suka-suka je main gantung banner ni? ada dapat permit ke tak?

Apa muslihat Nurul Izzah ambil gambar banner ni pada sekitar jam 3.00-4.00 pagi...  macam ada agenda tersembunyi dirancang dengan banner ni?

Tak payah cakaplah. Kalau di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Haram, pantang ada salah sikit yang dilakukan oleh Rakyat, pasti akan ditutup, disita atau diangkut oleh Majlis Perbandaran. Tak gitu? Bak kata sahabat CTS "what goes round comes around".

Tapi Nurul Izzah jangan risau la... aku percaya bannernya diambil oleh peminatnya sendiri untuk buat selimut masa tidur... meleleh....

Air Mata Nurul Izzah Senjata Terakhir PKR!




Ahli Parlimen Baling Berang Tian Chua Sebar Berita Palsu Kematiannya!



“Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat.” kata Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.


Terdahulu Tian Chua menyebarkan berita kematian palsu di twitter yang menyatakan "Baru terima berita bahawa: Mantan Imam Besar Negara Utz Taib Azamudin telah kembali ke rahmatullah. Takziah kpd keluarga.

Inilah sikap pemimpin pembangkang suka menyebarkan fitnah dan berita palsu...

Murahnya Tian Chua mudah terpedaya dengan khabar angin! Ini soal kematian bukan boleh bawa main-main... Seharusnya Tian Chua memeriksa dahulu akan kesahihan berita tersebut, tak perlulah jadi orang pertama yang menyampaikan berita kematian ini.

Setelah mendapat kecaman dari pengikutnya di twitter Tian Chua terus 'delete' tweetnya... Macam biskut... tak berani nak bertanggungjawab diatas apa yang telah dilakukannya...

Sikap dan tindakan 'bodo' dari Pakatan Pembangkang ini menyebabkan rakyat sudah muak, bosan dan marah dengan kerenah mereka lebih-lebih lagi kini menjelang PRU-13.