Monday, February 4, 2013

Hadi Takut Karpal Singh - Nakhaie


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai tidak berani berhadapan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, kata bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad.

Hadi dalam sidang medianya semalam tidak menyatakan sebarang pendirian sama ada mahu membincangkan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS di peringkat tertinggi pakatan pembangkang.

Sebaliknya Hadi menyalahkan media mendakwa kenyataannya dimanipulasi sehingga menimbulkan keraguan banyak pihak.

Nakhaie menjelaskan Hadi berasa serba salah untuk membincangkan pendirian Majlis Syura Ulama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh kerana menyedari isu tersebut telah ditolak DAP mahupun PKR sejak dari awal.

"Dia takut dan tiada hujah. Apa hujah dia hendak tolak? Dia tiada kekuatan untuk berdepan dengan Anwar dan Karpal. Dia tidak boleh berhujah dengan puak-puak ini.

"Dia dalam keadaan serba salah sebab DAP sudah jelaskan yang tidak terima. Mereka masih berpegang dengan kenyataan Hadi dulu dalam Pakatan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas kemelut isu penggunaan kalimah Allah yang masih belum selesai, menurut Karpal.

Anwar sebelum ini menawarkan peluang kepada Hadi untuk membincangkan semula ketetapan Majlis Syura di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat selepas ianya didapati bercanggah dengan konsensus bersama gabungan pembangkang pada 8 Januari lalu yang diumumkan Ahli Parlimen Marang itu sendiri.

Karpal dalam kenyataannya baru-baru ini kecewa dengan pendirian PAS yang mendakwa isu tersebut sudah selesai.



Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata DAP tetap dengan pendirian mahukan kalimah Allah diterjemah dalam Bible selain berpegang kepada keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dalam pada itu, Nakhaie yang juga pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menyelar PAS tidak mempunyai prinsip dan hanya menggunakan agama sebagai alat politik.

Menurutnya, PAS perlu keluar daripada Pakatan jika sudah menyedari terdapat perbezaan pendapat terutamanya berkaitan agama dan akidah.

"Dia tiada prinsip. Islam sebagai alat sahaja. Saya yakin, kalau PAS sendirian dan tegas saya ingat dia akan dapat sokongan padu.

"Sudah tentu berbeza pendapat dengan orang kafir. Kalau begitu mahu tunggu apa? Patut dia keluar dari Pakatan sebab DAP persoalkan agama dan akidah," katanya.

-Antarapos

1 comment:

Anonymous said...

yg satu, aba was takbara . yg satu lg bersifat muzabzab !